BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 31, 2012

KUCING DAH KEMBALI....

SEMUA kucing aku dah pulang. Kiranya lima ekor yang aku hantar ke kawasan apartment diambil semula oleh anak-anak kerana kasihan melihatnya. Yalah kucing-kucing itu tak terjaga, badan kotor dan berbau busuk. Dengan anak kecil lima ekor lagi membuatkan aku ada 10 ekor kucing dalam rumah. Ya Allah, banyaknya kucing aku. Nak beri makan pun tak menahan, terutama dalam keadaan sekarang ni. Ekonomi sedang meruncing. Anak-anak aku memang gembira apabila semua kucingnya ada di rumah tapi aku yang pening nak kelolakannya. Setiap pagi, tengah hari, petang dan malam, kaup tahi kucing walaupun diletakkan pasir. Ini kerana aku nak pastikan pasir tu sentisa bersih dan menyapunya selalu supaya pasir tidak bertaburan di lantai. Aku terpaksa letak tempat najisnya di dapur supaya senang nak buang najisnya dalam tong sampah. Sebelum ini, kucing aku buang najis di bilik air, takut tersumbat, aku beli pasir. Satu kerja lagi kena buatkan. Kucing2 aku semakin manja, tu yang buat anak-anak aku bertambah sayang kepada mereka. Yang lima ekor tu masih belum bernama kerana lahir pada awal Ramadan. Matanya belum buka lagi...

KEK PEROI....

HARI Sabtu lalu, aku teringin sangat nak buat kek coklat moist. Dah lama tak buat sebab tak nak menggemukkan badan. Pada bulan puasa ni terasa nak makan, so aku buat buat. Kek yang paling mudah yang tak perlu letak topping. Baru 15 minit aku mengukusnya, gas habis. Aku pun call le wakil gas untuk menghantar gas Petronas. Aku beritahu kena datang cepat sebab sedang memasak. Bayangkan apa terjadi apabila gas tiba dan kek aku memang naik dan nampak cantik selepas sejam mengukusnya. Tapi yang bestnya kek itu tak macam kek biasa yang keras. Ia menjadi teramat lembut dan bertambah sedap pula bila dimakan. Sukar juga nak potong jadi pieces of kek sebab terlalu lembut. Aku jika membuat kek memang meletakkan minyak mazola atau minyak sayur-sayuran supaya tidak menggemukkan apabila memakannya. Aku sempat membawa kek itu ke office dan kawan2 aku suka sebab sedap kerana ia peroi. Anak-anak apa lagi, memang suka sebab resepinya lain daripada yang lain serta warnanya yang menarik...Lepas ini jika buat kek, aku akan mencuba resipi ini. Aku tak sempat nak ambil gambar mengenai kek moist, colournya jika nampak menarik...

DUGAAN

MINNGU lepas, memang hari yang paling sibuk hingga aku tak ada masa nak tulis dalam blog. Nak uruskan pinjaman Mara anak sulung aku, nak sign di pesuruhjaya sumpah, nak ke lembaga hasil dalam negeri untuk matikan setem. Dua hari berturut-turut keluar rumah untuk settlekan semua tu. Akhirnya dah dapat disiapkan. Masalah lain pula timbul apabila pihak Mara tidak meletakkan berapa banyak loan yang anak aku terima. Sukar juga. Dah le borang tu sudah dimatikan setem di Jabatan Hasil. Macam-macam dugaan aku terima dalam bulan puasa ni. Tapi semuanya berjalan lancar dan setiap kejadian yang datang dapat diselesaikan dengan baik. Aku sempat beritahu anak aku, bulan Julai ini bermacam-macam masalah yang timbul, tapi ibu dah settlekan dengan baik. Than anak aku kata, eloklah macam tu. Allah beri kita kepayahan tapi pada masa yang sama ia memudahkan kita untuk menguruskannya. Sebenarnya itulah dugaan untuk kita semua.

Tuesday, July 24, 2012

CIMOT BERANAK

KUCING aku, si cimot yang sarat untuk beranak akhirnya bersalin di Melaka. Kali ini lima ekor anaknya. Empat berwarna hitam dan seekor lagi berwarna campur2. Sebelum ini, si cimot sering ada di bawah kereta aku di tempat parkir. Aku dah agaknya dia nak beranak. So pada hari Jumaat itu, aku mengajak cimot pulang ke rumah...dan ia mengikut aje. Pandainya dia....tunggu di pintu sebelum aku pakai akses card untuk masuk ke lif dan dia terus masuk lif. Dalam lif, cimot duduk diam dan terus ikut aku hingga ke rumah. Memang bijaknya dia.. Dengan keadaannya yang kotor aku terus memandikannya. Namapak le bersih sikit. Masa tu aku tengok keadaannya dah lain sikit...macam nak beranak. So bila aku pulang ke kampung, cimot bersama dua anaknya sebelum ini turut serta pulang ke Melaka. Mereka dah biasa naik kereta, so tak jadi masalah. Bila di Melaka, keadaan si cimot nampak lain dan aku minta anak kedua aku mengambil bakul dan mengalaskan tempat supaya mudah untuk cimot beranak. Anak aku sempat merakamkan cimot beranak. Kiranya ada lapan ekor kucing di rumah aku. Bayangkan macam mana nanti.

AWAL RAMADAN

AWAL RAMADAN aku bersama tiga anak perempuan pulang ke kampung Melaka untuk bersahur dan berbuka puasa bersama mak aku. Anak bongsu aku balik sendiri dan tiba di rumah mak pada waktu petang. Aku bertolak balik ke Melaka pada hari Jumaat malam dan tiba di rumah jam 9.15 malam. Terpaksa tempoh jammed yang paling teruk. Yalah, semua orang nak balik bersahur dan berbuka dengan keluarga di kampung.Macam biasa lag, mak aku akan masak ayam kari kerana itu yang menjadi kesukaan anak2 aku. Masa bersahur juga makan makanan itu. Cuma ketika berbuka, anak bongsu aku nak makan mihun sup...so mak aku buatkan mihun sup. Yang lain-lainnya aku beli di bazar Ramadan aje. Yang datang berbuka, hanya adik aku bersama keluarganya sahaja. Yang lain tak datang. Teruk betul adik-adik aku, sepatutnya awal Ramadan, berbuka lah dengan mak di kampung. Ini tidak pentingkan diri sendiri aje. Nasib baik juga aku ada di kampung selama dua hari dalam bulan Ramadan. Cuma Ramadan kedua aku tak berbuka dengan mak aku kerana terpaksa balik awal. Yalah nak hantar anak bongsu balik asrama. Juadah berbuka aku beli di bazar Ramadan aje.

GENAP 12 TAHUN

23 JULAI, genap 12 tahun arwah suami aku meninggal dunia. Sekejap aje masa berlalu dan anak-anak juga semakin membesar. Dalam 12 tahun pemergian arwah, pelbagai peristiwa menarik, sedih, gembira dan duka terpaksa aku harungi sendirian. Orang nampak aku gembira dan boleh ketawa, tetapi di dalam hati hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Bukan mudahnya untuk membesarkan anak-anak tanpa suami di sisiku. Tapi, itulah yang dapat aku harungi setakat ini. Syukur alhamdulillah, Tuhan sentiasa membantu aku dan anak-anak aku. Walaupun dalam kepayahan terutama dalam keadaan ekonomi yang meruncing, tiada siapa termasuk adik-beradik yang membantu aku. Inilah dugaan yang paling hebat aku tempuhi selama 12 tahun. Syukur alhamdulillah juga dengan pekerjaan yang ada, aku dapat membesarkan anak-anak sehingga tiga daripadanya belajar di universiti dan si bongsu bersekolah di asrama penuh. Cuma apa yang ingin aku pastikan anak-anak aku menjawat jawatan penting selepas berjaya di universiti. Abang, tentu abg gembira bila melihat anak-anak kita sudah berjaya dan masuk universiti. Tentu abg banggakan isteri abg ini dapat jalankan tugas yang diamanahkan walaupun terpaksa korbankan segala-galanya.Inilah pengorbanan seorang ibu kepada anak-anaknya abg dan jika abg ada, sudah pasti abg juga akan berbuat demikian. Mas selalu ingatkan anak-anak supaya sedekah al-fatihah untuk abg setiap waktu solat. Terima abg kerana menjadi suami dan ayah yang baik untuk anak-anak kita dan juga untuk mas. Segala kenangan yang abg lakukan sentiasa dalam ingatan mas, abg. Al-fatihah untuk abg, semoga roh abg dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman dan beramal salih. Amin.

Wednesday, July 18, 2012

KASIHAN BIMOT

PAGI ini tak sempat nak beri makanan kepada kucing di tingkat bawah sebab makanannya dah habis. Ketika hantar anak ke MSU, aku mengirimnya membeli makanan kucing.Selepas itu aku terus ke Seremban. Bila aku tiba di rumah pada jam 2.35 petang, anak aku tak balik balik lagi. Beberapa minit kemudiannya, barulah dia balik dengan membawa makanan kucing. Masa pagi aku nampak kucing cimot di parkir lalu membawanya ke tempat anaknya tinggal. Bagaimanapun, hanya seekor aje yang ada iaitu bimot manakala, demot dan nemot tak ada. So bila aku nak berinya makan pada jam 3 petang, aku dapati hanya bemot aje yang ada. Aku berinya makanan dan pada masa yang sama mencari dua lagi anak kucing tapi tak berjumpa. Bimot asyik mengikut aje ke mana aku pergi dan tak nak makan. Akhirnya aku telefon anak aku beritahu nak bawa bemot pulang. Anak aku pun apa lagi, suka lah dia. Yang sedihnya, bimot asyik mencari aje dua beradiknya dan mengikut aje ke mana aku pergi. Mungkin dia takut kena tinggal agaknya dan asyik meleseh aje dekat aje. Pagi esok aku nak cari dua beradiknya sama ada atau sebaliknya di tempat biasa.

RESULT ANAK

HARI ini aku ke Saser, Seremban untuk mengambil result anak bongsu aku. Sepatutnya aku perlu berjumpa engan gurunya pada Minggu Mengambil Kad Laporan pada 4 Jun lalu. Disebabkan aku kerja pagi, aku tak boleh nak pergi. Hanya hari ini aku berkesempatan ke sekolahnya. Jenuh juga nak jumpa sembilan guru yang mengajarnya. Keputusan pelajaran anak aku oklah juga. Disebabkan dia bersekolah berasarama penuh, maka setiap keputusannya adalah berbeza dengan sekolah biasa. Sekarang ni, semua silibus pelajaran sudah habis dipelajari dan semua guru banyak memberi soalan tahun lepas untuk dipraktik oleh pelajar. Dengan cara begini, pelajar boleh mengetahui dan mempelajari kaedah yang terbaik untuk menjawab setiap soalan. Aku berharap dan berdoa anak aku dapat menjawab soalan dengan mudah. Pada awal Ogos depan, anak aku akan menghadapi peperiksaan SBP dan ini penting untuk anak aku. Selepas hari raya pula, ada peperiksaan peringkat negeri.Aku berharap anak aku dapat menjawab dan dapat keputusan yang cemerlang. Kiranya, hari raya tak boleh nak beraya sakan.

MATA ASYIK MENGENYIT

DAH seminggu lebih mata sebelah kiri aku asyik mengenyit aje. Aku sendiri risau fikirkannya. Kejap-kejap mengenyit. Tak tahan pula bila tengok keadaan itu. Jika mengenyit beberapa jam sekali tak mengapa juga, ini mengenyit setiap setengah jam. Aku cuba tanya, kenapa mata ibu asyik mengenyit aje. Anak pun tak tahu apa sebabnya. Nak kata nak menangis, semuanya sihat walfiat. Kadang-kadang aku takut juga jika terjadi perkara yang tidak elok kepada keluarga aku. Namun, aku berdoa biarlah semuanya sihat walafiat. Mungkin juga nak menangis sebab tak ada duit, yalah gaji lama lagi. Aku sendiri tak tahu sama ada nak tengok orang jauh atau menangis...Aku berharap hanya yang baik akan muncul kepada aku. Manalah tahu berita yang baik ke dan ini yang buat aku menangis. Menangis kerana kegembiraan....Insya Allah...hanya Dia yang mengetahuinya.

Saturday, July 14, 2012

BEBASKAN KUCING

MEMANG terasa sedih bila melepaaskan lima ekor kucing kesayangan di kawasan apartment rumah. Nak buat macam mana, nak bawa balik kampung, mak dah tak larat nak jaga lagi. Di rumah pula, kerja aku tak habis-habis kerja menkaup najis kucing. Mana tahan dari pagi hingga malam, itulah kerja aku setiap hari. Di kawasan dapur pula, asyik kotor aje dengan pasir kucing bersepah. Di dapur pula, sana sini dengan bulu kucing. Aku dah tak larat nak buat semua tu.Bila aku hantar kucing ke bawah, anak kedua aku melenting kerana tak dapat tengok kucing berkenaan. Mereka tak tahu bagaimana azab aku. Kadang2 baju yang dijemu terasa bau kucing dan berak kucing aje.Sofa yang aku beli habis dicakar kucing. Baru tiga bulan aku beli sofa. Demi kebahagiaan kucing, aku melepaskannya supaya ia bebas dengan habitatnya.

Thursday, July 12, 2012

DAH PASANG BEYOND...

SELEPAS 12 tahun menggunakan astro, akhirnya buat keputusan menggunakan beyond pula. Itupun selepas pihak Astro membuat panggilan dan memberitahu pemasangan untuk menggunakan rekoder beyond adalah percuma. Katanya, selepas ini kemungkinan akan dikenakan bayaran. So terpaksalah pakai beyond. Memang akan kekok juga nak gunakan beyond. Yalah, dah biasa guna kaedah lama. Dah berbelas-belas tahun. Kejap aje agent Astro pasang rekodernya sebab tak perlu buat pemasangan wayar dan pasang piring. Semuanya masih baru lagi. Baru tahun lepas aku pasang Astro dirumah aku ini. Sebelum ini, tengok tv biasa aje. Cuma tak boleh nak bawa balik ke kampung aje sebabtiada piring beyond. Jika ada maybe boleh bawa pulang kan...So jika balik kampung hanya tengok rancangan biasa aje. Biasanya aku duduk di Melaka, tak lama pun...

Monday, July 9, 2012

LEGA KERJA MALAM....

LEGA rasanya kerana kerja malam. Dua minggu kerja siang macam rasa setahun. Apa ke tidaknya, kerja dari pagi hingga ke malam. Tunggu bahan yang tak kunjung tiba dan betapa sukarnya nak kejar date line. Selepas tu naik check pula advance story. Begitulah kerja siang yang aku terpaksa hadapi selama dua minggu. Sebab tu tak hairanlah eksekutif yang kerja siang semuanya demam selepas dua minggu kerja. Itu termasuklah aku yang demam. Anehnya demam aku datang selepas dua atau tiga hari bekerja siang tamat. Aku yang berpuasa sunat syaaban, terpaksa berbuka puasa kerana demam dan selesema. Nasib baik ada ubat yang aku minta dari klinik panel tempoh hari. Yang aku tak tahan bila kena selesema. Asyik bersin dan berhingus aje. Tak larat rasanya. Dalam bulan Ramadan ini, aku akan kerja siang selama seminggu. Oklah juga kan...

Saturday, July 7, 2012

SYAABAN DATANG LAGI....

BULAN Syaaban dah masuk 17 hari. Bersyukur aku sebab dapat berpuasa selama 10 hari setakat ini. Tak sangka dalam kerja siang...aku boleh berpuasa lima hari setiap minggu. Sebelum ini aku berpuasa hanya beberapa hari aje. Kiranya pada awal puasa, pertengahan dah aku puasa dan harap pnghujung bulan Syaaban, boleh lah aku berpuasa lagi. Kiranya hasratnya aku berpuasa dalam bulan Syaaban tercapai juga. Cuma dalam bulan Rejab, aku tak sempat nak berpuasa. Harap minggu depan aku dapat berpuasa lagi lima hari. Itupun jika tak uzur.Sebenarnya banyak manfaat jika berpuasa dalam bulan Syaaban. Sebenarnya Syaaban ini adalah bulan untuk kita membuat latihan sebelum datangnya Ramadan.

TAK JADI KE SASER

SEBENARNYA hari ini aku merancang nak jumpa anak bongsu aku di Saser, Seremban. Nasib baik anak aku beritahu supaya jangan datang sebab esok adalah hari outingnya untuk keluar bandar. Dia nak keluar dengan kawan2...dan dia minta aku masukkan duit dalam akaun saja. Jika hari ini aku janji nak pergi, sudah pasti tak dapat pergi. Yalah baiki kereta dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Letihnya aku hari ini. Hanya Tuhan aje yang tahu.Anak sulung aku juga tak balik minggu ini. Esok, dia ada lawatab ke SPCA Ampang. So tinggal aku bertiga aje di rumah. Mungkin hari rabu ini aku ke Seremban, untuk ambil report book anak aku. Sepatutnya pergi Rabu lalu, tetapi tak dapat sebab aku kerja siang. Tak tahu macam mana resultnya. Harap dapat yang terbaik...Insya Allah.

TUJUH JAM MENUNGGU....

HARI ini tujuh jam aku menunggu di bengkel kereta di Glenmarie. Bayangkan berapa bosannya aku. Aku ingat hanya nak tukar minyak hitam saja sebab tempohnya dah tamat seminggu lalu iaitu, 8,000 kilometer. Enjin kereta aku memang asyik berbunyi dan anak beritahu bunyinya terlalu kuat. So masa tukar minyak hitam, aku suruh mekanik Top Speed untuk memeriksanya. Bila diperiksa didapati timing belt aku hampir putus. Patut le bunyinya semacam aje. Jika tak ganti, jika kereta brake down, lagi teruk dibuatnya. So aku pun tukarlah timing belt. Bayangkan semua berharga RM830.00 terpaksa aku bayar. Hari ini baru 7 haribulan...nak makan hingga 25 Julai nanti. Budget aku dah lari. Tukar minyak untuk 8,000 kilometer dah RM119.00, cover gasket RM120, belt 6pk RM110, timing belt RM317. Banyak kan kena bayar. Aku terpaksa tunggu dibengkel sehingga kereta siap. Nak balik ke rumah nak naik apa. Nasib baik aku bawa buku, boleh le membaca. Cuma sekarang ni nak tukar cermin depan dan mengecat. Tunggu duit dulu. Yang penting dah service kereta. Selepas semuany settle, barulah aku basuh badan dan enjin kereta di bengkel tu.

Thursday, July 5, 2012

RADO OH RADO...

JAM Rado aku tercicir di office malam tadi. Aku terdengar bunyi klik tapi tak tengok apa-apa. Bila sampai di pintu keluar office aku, aku nak tengok waktu. Aku terperanjat n balik semula ke tempat duduk aku. Kawan2 bertanya kenapa aku balik semula, aku beritahu jam aku tertinggal. Aku cari dalam drawer tapi tak berjumpa. Kemudian kawan aku beritahu jam aku terjatuh di tepi meja seorang lagi kawan. Nasib baik jumpa, jam itu dah berusia lebih 17 tahun...penuh kenangan yang tak boleh dilupakan. Itu hadiah dari arwah suami bila aku mengandung anak lelaki. Aku memang sayang sangat jam itu. Sudah beberapa kali tercicir namun jumpa semula. Nak ganti talinya aku terpaksa hantar ke kilangnya di Switzerland. Aku dah puas tanya pada kedai jam Rado. Mungkin dua atau tiga bulan baru dapat jam tu semula. Yalah, tali jam itu diperbuat daripada emas....dah banyak kali kena air masih tak pudar. Lagipun jam itu jam klasik, corak itu dah tak ada lagi dan harganya dah meningkat RM5 ribu ke atas. Aku tetap pakai kerana jam itu semacam nyawa aku. Bila aku tak pakai jam Rado ketika keluar, aku seolah-olah macam kehilangan. Mungkin cinta dan kasih sayang aku kepada arwah suami masih menebal. Insya Allah...masih menebal lagi n sebab tu aku sukar terima orang lain.

Wednesday, July 4, 2012

TAK BOLEH CALL, CHAT, SMS....

BERKAWAN dengan lelaki orang? Itulah kemusykilan yang akan timbul. Sebenarnya, aku berkawan dengan lelaki orang, orang tu dah pencen pun. Yang paling aku geram dan sakit hati, pada Isnin lalu, dia call beritahu dia tak boleh nak call, sms or chatting dengan aku. Oklah aku boleh terima apa yang dia hendak, tapi yang buat aku geram, dia nak erase apa yang dia chatting dengan aku dalam facebook. Kenapa begitu teruknya sikap dia. Satu lagi yang buat geram dan menyampah ialah minta anak aku yang belajar di MMU Cyberjaya supaya jangan dekati anak saudaranya yang turut belajar di tempat yang sama. Anak aku pun tak kenal anak saudaranya dan course yang diambil pula berlainan. Anak aku tak ada masa nak jumpa dengan anak saudaranya. Kenapa singkat sangat mindanya? Dia ingat hanya hanya dua orang aje yang belajar di situ ke...Dia takut anak aku bercerita mengenai hal dia kepada anak saudaranya. Anak aku tak masa nak bercerita semua itu. Kejadian ini semua berlaku apabila anak lelaki dan anaknya pulang ke Ipoh. Mereka bercuti..anak perempuan dah habis belajar. Bila anak2nya ada di rumah, dia jadi takut nak buka fb. Katanya, anaknya tahu password fb...tak kan le begitu teruknya dia.. Aku rasa the best thing, jangan layan aje..senang. Buat apa nak kacau suami orang. Jika begini keadaannya, tak guna persahabatan diteruskan...

Monday, July 2, 2012

PHONE BUAT HAL...

MY phone jenama Nokia buat hal. Malam tadi aku terlanggar air minum dalam mug sebab nak halau anak kucing yang mengacau netbook aku. Apa lagi bila, terumpah lah air hot coklat aku. Apa yang aku ketahui, bukannya air tu tersimbah di atas handphone, cuma terendam dalam air aje sebab bantal sofa aku juga turut basah kuyup. Kasihan phone aku...Dah lap kering-kering, still tak boleh pakai juga. Bila nak taip akan keluar perkataan yang banyak. Pening juga dibuatnya. So sekarang ni terpaksa le guna phone lama aku, sony erricson. Nasib baik juga ada phone. Jika tak macam mana ya...Parah juga dibuatnya. Anak aku senang aje...ibu beli phone baru. Ingat senang nak beli phone baru...banyak kena fikir...Harap-harap malam ni boleh guna phone tu semula.

Sunday, July 1, 2012

NASI ARAB CYBERJAYA

MALAM tadi ke Restoran Saba di Cyberjaya. Memang ramai orang dan jika datang lewat sure kena tunggu dan berdiri mencari tempat duduk. Walaupun banyak tempat duduk disediakan, masih tak mencukupi. Yalah restoan yang menjual makanan arab...semua tertumpu di situ walaupun di tempat lain ada yang menjual nasi arab. Malam tadi memang ada disappointed sebab makanannya tak best. Bagi tiga anak perempuan dan boy-friend anak kedua, mereka rasa ok aje. Cuma boy-friend anak sulung tak sempat datang sebab terpaksa hantar abangnya ke Putrajaya. Bagaimanapun, aku tetap belikan nasi arab untuknya. Biasa le boy-friend anak sulung aku belajar di Limkokwing universiti. So dekat benar tempat anak aku, MMU dengan boy-friendnya. Cuma anak ketiga belum ada boy-friend. Aku dengan boy-friend anak memang rapat...Memang dah niat nak belanja mereka. So malam tadi aje dapat kesempatan. Yang penting mereka enjoy makan. Sebenarnya makan nasi arab di Seksyen 7 Shah Alam lagi best...

NAK REHAT....

HARI ini, 1 Julai kerja pagi. Rasa malas nak ke office. Yalah, dapat rehat hanya satu hari aje. Jika kerja petang, tak adalah terasa sangat. Bila kerja pagi, rasa macam tak cukup tidur aje. Bila malam, sukar nak tidur malam n masih nonton televisyen n baca buku. Inilah terjadinya bila pagi menjelang rasa macam tak cukup tidur aje. Biasalah bila kerja hari Ahad, staff tak ramai. Hari ini pula, bahagian grafik yang bekerja hanya empat orang aje. Dah le Variasi ada 16 pages, Rap ada 20 pages dan Gol pula 8 pages. Lepas tu mereka kena buat edisi Sabah dan Sarawak di mana setiap edisi tu ada 32 pages...Kasihan kepada budak2 grafik. Nak buat macam mana, bos sendiri tak buat jadual, so apa lagi staff mereka beroff sakan le...Tak tahu jam berapa nak siap n nak balik. Harap-harap dapat balik awal...dah lama tak kayuh basikal sejak kerja pagi ni...Esok nak puasa ...

JULAI OH JULAI....

SELAMAT datang bulan Julai. Kejap aje rasa setiap bulan itu berakhir. Macam makan keropok. Apa yang pasti ia pasti datang sama ada kita bersedia atau tidak. Sebenarnya bulan Julai cuma ada peristiwa yang tak mungkin dilupakan. 23 Julai adalah tarikh pemergiaan suami tersayang. Semoga roh suami ditempatkan pada orang-orang yang beriman dan beramal salih. Kiranya sudah 12 tahun pemergiaan suami. 'Abang, darling gembira kerana anak-anak kita sudah memasuki universiti dan si bongsu di asrama penuh. Darling berharap anak-anak kita akan menjadi orang yang berguna dan mendapat pekerjaan yang baik untuk depan mereka. Di samping itu, darling juga berdoa supaya mereka tidak melupakan kita. Jika abang ada, sure abang berjaya dan bangga melihat mereka.'