BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 8, 2011

BANDAGE KAKI

TUMIT kaki kiriku semakin berdenyut-denyut.  Sakit yang tidak terperi berlaku ketika 'open house' di rumah mak aku pada hari raya kedua. Kaki aku membengkak dan aku tak boleh nak berjalan. Aku tinggalkan majlis mengemas selepas 'open house' dan terus tidur sambil menangis. Aku tunjukkan kepada mak aku tentang kaki aku yang sakit n bengkak n mak menyuruh aku ke klinik.
Sebenarnya, aku malas ke klinik...biasalah jika makan ubat atau berjumpa doktor, deman atau sakit aku terus baik. Membazir aje walaupun aku ke panel doktor company.
Tapi hari Rabu (7 September), kaki aku memang sakit sangat. Nak bangun sahur pun tak boleh. Aku buat keputusan ke panel klinik yang ada di office.
Aku beritahu tumit kaki aku yang sakit n bengkak. Apa lagi kena leterlah dengan doktor. Urat kaki aku terseliuh ketika main go-kart di New Zeland. Selama ini buat tak tahu tahu, ingatkan sakit biasa. Yalah dah lima bulan menahan sakit.
Doktor beri buat penahan sakit n bandage kaki yang sakit. Kata doktor, kena pakai bandage almost 2 weeks n makan buat penahan sakit. Yang penting, kaki baik.

0 comments: