BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 9, 2011

SYUKUR...

SUNGGUH berkesan doa yang aku baca..."Allahumma yassir wa laa tu'assir". Maksudnya..Ya  Allah, permudahkan, jangan susahkan. Sejak kerja pagi, yalah masuk jam 10 pagi....parking di NSTP memang tak cukup. So aku amalkan bacaan itu setiap kali keluar rumah hingga sampai di office. Yang menakjubkan aku mudah mendapat parking bermula di level 14 hingga 21. Aku biasanya dapat parking di level 18. Aku bersyukur kerana mudah mendapat parking. Jika tidak, jenguh juga nak cari parking. Kiranya dalam minggu ni...dah lima hari aku dapat parking di level yang sama.
Biasanya staff NSTP masuk kerja jam 9 pagi. Ramai yang akan parking di level yang ditetapkan. Aku akan tetapkan membaca doa berkenaan walaupun apa jua pekerjaan atau tugasan yang dilakukan.

0 comments: