BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 31, 2012

KUCING DAH KEMBALI....

SEMUA kucing aku dah pulang. Kiranya lima ekor yang aku hantar ke kawasan apartment diambil semula oleh anak-anak kerana kasihan melihatnya. Yalah kucing-kucing itu tak terjaga, badan kotor dan berbau busuk. Dengan anak kecil lima ekor lagi membuatkan aku ada 10 ekor kucing dalam rumah. Ya Allah, banyaknya kucing aku. Nak beri makan pun tak menahan, terutama dalam keadaan sekarang ni. Ekonomi sedang meruncing. Anak-anak aku memang gembira apabila semua kucingnya ada di rumah tapi aku yang pening nak kelolakannya. Setiap pagi, tengah hari, petang dan malam, kaup tahi kucing walaupun diletakkan pasir. Ini kerana aku nak pastikan pasir tu sentisa bersih dan menyapunya selalu supaya pasir tidak bertaburan di lantai. Aku terpaksa letak tempat najisnya di dapur supaya senang nak buang najisnya dalam tong sampah. Sebelum ini, kucing aku buang najis di bilik air, takut tersumbat, aku beli pasir. Satu kerja lagi kena buatkan. Kucing2 aku semakin manja, tu yang buat anak-anak aku bertambah sayang kepada mereka. Yang lima ekor tu masih belum bernama kerana lahir pada awal Ramadan. Matanya belum buka lagi...

0 comments: