BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 27, 2012

MINUM 3 LITER AIR

AKU akhirnya berjaya minum air suam sebanyak tiga liter sehari. Nak kembung perut aku dibuatnya. Yang tak tahannya asyik ke toilet aje. Nasib baik bilik air tak berapa jauh dengan tempat duduk aku. Tapi jenuh juga, dah le nak ke toilet ke pakai access card. Agaknya jika di check setiap hari, nama aku terpampang asyik keluar masuk.Nak buat macam mana, gara-gara nak kurus, kenalah minum air suam banyak-banyak. Mengikut kajian minum air suam adalah elok untuk kesihatan. Satu lagi minum air banyak untuk awet muda dan untuk berdiet. Aku harap dapat minum air tiga liter ini selama sebulan. Nak juga tengok prestasi aku, adakah berat badan menurun atau sebaliknya. Bila minum suam, kita akan kenyang aje.

Wednesday, December 26, 2012

PASAR MALAM

ANAK aku asyik nak beli ice-blend di pasar malam. Akhirnya tercapai juga mereka nak minum ice-blend. Nasib baik semalam, hari selasa dan ada pasar malam. So, sebelum balik ke Subang Jaya, aku membawa tiga anak perempuan aku ke pasar malam dan menyuruh mereka beli apa yang mereka minat. Untuk aku, aku minta kebab daging dan untuk mak aku, aku menyuruh mereka belikan keropok lekor dan kuih yang mak aku minati. Mak aku tak nak makanan lain sebab dah kenyang makan roti canai. Aku hanya tunggu di kereta aje. Selepas membeli segala makanan yang diminati empat beradik itu, aku pulang ke rumah mak. Than bergegas pulang ke Subang Jaya. Masa tu dah jam 8.45 malam dan akhirnya tiba di Subang Jaya jam 10.15 malam. Memang penat sangat n tidur awal sebab kerja hari ini.

KE TESCO

HARI Krismas, aku bersama mak dan tiga anak perempuan sempat memasak. Macam macam biasa, kari ayam, kobis goreng dan daging goreng kunyit. Kami makanlah berlima sahaja kerana anak bongsu aku tak dapat makan bersama sebab bekerja. Lepas makan tengah hari, aku buat keputusan nak ke Tesco nak beli barangan si bongsu. Kami kemudian round sekeliling Tesco dan beli apa yang patut. Selepas tu terus ke stesen minyak, sempat beli putu piring yang kami minat untuk minum petang. Sementara menunggu minum petang, aku sempat basuh kereta di rumah. Dah kotor sangat kereta aku. Hampir tiga minggu tak basuh. Aku minta anak ketiga aku tolong basuh tayar kereta dan aku basuh body kereta. Dah le buat senaman sikit n bakar kalori. Biasanya bila balik kampung, aku akan basuh kereta sendiri. Cuma sukar nak basuh kereta sendiri di apartment aje.

BALIK KAMPUNG

HARI Isnin lalu, lepas habis kerja jam 8 malam terus bergegas pulang ke Subang Jaya. Ambil anak-anak n terus pulang ke Melaka. Nasib baik perjalanan ok dan tidak jammmed. Jika tak parah juga dibuatnya. Akhirnya jam 10 malam tiba di di rumah mak di Melaka. Sampai di rumahnya, mak dan anak bongsu aku dan tidur. Awalnya mereka tidur. Yalah penat kan, semuanya bekerja. Anak kedua aku buat miss called barulah si bongsu bangun dan secara kebetulan mak aku bangun. Selepas bersalaman dan mencium mak dan anak bongsu aku, kami terus duduk di ruang tamu sambil berbual-bual. Yalah dah lama tak jumpa, hampir dua minggu. Hampir jam 12 tengah malam, kami buat keputusan nak tidur, dah ngantuk sangat dan letih. Anak bongsu aku sempat ambil handphone aku nak tengok zizan raja lawak mega. Di kampung dah tak ada astro, tu yang si bongsu bosan sangat. Tak ada line internent. Akhirnya aku paksa si bongsu tidur sebab dia nak kerja, masuk jam 9 pagi. Nanti lewat ke tempat kerja pula.

Tuesday, December 18, 2012

DAPAT TAWARAN KERJA

HARI Khamis ini, anak bongsu aku akan mula bekerja di wetworld Melaka di Ayer Keroh. Walaupun gajinya RM4 untuk sejam, namun dia menjangkakan akan menerima kira-kira RM1,000 sebulan. Apa yang aku ketahui, si bongsu kena jaga budak-budak yang mandi di situ. Ketika datang interview, boss di situ sempat stop sekejap perbualan apabila melihat anak aku datang dengan berjambang. Dia sempat berkata, boy tolong shave jambang. Kiranya, dia tak tengok pun resume anak aku dan terus menerimanya bekerja. Gaji dibayar dua minggu sekali. Anak aku diminta pakai T shirt berwarna putih dan berseluar pendek tiga suku. Aku tak kisah sangat dia nak kerja atau tidak, yang penting dia perlu menghabiskan belajar memandu dan menunggang motosikal. Itu sahaja. Sebenarnya dia boring duduk di rumah, so biarlah dia bekerja dan cari duit sendiri. Lagipun, dia pergi kerja dengan rakannya dan kerja dari jam 9 pagi hingga 7 malam pada cuti persekolahan dan hujung minggu manakala pada hari biasa dari jam 11 pagi hingga jam 7 malam. Yang penting, selepas malam dia ada di rumah.

LOAN DILULUSKAN

SYUKUR alhamdulillah akhirnya permohonan koperasi aku untuk membeli motosikal skuter sudah diluluskan. Aku sudah menandatangani perjanjian itu di Koperasi NSTP, semalam. Sekarang ini hanya menunggu syarikat motor call n suruh mengambil motosikal itu. Gembira anak ketiga aku apabila mendapat tahu permohonan itu sudah diluluskan. Kiranya sebelum bulan Januari sudah mendapat motor. Sekarang ini ibunya pula yang akan memikul tanggung jawab untuk menjelaskan hutang berkenaan selama tiga tahun. Jika ada duit, aku bayar lebih supaya tak perlu tunggu hingga tiga tahun. Habis cepat lagi bagus. Kiranya sekrang ini, aku mempunyai tiga buah motor. Siapa sangkakan. Semuanya berkat Allah yang maha kaya dan maha pengampun. Ada juga harta aku walaupun bukan jenis yang mahal. Tiga motor untuk tiga anak.

DAPAT LESEN L

ANAK bongsu aku dah lulus ujian komputer untuk mengambil lesen memandu kereta dan menunggang motosikal. Walaupun targetnya 50 tapi markah yang diterima adalah 46/50. Syukur alhamdulillah....Kadang-kadang ramai yang tidak lulus ujian komputer ini. Si bongsu juga sempat duduk ujian amali motosikal dan kiranya dia sudah mempunyai pemegang Lesen L. Kini dia terpaksa menunggu sebulan untuk mempelajari cara memandu kereta dan menunggang motosikal. Walaupun dah tahu menunggang motosikal, kena juga ikut aturan yang ditetapkan JPJ. Yang penting dapat lesen betul. Masa inilah yang perlu digunakan untuk mengambil kedua-dua lesen itu. Jika dah melanjutkan pelajaran, dah sukar untuk mengambil lesen berkenaan. Bila dapat lesen L, ini bermakna, hanya dia seorang sahaja yang boleh menunggang motosikal.

Friday, December 14, 2012

AVON MASTERCOOK

AKU ke Avon di Kompleks PKNS Shah Alam nak ambil barangan yang pesan menerusi SMS sebelum ni. Adik aku yang ikut serta memberitahu dia ada membeli dua kuali Avon, iaitu Avon MasterCook Wok berharga RM209.90 dan Avon MasterCook berharga RM189.90. Yang bestnya tentang kuali itu, ia menjimatkan masa, tenaga dan membuka selera. Selain itu, fungsinya selamat, menyihatkan, mudah dibersihkan, tidak melekat dan masak tanpa minyak. Sebenarnya aku juga membelinya selepas ada potongan 20 peratus. Akhirnya dapat juga kuali yang aku idam-idamkan. Dalam kuali itu ia menggunakan marble dan hanya perlu guna senduk kayu atau plastik saja. Balik aje dari Avon, aku terus ke Giant untuk membeli jagung buat pop corn. Apa lagi, anak kedua aku cuba buat pop corn guna kuali mastercook wok dan akhirnya respi itu berjaya. Tak perlu beli pop corn sebab dah tahu buat sendiri. Sebenarnya mudah buat pop corn. Kiranya, barang dapur berkualiti tinggi banyak aku beli di Avon. Tak sia-sia jadi ahli Avon. Sebelum ini sudah ada kuali besar dan pemanggang ajaib. Belilah sikit-sikit n bila balik ke Melaka selepas bersara nanti, tak perlu nak beli banyak barangan. Lagipun boleh aku gunakan untuk memasak.

BELI MOTOR

AKU ke kedai motor pada Selasa lalu di Bangsar. Macam biasa, nak tengok skuter untuk anak ketiga aku. Aku pergi bersama dua anak perempuan aku kerana anak ketiga aku yang sepatutnya melihat motor tu tak dapat ikut kerana diajak oleh kawannya untuk attend family day keluarga kawannya di Morib. So apa-apa urusan pembelian diserahkan kepada anak kedua saja. Akhirnya aku sampai di kedai berkenaan, dekat sahaja dengan office aku. Ada dua jenis skuter, besar dan kecil. Anak ketiga nak skuter icon tapi pekerja di kedai itu memberitahu skuter begitu dah tiada. So tengok punya tengok, ada skuter, saiznya pun tak besar sangat dan sesuai untuk anak aku. Skuter tu berharga RM5500 termasuk pelbagai aksesori tambahan, insurans, plat dan roadtax. Yang diberi percuma hanya baju hujan dan helmet. Aku terus setuju dan minta quatation kerana membelinya menerusi koperasi NSTP. Mana ada duit nak beli cash.Semua borang buat loan untuk pembelian motor sudah aku serahkan kepada koperasi. Perlu tunggu dua minggu untuk kekelusan dan dapatlah skuter tu. Senanglah anak ketiga aku ke class n tak perlu tunggu aku ambil dan hantarnya. Anak kedua dah ada motor. Si bongsu pula, nak motor yang ada di Melaka tu.

CUTI TIGA HARI

BULAN Disember ini aku hanya dapat bercuti tiga hari sahaja. Sebenarnya balance cuti aku pada tahun 2011 ada lapan hari tapi dapat ambil tiga hari aje.Nak buat macam mana, angkara revamp terpaksalah berkorban. Aku sepatutnya bercuti hari Ahad, Isnin dan Selasa tetapi disebabkan hari Isnin ada briefing mengenai revamp, aku tangguhkan cuti aku dan sambung semula pada hari Rabu. Yang penting dapat cuti tiga hari. Jika balance lima hari itu nak burn, burnlah...Walaupun cuti tiga hari tak banyak dapat aku lakukan dan yang bestnya dapatlah berehat di rumah, memasak dan buat kerja yang sepatutnya. Cuti pada hari ahad, dah satu hari aku spend masa di Melaka. Tinggal lagi dua hari. Bayangkan apa dapat ku buat.

BALIK KAMPUNG

PETANG Sabtu lalu, aku pulang ke Melaka lima beranak. Memang jammed teruk tapi nak buat macam mana. Aku pulang ke kampung petang sebab menunggu anak kedua aku habis kerjanya, jam 3.30 petang. Macam-macam barang aku bawa pulang kebanyakan baju dan buku anak bongsu aku. Penuh juga but kereta aku dan nasib baik juga but kereta besar. Dengan beg besar, macam nak pergi oversea dibuatnya. Hampir jam 6 petang, barulah aku tiba di Melaka. Mak aku gembira melihat kami anak beranak balik. Apa taknya, anak bongsu aku akan menemannya di rumah itu sehingga menunggu keputusan peperiksaan SPM keluar. Pada masa yang sama, anak bongsu aku boleh mengambil lesen kereta dan motor. Aku bernasib baik pada hari Ahad tu, aku bercuti. So bolehlah balik lambat sikit. Dapat petik rambutan dan jumpa dua lagi adik perempuan yang datang ke rumah mak aku. Adik perempuan kedua di Melaka tu dah lama tak jumpa dan adik perempuan ketiga pula, ada family day sebelah suaminya di Pengkalan Balak. So kiranya, makan tengah hari tu, ramailah kami.

Thursday, December 6, 2012

BELAJAR KERETA, MOTOR

ANAK bongsu aku paling gembira apabila hari Ahad ini dah boleh dengar ceramah untuk belajar memandu kereta dan menunggang motor. Sebenarnya dia dah tak sabar lagi nak belajar semua tu. Yalah exam dah habis dan sudah rehat hampir 10 hari. So inilah peluang untuk belajar memandu dan menunggang motor. Anak ketiga aku dah call cikgu yang mengajarnya driving sebelum ini. Kiranya, hari Sabtu ini kena pulang kampung dan perlu membayar pendahaluan RM200 untuk belajar mengikuti kursus bagi kedua-dua itu. Kiranya aku spend hampir RM1,000 bagi belajar kereta dan motor. Jika di KL, belajar kereta aje membabitkan RM1,000. Sebab tu aku hantar anak aku pulang ke kampung dan secara tak langsung boleh menjaga mak aku.

MENTOL KERETA TAK MENYALA

LAMPU kereta tak menyala. Dah beberapa hari aku terpaksa menghadapi masalah tu. Hanya sebelah aje yang menyala. Berbahaya juga. Akhirnya tadi aku ke kedai kereta dan tukar lampu kereta yang besar dan kecil. Semuanya berjumlah RM30. Barulah senang hati aku. Sebelum ini, kunci bateri habis. Macam-macam masalah dihadapi jika memikirkan pasal kereta. Cuma ada satu aje yang belum dibuat iaitu balancing kereta. Bila memandu laju, streng seolah-olah makan di sebelah kanan. Kena check ni jika tak bahaya juga.