AKU ke koperasi UITM untuk menukar surat pajak barangan kemas aku. Ada rantai dan gelang tangan aku pajakkan di situ. Aku cuma nak renew surat pajak berkenaan. Tak wang nak ambil barangan kemas yang berjumlah hampir RM8,000 itu. Bila aku ke kedai koperasi berkenaan, kerani di situ memberitahu ada seutas rantai dah tamat tempoh akhir Disember tahun lalu.
Ya Allah, terperanjatnya aku. Nasib baik barangan kemas itu tak hilang macam itu sahaja. Kata kerani berkenaan disebabkan dah hampir setahun barangan itu, aku kena bayar hampir RM900 sebagai upah simpan. Itu untuk rantai aje. Bagi gelang tangan aku pula, aku kena bayar hampir RM500 untuk upah simpan.
Bayangkan pembayaran upah simpan bagi kedua-dua barangan itu sebanyak RM1,400. Lebur duit aku begitu sahaja. Mungkin sebab aku tak perasan tarikh pajak gadai berkenaan dah tamat tempoh. Upah simpan setiap barang antara RM2.50 hingga RM3.00 mengikut nilai harga barangan kemas itu. Yang penting bila tarikhnya berakhir pada akhir Januari tahun depan, aku pastikan bayaran upahnya aku lanjutkan...Nak keluarkan barangan itu memang tak ada duit.
Yang penting, barangan kemas itu terjaga dengan baiknya. Barangan kemas itu adalah hadiah daripada suami aku. Kenalah aku jaga dengan baik.

2 comments:
banyak jugak duit Mas kena sediakan jika nak tebus barang2 kemas tu. apa inisiatif Mas nak tebus balik barang kemas tu..takkan biar tersimpan dlm kedai koperasi...
tak apalah...bila ada duit nanti ambil semula barang kemas tu. Tak rugi jika simpan dalam koperasi ar rahnur tu...barang kemas tak hilang. cuma bayar upah simpan aje...
Post a Comment