BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 16, 2013

GEMBIRA......

GEMBIRA sakan dapt bersms dgn si dia hampir tiga jam. Macam kekasih yg terlalu kerinduan pula. Dalam bilik hotel ada free wifi n si dia guna kesempatan tu utk bersms guna whappup. Gembiralah aku. Di sana baru jam 4 pagi tapi d malaysia baru jam 7 pagi. Dia dah biasa bangun awal. Sbb tu kami bersms. Hari ini hari pertama dia kerja d muscat, masuk jam 8 pagi hgga 5 ptg. Off day hanya hari Khamis dan Jumaat. Si dia suruh aku ke sana. Hotel four star yg dia tinngal sehingga Julai dah berharga rm500 sehari. Nantilah jika ada rezeki pergi dgn si dia pula d negara lain.

Friday, March 15, 2013

INCOME TAX

LEGA rasa hati apbila dah summit income tax bagi 2012. Kena buat awal senang sikit. Sekurang2nya cepat dapat wang pulangan terlebih bayar. Syukur alhamdulillah dapat juga pulangan wang.Simpan untuk beli baju raya anak n diri sendiri. Itulah setiap tahun aku lakukan apabila dapat pulangan dari income tax. Kena pandai berjimat cermat jika nak hidup.Setiap thn bayar kepada income tax lebih rm12 ribu. Nasib baik bayar zakat.

DAH KE OMAN

PAGI ni si dia hantar picture dari KLIA memberitahu dia dr Kuching n terus berangkat ke Muscat, Oman. Ptg semalam si dia blk Kuching kerana mak chiknya meninggal dunia. So x dapatlah aku nak hantar dia ke airport. Nak buat macam mana, x ada jodoh nak jumpa dia d airport. Apa yg blh aku doakan semoga selamat pergi n balik.

Thursday, March 14, 2013

PILUNYA HATI

SI DIA akan berangkat ke Muscat,Oman pada 8.45 pagi Jumaat ni. Sedihnya rasa Tuhan aje yang tahu. Nak menangis, tak tahu bahu siapa nak pinjam. Aku tahu dia juga rasa sedih n rasa berat hati nak tinggalkan Malaysia. Dia sms tiket flightnya untuk memaklumkan tarikh dan masa dia akan berangkat. Dia bernasib baik sbb dapat bisness class. Aku tgk tempat duduk n tidur flight Oman Airways cukup selesa. Yalah masa penerbangan hampir tujuh jam. Dia sebenarnya ajak aku melancong ke sana ketika dia berkhidmat selama empat bulan lebih. Dia juga memberitahu aku ingin menunaikan umrah. Aku berdoa Tuhan makbulkan permintaannya. Amin

Wednesday, March 13, 2013

GAS HABIS

HARI ni nak memasak. Dah siap bersihkan ayam n lumurkan kunyit. Nak buat ayam goreng sambal. Petik aje gas dapur memasak x menyala. Aduhhh nak order gas jam berapa nak masak Ketika tu dah jam 1.30 pm. Nasib baik ada portable gas n mini gas ada lagi. Masak d situ aje hgga selesai. Esok baru order gas. Yg penting dapat masak dulu. Makan nasi dah le sehari sekali, itu pun waktu lunch sahaja. Nak jaga badan tapi berat maintain aje.

PENATNYA....

HAMPIR enam bulan tak bercuti. Dah terlalu penat otak n badan. Nak buat macam mana, selagi election tak buat, selagi tu le semua staff tak boleh bercuti. Aduhhh penatnya. Tak tahu bila le nak election. Lepas satu tarikh ke satu tarikh, tak juga election. Agaknya bulan April baru boleh mengundi. Sebenarnya jika cuti pun tak ke mana-mana, nak rehat aje di rumah. Dah penat. Nak berdating, pak we dah ke luar negara. Masa dia pulang ke MNalaysia dah time puasa n nak dekat raya. Boleh juga hari raya aje nampaknya. Tak apalah, kenalah sabar kan.Sejak kes pencerobohan Lahad Datu, kerja aku bertambah banyak. Yalah, aku kena jaga region Sabah. Banyak benda kena buat.

BALIK KAMPUNG

BALIK kampung. Itulah yang dibuat oleh anak-anak aku jika cuti semestar walaupun hanya dua minggu. Anak ketiga aku kini ada di Melaka. Macam biasa temankan mak aku. Adiknya juga ada di kampung. Lepas cuti dua minggu, anak aku ada short semestar dan bulan Jun pula akan membuat praktikal selama empat bulan. Selepas habis praktikal dah boleh sambung degree. Kejap aje masa berlalu. Anak-anak dah membesar dan sambung pelajaran. Hanya tunggu si bongsu aje untuk menyambung pelajarannya. Harap-harap dapat keputusan cemnerlang dan lanjutkan pelajaran ke universiti yang diminta dan kursus yang diidamkan. Insyallah.

SAMBUNG DEGREE

ANAK kedua aku dah mula sambung degreen di MSU. Walaupun belum konvokesyen, dia dah mula belajar. Bagus lah begitu, tak adalah buang masa nak tunggu sehingga bulan September untuk masuk ke universiti kerajaan dan swasta. Anak aku akhirnya pilih course Bachelor of Optometry (Hons). Segala urusan dah siap dibayar dan kini tunggu permohonan Mara sahaja. Bayaran bagi coursenya agak mahal juga, lebih RM100,000 dan mengamnbil masa empat tahun. Konvokesyen bagi diploma pula akan diadakan pada Jun ini. Gembiras hati aku kerana dua anak dah ambil degree dan tinggal seorang lagi anak perempuan, dijangka menyambung degreenya pada Oktober depan.

SEDIH SANGAT

TINGGAL tiga hari lagi dia akan berangkat ke Muscat, Oman. Terasa amat sedih n macam nak menangis. Mungkin aku selalu bersms dengan dia menyebakan perasaan aku begitu. Boleh dikatakan setiap hari.Tak kira siang atau malam. Sebenarnya aku dah kenal dia lama sejak aku bertugas di Melaka lagi. Dia pula kerja di Petronas Melaka, lepas tu pindah ke Terengganu dan sekarang ni di Kuala Lumpur. Aku terputus hubungan selepas dia pindah ke Terengganu dan perhubungan terjalin semula tanpa disengajakan di fb awal tahun ini. Sejak itu kami terus bersms. Dia pun masih baru di KL. Yang menyedihkan aku, dia akan ke Muscat atau urusan kerja selama empat bulan lebih dan dijangka pulang ke Malaysia pada 31 Julai. Lamanya...untuk berhubung tak menjadi masalah sebab kami ada YM dan whappsup. Tahu-tahu aje lah cost of living di Oman terlalu tinggi. Aku akan menghantarnya ke airport pada Sabtu ni. Keluarganya turut ada n aku tak tahu macam mana bila berjumpa dengan keluarganya kelak. Walaupun sama-sama orang Melaka, gerun juga dibuat. InsyaAllah aku doakan yang terbaik aje apabila berjumpa dengan keluarganya, terutama ayah dan maknya.

Friday, March 8, 2013

HARI WANITA

Hari ini 8 Mac adalah hari wanita. Tak siapa pun wish hari wanita kepada aku. Mungkin ramai tak menyedari wujudnya hari wanita. Yalah siapa banggakan kaum wanita sedangkan tanpa wanita tak wujudnya lelaki. Wanita juga yang menjadi inspirasi dan kejayan seseorang lelaki itu. Wanita juga yang menjadi menteri kewangan dalam sesebuah keluarga tu. Sebenarnya dalam sesebuah rumahtangga,;wanitalah yang banyak mainkan peranan jika dibandingkan dengan lelaki. Kaum lelaki hanya cari duit dan apabila d rumah, segala-galanya dipikul oleh kaum wanita. Memang patut kaum wanita dihargai dan disanjung.

Thursday, March 7, 2013

DAH LAMA TAK MENULIS

Bosan menulis, tak juga. Cuma tiada masa nak berbuat demikian. Sentiasa sibuk setiap hari, di office lagi lah sibuk. Nak buat macam mana, dah tugas. Tak kan nak pakai pc company tulis blog. Rupanya dah sebulan lebih tak menulis di blog.