23 JULAI, genap 12 tahun arwah suami aku meninggal dunia. Sekejap aje masa berlalu dan anak-anak juga semakin membesar. Dalam 12 tahun pemergian arwah, pelbagai peristiwa menarik, sedih, gembira dan duka terpaksa aku harungi sendirian. Orang nampak aku gembira dan boleh ketawa, tetapi di dalam hati hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Bukan mudahnya untuk membesarkan anak-anak tanpa suami di sisiku. Tapi, itulah yang dapat aku harungi setakat ini. Syukur alhamdulillah, Tuhan sentiasa membantu aku dan anak-anak aku. Walaupun dalam kepayahan terutama dalam keadaan ekonomi yang meruncing, tiada siapa termasuk adik-beradik yang membantu aku. Inilah dugaan yang paling hebat aku tempuhi selama 12 tahun. Syukur alhamdulillah juga dengan pekerjaan yang ada, aku dapat membesarkan anak-anak sehingga tiga daripadanya belajar di universiti dan si bongsu bersekolah di asrama penuh. Cuma apa yang ingin aku pastikan anak-anak aku menjawat jawatan penting selepas berjaya di universiti. Abang, tentu abg gembira bila melihat anak-anak kita sudah berjaya dan masuk universiti. Tentu abg banggakan isteri abg ini dapat jalankan tugas yang diamanahkan walaupun terpaksa korbankan segala-galanya.Inilah pengorbanan seorang ibu kepada anak-anaknya abg dan jika abg ada, sudah pasti abg juga akan berbuat demikian. Mas selalu ingatkan anak-anak supaya sedekah al-fatihah untuk abg setiap waktu solat. Terima abg kerana menjadi suami dan ayah yang baik untuk anak-anak kita dan juga untuk mas. Segala kenangan yang abg lakukan sentiasa dalam ingatan mas, abg. Al-fatihah untuk abg, semoga roh abg dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman dan beramal salih. Amin.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment