BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 13, 2013

SEDIH SANGAT

TINGGAL tiga hari lagi dia akan berangkat ke Muscat, Oman. Terasa amat sedih n macam nak menangis. Mungkin aku selalu bersms dengan dia menyebakan perasaan aku begitu. Boleh dikatakan setiap hari.Tak kira siang atau malam. Sebenarnya aku dah kenal dia lama sejak aku bertugas di Melaka lagi. Dia pula kerja di Petronas Melaka, lepas tu pindah ke Terengganu dan sekarang ni di Kuala Lumpur. Aku terputus hubungan selepas dia pindah ke Terengganu dan perhubungan terjalin semula tanpa disengajakan di fb awal tahun ini. Sejak itu kami terus bersms. Dia pun masih baru di KL. Yang menyedihkan aku, dia akan ke Muscat atau urusan kerja selama empat bulan lebih dan dijangka pulang ke Malaysia pada 31 Julai. Lamanya...untuk berhubung tak menjadi masalah sebab kami ada YM dan whappsup. Tahu-tahu aje lah cost of living di Oman terlalu tinggi. Aku akan menghantarnya ke airport pada Sabtu ni. Keluarganya turut ada n aku tak tahu macam mana bila berjumpa dengan keluarganya kelak. Walaupun sama-sama orang Melaka, gerun juga dibuat. InsyaAllah aku doakan yang terbaik aje apabila berjumpa dengan keluarganya, terutama ayah dan maknya.

0 comments: