BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 27, 2013

JARAK UMUR...

KECOH cerita seorang staff di Berita Harian berkahwin dengan anak dara di office tengah hari tadi. Lelaki tu dah berusia 65 tahun, kiranya dia pekerja kontrak dan isterinya warga Indonesia baru berusia 23 tahun. Bayangkan umurnya dengan wanita berkenaan, boleh dikategorikan antara datuk dan cucu. Lelaki itu dengan bangganya menunjukkan gambar pernikahan di telefon bimbit ketika bernikah di Bandung, Indonesia. Wah duiiii...apa nak jadi sekarang ya. Dah berumur lanjut, nak dapatkan wanita sebaya cucu. Larat ke lelaki tu. Jangan esok bila sakit, wanita tu tak nak jaga dan melarikan diri. Itulah yang terjadi sejak akhir-akhir ini bila kahwin dengan orang seberang. Harta habis dikikis dan akhirnya tinggal sebatang kara. Kurang sangat ke wanita di Malaysia ni. Apa yang aku ketahui lelaki tu baru kematian isteri dan anak dan besar belaka. Nak bernikah tak jadi masalah, tapi janganlah nikah mereka yang jarak umur hampir 40 tahun. Ada pula staff yang kematian isteri, tak nak cari umur dalam 40-an. Dia dah berusia 53 tahun, nak cari wanita berusia bawah 35 tahun dengan alasan isterinya ketika meninggal baru berusia 35 tahun. Isterinya dah setahun meninggal dunia. Macam-macam taste lelaki zaman sekarang kan.

PRAKTIKAL

RISAU mengenangkan bila anak ketiga aku akan menjalani praktikal dan di mana tempatnya. Aku khuatir jika dihantar tempat yang jauh, macam mana nak cari tempat berkenaan. Kena cari rumah sewa lagi selama tiga bulan. Tak kan nak berulang-alik ke tempat praktikal. Naik motor pula. Lagi bahaya dibuatnya. Keputusan di mana dan bila tarikhnya akan hanya diketahui esok. Anak aku dan kawan-kawannya tak lelap tidur fikirkan di mana mereka akan jalani praktikal. Mereka berharap dihantar di kawasan Shah Alam aje. Kawasan itu besar juga. Jika kena tempat yang jauh, sukar juga nak berulang-alik. Kena ada kenderaan. Maybe, ada yang dihantar seorang atau dua orang bagi sesuatu tempat tu.

BERPUASA SUNAT

HAI..hai kejap aje masa berlalu. Tak sangka nak masuk hujung bulan Jun. Bulan Syaaban pun nak berakhir. Masa bulan Rejab aku bersyukur dapat puasa selama 15 hari. kini bulan Syaaban, harap-harap dapatlah berpuasa 15 hari juga. Setakat ini, syukur alhamdulillah dapat berpuasa lapan hari. Bukan mudah berpuasa dalam cuaca yang kering dan berjerubu ini. Tekak rasa perit sebab kurangnya minum air. Namun, Allah itu maha kuasa, aku dapat mengharungi berpuasa dalam bulan rejab dan syaaban. Tak terasa penat, lapar dan juga dahaga. Itulah cita-cita aku supaya dapat berpuasa dalam tiga bulan utama ini selepas umur 50 tahun. Nak puasa sepenuhnya dalam setiap bulan, tak dapatlah nak buat. Yang penting hati aku gembira kerana dapat berpuasa sunat.

Tuesday, June 4, 2013

CLAIMS

SEDIH sangat. Itulah ungkapan yang boleh aku katakan. Kadang-kadang buat baik pun, orang tak nampak. Hmmmmm begitulah resam adat dunia. Malam tadi aku berbalas msg dengan aku, polis bahagian narkotik Bukit Aman. Dia ada di Kelantan sebab siasat kes dadah. So sepanjang perjalanan dari Bukit Aman hingga ke Kelantan, dia hantar msg pada aku. So aku dah balik kerja pun, dia still hantar. Kenalah layan. Macam-macam cerita merapu dia hantar. Mata aku memang dah tak tahan lagi. Ngantuk sangat asyik reply msg ni. Nak buat macam mana, dah kata gud nite pun masih hantar msg. Aku baru nak terlelap apabila second bos aku call tanya aku pasal fail claim penyunting. Aku beritahu dah hantar ke HR sebab aku dapati dah sign. Dia pun kata, kenapa hantar, ada sedikit lagi nak dapat declaretion daripada big boss lagi satu. Aku kata, ok aku akan dapat fail tu. Jam 1.30 tu aku terus tak boleh tidur. Claim tu menghantui tidur aku. Sambil tu, aku terus berdoa dan paginya aku terus telefon setiausaha untuk dapatkan number telefon office-boy. Akhirnya dapat fail tu. Leganya hati aku. Doa aku dimakbulkan Tuhan juga. Jika tak parah juga dibuatnya. Memang mistake aku n next time, aku kena berjaga2 n tak boleh buat baik sangat.

RENEW ROADTAX & INSURANS KERETA

BULAN Jun dah masuk hari keempat. Kejap aje masa berlalu. Hari ini aku ke koperasi NSTP untuk renew roadtax n insurans kereta aku. Tak Sangka ia tamat tempoh pada Khamis ni. Nasib baik aku belek fail malam tadi. Selama ni aku sangka tamat tempoh pada 15 Jun. Ya Allah...nasib baik boleh buat cepat di koperasi. Bayar RM690 dengan menggunakan cheque tadi. Malas nak keluarkan duit. Yang penting ada road tax dan insurans kereta. So bila memandu, tak adalah risau sangat. Dengan renew semua tu, bererti dah tujuh tahun aku menggunakan kereta Proton Waja Campro. Tinggal lagi dua tahun, habislah pembayaran kereta. Hmmm...baru le rasa legakan.