BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 4, 2013

RENEW ROADTAX & INSURANS KERETA

BULAN Jun dah masuk hari keempat. Kejap aje masa berlalu. Hari ini aku ke koperasi NSTP untuk renew roadtax n insurans kereta aku. Tak Sangka ia tamat tempoh pada Khamis ni. Nasib baik aku belek fail malam tadi. Selama ni aku sangka tamat tempoh pada 15 Jun. Ya Allah...nasib baik boleh buat cepat di koperasi. Bayar RM690 dengan menggunakan cheque tadi. Malas nak keluarkan duit. Yang penting ada road tax dan insurans kereta. So bila memandu, tak adalah risau sangat. Dengan renew semua tu, bererti dah tujuh tahun aku menggunakan kereta Proton Waja Campro. Tinggal lagi dua tahun, habislah pembayaran kereta. Hmmm...baru le rasa legakan.

0 comments: