BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 18, 2011

PENATNYA........

KELUAR dari rumah jam 3.30 petang untuk menghantar anak bongsu balik asrama di Seremban. Lepas aje tol plus batu tiga, kereta dah mula banyak. Aku beritahu si bongsu "Adik, agaknya ada accident kot. Selama ni tak pernah jammed macam ni..... Anak aku menjawab: Entah le bu...maybe kot. Nampaknya, lambat ibu tiba di Saser. Jangan le hingga jam 6 petang baru. Anak aku pula nanti jadi mangsa kena marah n tak boleh keluar outing. Rupa-rupanya ada banyak kereta accident sepanjang lebuh raya hingga ke tol Seremban. Dah le hujan renyai2, sejuk pula dalam kereta. Aircond dah kecilkan, masih lagi sejuk. Yalah boleh bawa 30km sejam...siapa tak tention. Rasa mengantuk pun ada...
Akhirnya jam 5.30 aku tiba di Saser. Ketika tiba di Saser, aku terus hantar sms kepada boss beritahu aku lewat ke office. Masuk office jam 6 petang tapi jam 5.30 pm masih di Saser. Sure tak sempat sampai di office.
Aku ikut tol Port Dickson n lebuh raya masih lagi jammed. Nak buat mcm mana. Jalan le juga. Yang penting selamat sampai di office.
Akhirnya jam 6.45 aku tiba di office n terus telepon anak di rumah beritahu aku dah selamat tiba di office. Mereka juga terkejut sebab aku lewat tiba di office...
Beginilah jika cuti panjang bermula hari Jumaat di Malaysia...hari Ahad sure jammed teruk. Kadang2 malas nak keluar or balik kampung time begini. Tekanan jiwa dibuatnya....

0 comments: