HARI AHAD....hari raya. Semua orang bersuka ria termasuk anak-anak aku. Walaupun tanpa ayah di sisi mereka, namun mereka tetap gembira. Tak kan nak bersedih sakan pula. Awal lagi aku dah bangun dan bersiap untuk mandi kerana menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Bertam Ulu. Jika lambat ke masjid, sudah pasti tiada tempat duduk dalam masjid. Terpaksalah solat di atas jalan raya yang sudah dibentangkan dengan tikar. Masjid Bertam Ulu nak dikatakan kecil tak juga tetapi disebabkan ramai penduduk di sekitar taman berhampiran datang, menyebabkan masjid berkenaan tak dapat menampung jumlah mereka yang ramai.Seperti biasa, selepas solat aku terus pulang ke rumah untuk minum pagi. Makan ketupat dan rendang termasuk sambal ketupat. Selepas bersalaman dan minta maaf antara mak, anak-anak, adik-beradik, ipar dan anak saudara, aku buat keputusan untuk ke Jasin pula. Sebelum tu sempat bergambar sakan. Macam-macam pose dibuat. Ketika ke Jasin, jam sudah menunjukkan jam 1.30 petang, dah terlewat dan aku terus ke kubur suami aku. Aku dan anak-anak baca surah yassin dan ayat-ayat lazim untuk arwah suami aku. Mudah-mudahan roh suami aku tenang di sana. Ketika mengaji, kaum kerabat aku dari Jasin datang ke tanah perkuburan...Mereka juga sedekah yassin dan ayat-ayat lazim kepada keluarga yang sudah meninggal dunia. Selepas itu aku terus ke rumah kakak ipar aku. Tak duduk lama, tapi hampir dua jam sebelum aku ke rumah abang ipar di Taman Maju. Kemudian terus pulang ke rumah sebelum singgah di rumah adik di Taman Tasik Ayer Keroh.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment