BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 10, 2013

PUASA

HARI INI, 10 Julai bermulalah awal Ramadan. Aku pula mula bercuti selama seminggu, so tak banyak aktiviti yang aku lakukan. Hari pertama aku berpuasa, aku berbuka empat beranak saja. Anak bongsu aku berbuka di hostelnya. Hari ini aku masak daging kari, kobis goreng dan ikan masin. Sempat juga goreng karipap. Penuh satu meja dengan makanan dan akhirnya tak habis semua makanan tu. Bila makan nasi dan minum air koko dah rasa kenyang. Anak perempuan kedua aku sempat juga beli karipap. Sebenarnya dalam bulan puasa ni, kejap aje masa berlalu.

SI BONGSU KE MIAT

7 JULAI,anak bongsu aku melanjutkan pelajaran di UniKL Miat di Dengkil. Pada jam 8.30 pagi, aku bersama dua anak perempuan dan adik aku menghantar anak bongsu aku ke sana. Perjalanan lancar dan setibanya di sana, dah banyak parents yang sudah datang untuk menghantar anak mereka untuk belajar di institusi penerbangan itu. Aku bernasib baik juga kerana sudah menjelaskan segala yuran yang dikehendaki dan membuat pendaftaran online. So tak adalah menunggu masa begitu lama. Kemudian anak aku ke kaunter lain untuk mngambil kunci biliknya. Dia akhirnya dapat di blok bawah dan bilikinya di tingkat tiga. Jenuh juga nak mengangkat barang ke tingkat tiga itu. Dalam bilik itu ada empat student dan dua kakaknya kemaskan almari adiknya. Selepas mengemas bilik, aku mengajak anak aku makan tengah hari kerana jam 2.30 petang dah mula minggu suai kenal. Semua barangan elektrik termasuk telefon bimbit tidak boleh dibawa semasa minggu suai kenal. Lega hati aku kerana kesemua anak aku kini belajar di universiti.

SEWA KERETA

ANAK aku sempat cari kereta isewa untuk jalani praktikal. Ini kerana anak aku bersama rakannya jalani di tempat yang sama. Pada bulannya dapat call di mudah.com untuk cari kereta kancil dengan sewa RM700 sebulan. Anak aku dah janji nak call semula tapi selepas beberapa kali call, tiada jawapan. Maybe orang itu tipu dan tidak berminat untuk sewa keretanya. Kemudiannya anak aku cari lagi di mudah.com. Owner tu nak sewa kereta Myvi dengan harga RM500 sebulan. Memang murah harganya jika dibandingkan dengan harga sebulan antara RM1,200 hingga RM1,400. Jika dapat kereta tu, memang berbaloi juga. Akhirnya bila dah capai keputusan untuk sewa kereta, owner tu tak angkat call. Frust juga dibuatnya. Macam-macam orang janji nak sewa kereta tapi akhirnya tak ditepati. Akhirnya aku buat keputusan hantar anak aku setiap pagi. Memang le penat, sekurang-kurangnya aku dapat save budget.

JALANI PRAKTIKAL

PADA 1 Julai, anak ketiga aku mula menjalani praktikal selama tiga bulan setengah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam. Lega hati aku apabila anak dapat jalani praktikal tidak jauh daripada rumah. Tak sampai tujuh kilometer dari rumah. Bila dah jalani praktikal, maka cepatlah anak aku sambung degreenya di universiti yang sama. Kiranya anak aku habis jalani praktikal pada 18 Oktober dan pada 20 Oktober baru umurnya 20 tahun. Kiranya dia habis praktikal diploma dalam umur 19 tahun lebih. Jika sambung degree pun pada bulan November selama dua tahun. Kiranya dia dapat habiskan degree dalam tempoh yang cepat.

Thursday, June 27, 2013

JARAK UMUR...

KECOH cerita seorang staff di Berita Harian berkahwin dengan anak dara di office tengah hari tadi. Lelaki tu dah berusia 65 tahun, kiranya dia pekerja kontrak dan isterinya warga Indonesia baru berusia 23 tahun. Bayangkan umurnya dengan wanita berkenaan, boleh dikategorikan antara datuk dan cucu. Lelaki itu dengan bangganya menunjukkan gambar pernikahan di telefon bimbit ketika bernikah di Bandung, Indonesia. Wah duiiii...apa nak jadi sekarang ya. Dah berumur lanjut, nak dapatkan wanita sebaya cucu. Larat ke lelaki tu. Jangan esok bila sakit, wanita tu tak nak jaga dan melarikan diri. Itulah yang terjadi sejak akhir-akhir ini bila kahwin dengan orang seberang. Harta habis dikikis dan akhirnya tinggal sebatang kara. Kurang sangat ke wanita di Malaysia ni. Apa yang aku ketahui lelaki tu baru kematian isteri dan anak dan besar belaka. Nak bernikah tak jadi masalah, tapi janganlah nikah mereka yang jarak umur hampir 40 tahun. Ada pula staff yang kematian isteri, tak nak cari umur dalam 40-an. Dia dah berusia 53 tahun, nak cari wanita berusia bawah 35 tahun dengan alasan isterinya ketika meninggal baru berusia 35 tahun. Isterinya dah setahun meninggal dunia. Macam-macam taste lelaki zaman sekarang kan.

PRAKTIKAL

RISAU mengenangkan bila anak ketiga aku akan menjalani praktikal dan di mana tempatnya. Aku khuatir jika dihantar tempat yang jauh, macam mana nak cari tempat berkenaan. Kena cari rumah sewa lagi selama tiga bulan. Tak kan nak berulang-alik ke tempat praktikal. Naik motor pula. Lagi bahaya dibuatnya. Keputusan di mana dan bila tarikhnya akan hanya diketahui esok. Anak aku dan kawan-kawannya tak lelap tidur fikirkan di mana mereka akan jalani praktikal. Mereka berharap dihantar di kawasan Shah Alam aje. Kawasan itu besar juga. Jika kena tempat yang jauh, sukar juga nak berulang-alik. Kena ada kenderaan. Maybe, ada yang dihantar seorang atau dua orang bagi sesuatu tempat tu.

BERPUASA SUNAT

HAI..hai kejap aje masa berlalu. Tak sangka nak masuk hujung bulan Jun. Bulan Syaaban pun nak berakhir. Masa bulan Rejab aku bersyukur dapat puasa selama 15 hari. kini bulan Syaaban, harap-harap dapatlah berpuasa 15 hari juga. Setakat ini, syukur alhamdulillah dapat berpuasa lapan hari. Bukan mudah berpuasa dalam cuaca yang kering dan berjerubu ini. Tekak rasa perit sebab kurangnya minum air. Namun, Allah itu maha kuasa, aku dapat mengharungi berpuasa dalam bulan rejab dan syaaban. Tak terasa penat, lapar dan juga dahaga. Itulah cita-cita aku supaya dapat berpuasa dalam tiga bulan utama ini selepas umur 50 tahun. Nak puasa sepenuhnya dalam setiap bulan, tak dapatlah nak buat. Yang penting hati aku gembira kerana dapat berpuasa sunat.