BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 30, 2012

HTC

DAH seminggu aku gunakan handphone HTC One S yang berharga RM1,828. Itupun ambil kontrak dengan Maxis selama dua tahun. Yang penting ada call, sms dan internet. Telefon canggih sikit untuk kepuasan diri sendiri. Rakan-rakan syorkan supaya aku beli Samsung atau Nokia atau Sony, namun aku tak mahu. Dah terlalu ramai di office menggunakan Samsung yang latest. Biarlah aku guna telefon yang tak ramai orang guna, yang penting semua komponennya sama seperti Apple, Iphone4 dan Samsung. Muka-mula sukar juga nak guna touch screen, akhirnya dah biasa. Di rumah aku akan guna wifi dan jika diluar barulah aku guna internet. So semua fb, twitter, yahoo mesengger, tagged sentiasa on aje. Jika bosan tunggu anak dalam kereta, aku boleh bermain mahjong dan berchatting.Bayaran bulanan tak sampai RM120, jika sebelum ini banyak juga bil aku. Kiranya dah save budgetlah.

2 comments:

Anonymous said...

tahniah pakai hp canggih

masni said...

nak buat macam mana...baca paper sekarang ni pun online...Harian Metro dah ada e-paper...so kena pakai phone ada android