BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 13, 2012

KEMAS PAKAIAN...

BALIK aje dari segala uirusan, aku terus buka netbook dan cari online teksi untuk ke LCCT. Akhirnya, semuanya settle dan aku dah booking teksi untuk ke sana pagi esok. Senang aje buat online dan teksi driver berkenaan terus  call beritahu dah confirm dan akan mengabil aku di rumah jam 11.30 pagi. Lega sikit. Selepas itu, aku terus ambil beg pakaian dan longgokkan untuk dipacking. Anak sulung aku akhirnya tolong lipat dan masukkan dalam beg. Manakala anak ketiga aku yang dah pulang dari class tolong masak. Yalah perut kena isi juga. Akhirnya apa barang yang hendak dibawa dah siap dipacking. Cuma tunggu baju yang perlu dipakai esok untuk digosok. Biasanya aku suka pakai kasut sukan jika nak berjalan ke luar negara. Mudah sikit n kaki tak rasa sakit...Lega apabila pakaian dah siap dimasukkan dalam beg. Senanglah hati. Aku juga sempat masukkan ubat-ubatan, manalah tahu jika demam nanti...Tempat orang kan...

DUA BANK

ANAK sulung aku nak buka akaun Maybank. Sebelum itu, kena pergi ke Cimb Bank dahulu untuk tingkatkan jumlah pengeluaran. Sebelum ini, anak aku hanya boleh keluarkan wang RM100 sehari. Bagaimanapun, setibanya di bank berkenaan, macam biasanya parking memang sukar dan aku menyuruh anak aku ke bank berkenaan. Masa nak upgrade jumlah pengeluaran, kad ATMnya tak boleh digunakan. Apalagi kenalah ganti kad baru...Aku duduk dalam kereta dah sejam. Dah berpeluh dibuatnya. Apa taknya...enjin dimatikan bagi menjimatkan minyak. Setahu aku, nak upgrade ATM tak sukar pun. Rupa-rupanya ada problem. Anak aku buat kad di CIMB Melaka dan segala urusan kena diuruskan dengan cawangan Melaka. Patutlah lambat. Selepas settle di Cimb Bank, anak aku ke Maybank pula. Buka akaun di sana...Aku tunggu lagi hampir sejam. Ya Allah penatnya dan akhirnya jam 2 petang barulah siap urusan buat ATM di kedua-dua bank berkenaan. Lapar tak tertahan lagi n aku rasa macam nak pitam.

KWSP LAGI

HARI ini aku ke KWSP Shah Alam. Uruskan pengeluaran pembelajaran semestar keempat bagi anak kedua aku. Kena bayar RM6,222.00 kepada pihak pengurusan MSU. Bukan mudah nak bayar duit belajar anak jika tiada duit terutama KWSP. Nasib baiklah aku bekerja swasta, boleh tampung pelajaran anak kedua untuk Medical Science. Jika tak macam mana nak sambung pelajaran. Aku kena uruskan segera sebab awal Mac anak aku akan mengambil exam semestar akhir. Jika tak, tak dapat duduk exam. So bila aku tiada dalam negara, anak aku tak adalah masalah. Kejap aje dah semestar keempat. Tak sangka juga kan....Dah le nak ke sana, sukarnya nak dapat parking. Tiga lagi round still tak dapat parking dan aku akhirnya buat keputusan parking di luar...Anak sulung aku jaga kereta. Di kawasan luar tu....jika letak kenderaan boleh kena saman. Nasib baik le urusan tu cepat habis....

Sunday, February 12, 2012

HANTAR COMOT KE TEMPAT ASALNYA...

PAGI NI...betul-betul buat aku geram n bertambah geram. Pertama geram pasal air asyik bertakung di dapur basah. Yang kedua pula pasal anak kucing aku, Comot berak di tepi langir tingkap. Apa lagi membebel aku dibuatnya. Aku suruh anak kedua aku bersihkan najis berkenaan. Tak sampai setengah jam, dia berak lagi di situ...Siapa tak bengang dibuatnya. Dah le nak minum n makan tak lalu dibuatnya. Walaupun tingkap dibuka tapi bau najis itu masih kuat lagi. Semalam aku dah beritahu anak aku, jika Si Comot tak berubah lagi, aku akan hantar dia ke tempat yang diambil hari Ahad lalu. Anak aku tak boleh nak kata walaupun mereka kasihan kepada kucing tu. Itu aku ada di rumah, jika tiga minggu tak ada, bayangkan macam mana rumah tu....Entah ada masa atau tidak nak kemaskan najis tu...boleh jadi termuntah dibuatnya. Aku beritahu anak aku, walaupun dihantar ke tempat kedai mamak berniaga tu..mereka masih boleh menghantar makanan dan air ke situ. Akhirnya anak aku bersetuju. Yalah kucing dah biasa terbiar macam tu, manalah suka kencing atau berak dalam tandas. Lainlah jika diambil dari kecil...ni dah besar. So ketika nak hantar anak kedua di Komuter Batu Tiga, aku terus hantar Si Comot ke kedai runcit berkenaan. Petang tadi, masa aku nak ke office, anak sulung n ketiga bawa makanan n air untuk Si Comot tapi Si Comot dah tak ada. So mereka letakkan makanan di kedai runcit tu aje...Yang aku tak tahan berak n kencing bersepah...nak muntah dibuatnya...

GAMBAR KONVO MSU

PAGI NI, seperti biasalah. Jam 11.15 pagi dah keluar dari rumah. Kali ni ke Tesco pula...beli barangan dapur untuk tiga minggu bagi anak-anak aku yang akan aku tinggalkan apabila ketiadaan aku. Bila semuanya dah settle, aku ke Seksyen 24 Shah Alam untuk mengambil gambar anak sulung aku konvokesyen. Mudah aje aku cari....Aku terus fokus kepada Seksyen 24. Bila tiba di sana, aku terus fokus kepada nama lain dan akhirnya sampai ke studio berkenaan. Lega rasanya. Aku seperti biasa tunggu dalam kereta dan anak sulung aku bersama anak ketiga terus ke kedai gambar. Apabila mereka pulang semula dalam masa 10 minit, aku tak sabar-sabar nak tengok gambar graduate anak aku. Pada mula anak sulung aku tak beri dan suruh tengok apabila pulang ke rumah, namun aku berkeras nak tengok gambar yang besar dan berframe tu. Hmmm...aku terus kata cantiknya sebab dia tersenyum apabila mengambil gambar tu. Kemudian aku terus pulang ke rumah, kemas barangan yang dibeli dan terus masak nasi. Lauk tak masak lagi, sebab penat sangat n terus baring sekejap. Jam tiga barulah aku bangun dan goreng telur halia aje n anak aku buat nasi goreng. Bila aku bangun, aku dapati gambar konvonya dah tergantung di dinding rumah...Kakak..kakak...cepatnya..

KE SEREMBAN...

PAGI SEMALAM....aku ke Kompleks PKNS. Ke Avon, macam biasalah ambil barang-barang yang sudah diorder. Than ke kiosk pertukaran wang asing. Tak ada pula wang pertukaran. Dia suruh datang petang. Manalah sempat nak pergi ke sana semula. Aku keluar jam 10 pagi dan terus mengajak tiga anak perempuan aku makan di sebuah gerai dalam kompleks tu. Bila tak dapat duit tukar, aku kemudiannya terus ke kedai buku. Anak aku nak beli buku dengan wang baucar RM200. Akhirnya, anak ketiga aku beli RM100 aje dan balancenya akan beli kemudian. Aku cuma minta novel berharga RM23.90...macam biasanya , novel Norhayati Berahim. Lepas tu aku ke Tesco Shah Alam, beli barangan makanan untuk si bongsu selama tiga minggu. Aku juga sempat ke Giant Shah Alam, cari kiosk pertukaran wang dan akhirnya dapat. Aku suruh anak aku beli MD aje untuk ke Seremban. Memang penat sangat semalam...Dah jumpa anak, bergegas pula pulang..hantar anak kedua ke rumah cikgunya di Kampung Melayu Subang untuk training silat. Akhirnya aku tiba di rumah jam, 5.30 petang. Punyalah penat, Tuhan aje yang tahu....Akhirnya, nak kemas pakaian ke India pun tak dapat lagi...Jam 10.30 aku tertidur depan TV kerana keletihan...

TERSUMBAT LAGI....

ADUH....pening dibuatnya. Dah seminggu air di lantai, tak kering-kering. Lubang yang disediakan bagi buang air untuk membasuh dan singki asyik tersumbat lagi. Semalam, aku ke kedai hardware dan beli bahan kimia untuk dituangkan dalam lubang berkenaan. Masih tak jalan lagi. bahan kimia untuk hakiskan kekotoran yang berharga RM15.80 tu dah habis aku tuangkan tapi air masih tak dapat mengalir dengan betul. Macam mana ni....tention dibuatnya. Nampaknya kena beli lagi bahan kimia tu. Nilah balanya jika tinggal di tingkat 12....Petang semalam, sebelum aku tuangkan bahan kimia dalam lubang tu, aku dah ceduk air hingga ke paras bawah. Kiranya tak ada le air banyak dan terus tuang bahan kimia tu. Nampaknya masih tak berfungsi lagi. Aku rasa, balik dari India nanti, aku nak beli lagi bahan tu dan terus tuang satu botol. Jika perjalanan air tak lancar lagi, nampaknya kena panggil plumber untuk betulkan saluran paip berkenaan. Yang geramnya, tak boleh nak masak atau membasuh pinggan mangkuk. Air akan terus keluar dari lubang tu...Dugaan sebenarnya.

Wednesday, February 8, 2012

NAIK KOMUTER

SEMALAM, aku suruh anak bongsu aku pulang ke asramanya di Seremban naik komuter. Selama ni aku yang menghantarnya pulang ke asrama, tetapi disebabkan aku kerja siang, aku menyuruhnya naik komuter. Risau juga dibuatnya. Sebab ini kali pertama anak aku pulang naik komuter. Takut lambat samapi. Rupa-rupanya memang lambat sampai. Anak aku keluar dari rumah jam 2.30 petang dan terus dihantar kakaknya ke komuter Batu Tiga. Kenalah tunggu komuter dan akhirnya tiga di KL Sentral. Tapi, sebelum sampai ke KL Sentral, komuter pula rosak di Angkasapuri. Risau aku dibuatnya. Anak aku SMS beritahu dapat naik komuter jam 4 petang untuk pulang ke Seremban. Aku terfikir jam berapa nak sampai ni...Komuter memang lambat..macam mana. Akhirnya jam 5.45 petang, anak aku tiba di komuter Seremban. Memang tak sempat nak tiba di asrama sebelum jam 6 petang. Dalam masa itu, anak aku sempat hantar SMS minta aku telefon guru HEM dan aku pula bergegas ke kereta untuk mengambil buku catatan Saser dan terus menalipon guru HEM. Aku beritahu anak aku lambat dan naik teksi menuju ke asrama. Harap-harap tiada tindakan untuk anak aku yang tiba lewat. Anak aku akhirnya hantar SMS beritahu dah selamat tiba di sekolah. Syukur alhamdulillah...Bila dikenang-kenangkan naik komuter, lambat juga tibanya...hampir 4 jam. Tention juga dibuatnya.

Tuesday, February 7, 2012

GERAMNYA....

ANAK aku jumpa kucing comel di bawah apartment berwarna hitam putih. Tapi bulunya mostly warga hitam dan dimukanya ada tompok hitam. Memang nampak comot sangat. Kucing tu terlalu jinak. So anak aku pun bawa pulang kucing tu dan di namakan Comot. Kucing yang ada di rumah pula, Si Cimot tak suka dengan kucing tu dan sering mengasingkan dirinya. Si Cimot akan duduk dalam bilik aku sahaja dan jarang nak keluar jika ternampak Si Comot. Macam pengantin baru pula Si Cimot tu. Apa yang aku tak tahan, Si Comot ni suka berak di belakang TV. Itu yang aku tak tahan. Semalam dia berak di belakang TV lagi dan surelah kena pada langsir tingkap. Langsir rumah aku macam langsir sliding...dah berat dan ketinggiannya ikut siling rumah. Bayangkan macam mana nak basuh langsir tu. Aku dah tak tahan dengan bau busuk hingga tak boleh makan dalam rumah tu...Dah basuh langsir terpaksa buat dua kali. Nak jemur pula satu hal....yalah tinggal di apartment. Lama juga nak kering. Aku minta anak aku supaya hantar kucing tu semula. Tapi mereka tak mahu...Nampaknya kena beli pasir supaya dia berak dalam bilik air. Jika Si Cimot, aku tak khuatir, dia akan berak dalam bilik air.

Monday, February 6, 2012

TAK SANGKA

HARI nii...betul-betul pecah rekod. Semua page rap dan variasi sebanyak 32 pages termasuk Sabah dan Sarawak dapat disiapkan awal. Page rap dan variasi siap jam 3.30 petang. Manakala page Sabah dan Sarawak sebelum jam 3.50 petang. Bahagian circulation juga terperanjat apabila semua page dapat disiapkan awal dari dijangkakan. Biasanya offstone jam 5 petang bagi page nasional rap n variasi manakala Sabah dan Sarawak sebelum jam 5.30 petang. Supervisor circulation sampai perli kami...'dikatakan orang naik pangkat, kerja pun cepat' Aku beritahunya, semuanya bergantung kepada wartawan n ketua editor mereka. Jika beri bahan cepat, maka cepatlah dapat disiapkan bahan tu. Jika lambat, maka lambatlah jadinya. Apapun yang penting, kami perlu kerja smart...supaya page dapat disiapkan awal.

KERJA SIANG

HARI Ahad, aku mulalah kerja siang untuk tahun ni. Kerja siang pun hanya seminggu saja. Oklah juga kan...maybe selepas tu aku bekerja malam n terus bercuti selama dua minggu. Kali ini gandingan aku bekerja siang adalah dengan Cemaron. Bekerja dengan Cemaron tak menjadi masalah. Segala tugasan termasuk mengedit story berjalan lancar. Aku bernasib baik kerana membawa bekal. Anak kedua aku buat mee goreng, so dapatlah makan untuk tengah hari. Sebenarnya, jika kerja siang, memang masalah makan menjadi masalah terutama pada public holiday. So, aku tak kisah sangat pasal makan tu, aku sentiasa bawa biskut dan boleh minum dengan nescafe. Yang penting bagi aku adalah kerja siap...Memang target nak siapkan kerja secepat mungkin. Malam tadi aku stayback hingga jam 8.30 malam.

Saturday, February 4, 2012

BELI BAJU

DAH lama juga tak beli baju. So masa ke butik Az-Zara, aku berkenaan dua helai baju tu. Dari Korea. Harganya taklah mahal sangat. Dalam RM49.90 sehelai. So, apa lagi aku beli dua helai...fesyennya hampir serupa. Dah lama aku idamkan baju macam tu...Macam baju kelawar, tangannya bergrip dan panjang baju tu hingga paras punggung. Memang menarik baju tu. Nak ke India, boleh le pakai baju macam tu. Sebenarnya, dah lama juga tak beli baju. Walaupun baju macam tu ada lebih 30 helai, oklah juga nak pergi kerja. Bayangkan jika kerja enam hari seminggu, so jika sebulan, ada 24 atau 25 hari. Kadang-kadang pening juga nak fikirkan pasal baju. Jika baju kurung, lain pula halnya. memang ada hampir 20 pasang. Pakai baju kurung hanya pada hari Jumaat aje...hari lain aku lebih rela pakai jeans dan baju potongan muslimah...Jika kerja siang, tak bolehlah pakai jeans...kenalah pakai seluar slack. Jika nak mudah, pakai baju kurung aje...lebih senang kan.

BUAT KEK

ANAK kedua aku tanya, Ibu, boleh tak masak apa-apa. kawan ima birthday hari ini. Setiap peserta silat yang baru pulang dari pertandingan silat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu membawa menu masing-masing. Ima bertanya lagi, ibu buat moist cake coklat  aje. Nak sikit ke banyak, tanya aku lagi. Nak sebijilah...Macam itu kena buat dua bijilah...orang di rumah nak makan juga. Tak kan nak buat satu aje. Coklat n tepung dah habis. Lepas masak tengah hari ni, jam 3 kenalah ke Tesco. Beli koko, tepung dan fresh milk. Butter dah ada. So tak payah beli lagi. Balik dari shopping hampir jam 5.30 petang. Bukan setakat pergi Tesco aje, turut ke butik, beli baju. Dah lama baju tak berganti. So bila balik aje, aku terus membuat operasi buat kek. Kek nak kukus selama sejam. Akhirnya, sebelum jam 8 malam, dua moist cake coklat dah disiapkan. Siap buat topping lagi...Jam 8.30 malam, anak aku membawa kek berkenaan ke rumah kawannya. Tak tahulah apa rasa kek tu...

Thursday, February 2, 2012

KEJAPNYA FEBRUARI...

TAK SANGKA-SANGKA dah masuk bulan Februari, Sekejap rasanya masa berlalu. Hari ni dah 2 Februari, semalam 1 Februari dah lah public holiday - Hari Wilayah. Kadang-kadang kita tak sangka masa tu datang begitu pantas, begitu juga dengan umur kita. Disebabkan itu, kita tak boleh nak mensia-siakan masa yang datang kerana kita tidak mengtahui setakat mana umur kita. Kena buat persiapan untuk ke alam lain pula. Bulan Januari dikirakan banyak juga public holiday. Kini bulan Februari juga ada banyak public holiday...Syukur alhamdulillah bila ada public holiday...boleh tambah income. Yalah dah kerja di syarikat surat khabar dan bahagian pula editorial...kenalah bekerja pada public holiday. Selagi ada surat khabar diterbitkan, selagi itulah, kena kerja. Yang penting dapat rezeki yang halal dan boleh beri makan kepada anak-anak. Daripada pendapatan yang aku terima inilah, aku membesarkan anak-anak.

CYBERJAYA

PAGI NI, jam 9.30 pagi aku bersama anak sulung bertolak ke Cyberjaya. Hmmm...nak ke MMU untuk hantar borang permohonan masuk ke sana. Dapat atau tidak belum tahu lagi. Harap2 dapatlah. Itulah yang diidam-idamkan oleh anak sulung aku. Sambung degree ke MMU. Nak ke MMU tak ada masalah, yalah dah tahu direction ke sana. Aku pun drive masuk ke pekarangan MMU. Terperanjatnya aku. Besarnya MMU hingga aku tak tahu ke mana pejabat untuk menghantar borang berkenaan. Dalam kawasan tu sunyi sangat...maybe student bercuti. Pusing punya pusing, aku still tak jumpa pejabat berkenaan. Akhirnya anak aku minta pulang aje n buat application online. Satu lagi masalah timbul, tak jumpa jalan keluar...Bila dah dapat, keluar tempat lain pula. Macam ni...aku hanya ikut signboard aje untuk pulang ke rumah. Payah juga jika tersesat di Cyberjaya. Bila tiba di rumah, aku terus paksa anak aku buat online dan kemudian ke pejabat pos. Semua dokumen yang diminta termasuk money order dihantar menerusi courier service...Ertinya, esok mereka akan terima courier berkenaan. Aku berdoa anak aku dapat masuk ke MMU pada 5 Mac depan. Aku berharap ketika berada di India, aku mendapat berita baik dari anak aku.