SEBELUM jam 10 pagi aku dah tiba di office. Yalah nak rebut parking dan tak mahu lambat ke office. Hari ni hari pertama aku kerja siang. Nak kena siapkan page untuk keluaran Selasa -edit n fikir heading. Bahagian grafik yang kena buat page. So kenalah edit page yang sudah disiapkan oleh grafik. Akhirnya page untuk keluaran esok semuanya settle pada jam 4 petang. Sebenarnya dateline untuk bahagian kedua, rap, hati dan variasi pada jam 3 petang. Tapi disebabkan menunggu bahan, terpaksalah lambat. Lepas tu nak shoot pula untuk edisi Sabah dan Sarawak. Orang Melaka kata, genyah juga kerja macam ni. Dah tugas kenalah buat kan.
Sekarang ni rehat sekejap n tunggu pula bahan untuk hari Rabu. Sepatutnya semua bahan dah ada tapi tak muncul lagi. Semuanya ada 32 pages...bukan mudah nak fikir heading, edit story....macam-macam kena fikir.
Ada kawan chat aku asyik tanya jam berapa aku pulang. Pening dibuatnya n sukar nak fahamkan orang yang tidak mengetahui tugasan aku.
1 comments:
perli la tu...hehe...
Post a Comment