BALIK aje dari segala uirusan, aku terus buka netbook dan cari online teksi untuk ke LCCT. Akhirnya, semuanya settle dan aku dah booking teksi untuk ke sana pagi esok. Senang aje buat online dan teksi driver berkenaan terus call beritahu dah confirm dan akan mengabil aku di rumah jam 11.30 pagi. Lega sikit. Selepas itu, aku terus ambil beg pakaian dan longgokkan untuk dipacking. Anak sulung aku akhirnya tolong lipat dan masukkan dalam beg. Manakala anak ketiga aku yang dah pulang dari class tolong masak. Yalah perut kena isi juga. Akhirnya apa barang yang hendak dibawa dah siap dipacking. Cuma tunggu baju yang perlu dipakai esok untuk digosok. Biasanya aku suka pakai kasut sukan jika nak berjalan ke luar negara. Mudah sikit n kaki tak rasa sakit...Lega apabila pakaian dah siap dimasukkan dalam beg. Senanglah hati. Aku juga sempat masukkan ubat-ubatan, manalah tahu jika demam nanti...Tempat orang kan...
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment