BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 29, 2012

SEDIHNYA....

KAMI anak beranak sedang bersedih. Apa taknya, kucing kesayangan aku, Cimot dah hilang. Anak sulung aku lepaskan Cimot keluar sebentar. Kami bukankan pintu dan dia boleh masuk menerusi grill. Bila keluar kali pertama tengah hari semalam, dia masuk semula ke rumah. Itu memang dah jadi kebiasaannya akan pulang semula ke rumah.  Tapi tengah hari semalam, dia tak pulang-pulang lagi ke rumah. Kami tunggu hingga petang, Cimot masih tak pulang. Kami mula risau. Cimot, seekor kucing yang jinak dan suka meleseh kepada sesiapa aje. Dengan bulunya yang cantik, surelah ramai yang berminat kepada kucing itu. Aku dan anak-anak tak nyenyak tidur memikirkannya. Dah puas anak kedua n anak bongsu aku mencarinya di setiap tingkat tapi tak berjumpa. Aku syak ada orang yang sudah mengambil kucing itu. Kasihannnya dia...setiap malam kucing tu akan tidur bersama aku di atas katil. Kini dah tiada lagi. Aku harap kucing berkenaan akan pulang semula ke rumah aku. Itulah yang aku harapkan.

Saturday, January 28, 2012

MOIST CAKE

AKU memang suka buat kek. So petang tu, aku buatlah moist kek sambil masak tengah hari. Nak kukus kek dah sejam, so dalam jam dua petang, kek tu siaplah. Nak makan kek, panas lagi. So aku makan nasi aje. Bila jam 4 petang, aku dah sibuk bersiap-siap ke office. So makan sikit aje kek moist coklat tu. Awal jam 1.30 pagi bila aku pulang ke rumah, aku dapati kek dah tiga suku habis. Wah hebatnya anak aku....makan kek. Walaupun mereka empat beradik dan anak buah berumur 2 tahun boleh makan kek sebesar tu. Pagi esoknya, anak sulung dah bawa suku lagi kek dan akhirnya hanya tinggal slice kecil itu. Aku tak puas lagi makan kek berkenaan. So petang tu, aku buat sekali kek moist dan siap letak topping. Kiranya dua hari berturut-turut aku buat moist kek. Hari kedua pun kek cepayt habis...Yang pastinya anak-anak aku suka moist cake coklat. Yang paling penting kek tu habis dimakan...

MINAT MELANCONG....

ADA kawan aku perli aku. Katanya memang mengguris hati aku. Katanya, dah tahu tak ada duit kenapa nak melancong. Kan elok ikut company trip aje. Katanya, anak-anak nak belajar dan perlu duit yang banyak. Yang pentingnya, aku tak minta duit dia. Aku dah biasa melancong setiap tahun. Lainlah dia suami aku yang nak tegah aku pergi melancong. Keluarga aku sendiri tak tegah aku nak melancong. Inilah peluang yang ada untuk timba pengalaman dan tengok negara orang. Tak kan bila dah tua, dah jadi warga emas baru nak pergi melancong. Masa muda inilah time untuk melancong. Masa arwah suami ada juga, kami sering ke luar negara. Melancong adalah hobi aku selain membaca novel. Kadang-kadang aku pelik, orang tak boleh nak terima bila aku mengatakan aku suka membaca novel. Mereka selalu beranggapan aku suka baca novel cinta. Mereka tak tahu ke....baca novel tak semestinya novel cinta. Ada pelbagai novel dalam pasaran....kemasyarakatan, triller n macam2 lagi. Macam melancong juga, jika nak pastikan cukup duit, sampai bila kita tak melancong. Apalah sangat belanja RM1,000 termasuk tiket, visa dan lawat ke Taj Mahal jika dibandingkan dengan agensi pelancongan buat...kena bayar RM5,000. Sekurang2nya duit makan n hotel, saudara-mara yang support. JIka bawa lagi RM2,000 boleh berbelanja sakan. JIka dicampur semua tu...baru RM3,000 jika dicompare dengan agensi pelancongan membabitkan RM7,000 seorang. Kadang-kadang susah juhga nak terangkan kepada seseorang. Jika kita beritahu, dikatakan kita berlagak. Bagi aku, dah 12 tahun suami meninggal, setakat ni aku tak menyusahkan sesiapa. Apa tah lagi minta duit kepada adik-beradik aku walaupun adik ketiga aku seorang bisnesmasn yang berjaya. Aku seboleh-bolehnya nak hidup berdikari tanpa menyusahkan sesiapa. Yang penting aku bahagia apabila dapat melancong dan melihat negeri orang.

TAJ MAHAL

SELASA lalu, kakak ipar telefon beritahu rombongan nak ke India mungkin akan ke Taj Mahal. Kakak iparku beritahu kemungkinan akan bayar lebih sikit. Aku beritahu kakak ipar aku, mana boleh tukar tiket. Yang boleh tukar hanya time dan tarikh penerbangan saja. Lokasi tak boleh diubah. Itupun jika nak ubah tarikh dan masa kena bayar extra. Pening juga dibuatya. Keesokkan harinya, aku call bapa mentua dan dia beritahu cerita sebenarnya. Barulah aku ketahui kenapa perlu bayar RM280 lagi. Rupa-rupanya nak masuk ke Taj Mahal kena berbayar. Dari Kochi ke Agra pergi balik yang membabitkan lebih 1,000 kilometer itu memang kena tambang. Kami naik kereta api laju. Memang patut le kena bayar. Aku tinggal di Kochi (bahagian selatan) dan nak ke utara (Delhi), tentulah jauhkan. Than aku call abang ipar aku selepas dia sms supaya masukkan wang RM280 bagi booking masuk ke Taj Mahal. Katanya, setakat hari rabu, tiket ke Taj Mahal dah habis hingga 19 Februari. Jika tak booking awal, mungkin hingga ke balik tak dapat lawat Taj Mahal. Dia perlu masukkan wang ke dalam akaun saudara aku di Kochi untuk membeli tiket berkenaan. Than aku check di Internet, rupa-rupanya nak melawat Taj Mahal perlu bayar RM60 untuk pelancong dan RM4 untuk rakyat tempatan. Yang paling bestnya Taj Mahal itu sentiasa aje penuh...Nak melawat kawasan tu hanya boleh pakai kenderaan elektrik saja. Tentu cantik kawasan tu kan....Tak sabar nak ke sana...

Saturday, January 21, 2012

SAKIT TEKAK

ADUH....dah dua minggu aku batuk dan sakit tekak, tak tahan lagi hingga suara menjadi serak. Yang pasti aku tak boleh menelan dan bila nak makan seolah-olah ada benda tersengkang di leher aku. Aku dah ambil ubat di panel doktor tapi tak elok lagi. Batuk aku semakin menjadi-jadi hingga aku tak boleh tidur malam. Bila batuk terlalu teruk, dada aku semakin sakit. Kadang-kadang aku menjadi sukar bernafas. Aku mencari dalam Internet ubat yang baik untuk sakit tekak. Yalah petua orang lama. Akhirnya aku mendapat maklumat iaitu minum air asam jawa. So sepanjang hari (semalam) aku asyik minum air asam jawa aje. Yang pastinya, tekak aku tidak terasa sakit hendak menelan dan batuk aku tidaklah bertambah teruk. Mungkin keadaan cuaca menyebabkan ramai orang terkena batuk dan sakit tekak. Di office aku sendiri, ramai yang batuk. Tambahan pula yang makan limau sempena Tahun Baru Cina ni...Makin bertambah le orang yang batuk....

VISA SETTLE

NAK ambil gambar di Subang Jaya tak sempat, so bila aku pulang ke Jasin, aku terus ke bandar Jasin. Ambil gambar untuk buat visa. Gambar yang diinginkan pelik pula, nak berukuran dua inci tak kira panjang atau lebar. Background pula hendak warna putih. Nasib baik le kedai gambar di Jasin tu boleh siapkan gambar instant dalam beberapa minit aje. Lepas aje settle gambar instant sebanyak empat keping yang berharga RM10, aku terus ke rumah bapa mentua aku. Kakak ipar aku dah siap masak dan terus makan. Bapa mentua aku memberitahu pasport yang lain sudah diserahkan kepada abang sulung. Pada masa yang sama, kakak ipar aku di Johor hantar courier menghantar pasport dan wang RM200 bagi membayar visa. Bila selesai minum petang, aku buat keputusan pulang ke rumah mak aku. Aku kemudiannya menghantar dua pasport itu beserta wang RM400 ke rumah abang ipar aku di Taman Cempaka. Kiranya dah settlelah mengenai mengenai visa itu. Biarlah agensi pelancongan yang settlekan visa berkenaan.

BALIK MELAKA

HAMPIR sebulan aku tak balik Melaka. Last sekali balik pada 25 Disember 2011. Bukan mudah nak balik  balik Melaka selalu. Kena fikir juga masalah kewangan. So pagi ni jam 10 pagi aku ke Tesco bersama-sama anak, breakfast di kedai mamak. Ada yang makan roti canai, roti arab, roti telur, tosei dan roti boom. Aku tak sangka pula dua anak perempuan aku, anak pertama dengan kedua, boleh makan dua keping roti. Yang sulung makan roti telur bersama roti arab, yang kedua pula makan roti telur dan roti canai. Boleh tahan juga anak2 aku. Anak bongsu aku cuma makan dua roti boom aje. Dan aku seperti biasalah, hanya makan roti telur aje. Cuma sekeping. Itu pun sukar nak dihabiskan. Tekak aku sakit. Lepas makan aku terus bertolak pulang ke Melaka. Start dari Nilai dah jammed teruk. Aku sebenarnya balik ke Jasin. Dah lama ke sana. Bila petang barulah aku balik ke rumah mak aku.

Saturday, January 14, 2012

DOCUMENT KE MMU

AKU dah minta anak aku senaraikan apa-apa document termasuk certificate yang perlu di photstate untuk kemasukan ke MMU. Tarikh last hantar borang ke MMU ialah pada 18 Februari 2012. Jika tak buat sekarang, bila lagi nak buat. Tanggal 14 Februari, aku dah berangkat ke India.Nasib baik anak aku dah listkan apa yang perlu di photostate. Pada 21 Januari ini, aku akan pulang ke Melaka n boleh suruh sidang kampung menandatangani. Bila semuanya dah siap menandatangai, aku boleh ke MMU dan isi borang yang disediakan dan terus hantar ke sana. Lebih cepat lagi senangkan. Tidak nanti, aku risau fikrikan semua yang tak siap. Pening kepala juga dibuatnya.

VISA KE INDIA

JAM 9.30 pagi, bapa mentua aku call beritahu tentang visa ke India. Ketika tu aku masih tidur lagi sebab tekak aku sakit n apa lagi suara aku serak. Aku dah beritahu bapa mentua aku, buat visa kena buat online. Lepas tu print n hantar ke tempat visa. Ia makan tiga hari untuk diluluskan. Nak gambar dua keping berlatar belakangkan warna putih. Masalahnya, dalam application online perlu tahu tinggal di mana dan berapa hari. Nak kena tengok pasport juga. Bapa mentua aku minta aku uruskan buat visa tu. Jika nak buat semua, aku perlu kena bayar banyak juga.Bayangkan jika seorang visanya RM168 dan upahnya RM8 dan jika ada 11 orang, berapa pula bayarannya...Parah juga dibuatnya...Apa-apa pun kena bincang dengan bapa mentua dulu. Jika aku nak buat seorang diri, tak ada masalah, anytime aku boleh buat.

KEK OH KEK

APABILA aku membuat kek, anak-anak aku sering membawanya ke tempat kerja atau kelas. Anak sulung aku beritahu ada seorang rakan sekerjanya pelik setiap kali ada kek. So dia tanya anak sulung aku, siapa yang buat n anak aku beritahu, ibu yang buat. Apa lagi, rakan anak aku nak order kek pula. Anak sulung tanya rakannya, nak coklat moist kek jenis kukus atau bakar. Rakannya beritahu nak yang kukus. Aku beritahu nanti ibu buatkan dan suruh dia cuba. Nak buat kek tak menjadi masalah. Semua tu mudah aje..Kadang-kadang bila anak buat ada aje tak menjadi. Semalam, aku buat kek butter coklat. Anak ke dua aku bawa ke tempat silatnya dan jamu rakan-rakannya. Anak sulung aku pula minta simpan kek tu hari ni sebab tak sempat nak makan. Aku tak kisah buat kek, sambil tunggu lauk-pauk siap, aku boleh buat kek. Ingat nak  buat kek tapi minyak jagung tak ada. Boleh pakai minyak masak biasa juga kan...

TENSION

AKU betul-betul tension. Apa tah lagi dapur basah aku buat hal. Air asyik bertakung dan tak keluar ke bawah apabila aku membasuh baju. Ya Allah, kena pakai baldi untuk tadah dari mesin basuh. Penatnya. Pelik juga jika nak nak dikatakan pembentung di rumah aku tersumbat, tak juga. Aku selalu bersihkan singki aku dan segala sisa makanan memang aku tapis dalam tapisan ketika membasuhnya sebelum membuatnya ke tong sampah. Yang menjadi problemnya sekarang pembetung dari tingkat atas hingga ke tingkat bawah. Apa yang aku pasti jika ada rumah jiran di tingkat bawah tidak lancar pemetungnya, rumah aku menjadi mangsa banjir. Bila keadaan begitu, aku minta anak aku gunakan dapur kering untuk membasuh pinggan mangkuk dan juga pekerjaan yang membabitkan air paip. Berapa lama nak tunggu pembetung tu ok. Tahun lepas macam tu juga. Selama seminggu tak gunakan dapur basah dan akhirnya air tu kering. Tak kan aku nak panggil kontraktor untuk bersihkan pembetung aku sedangkan orang lain punya angkara. Yang aku risau nak basuh pakaian aje. Memasak tu boleh lagi diatasi.

Tuesday, January 10, 2012

ANAK SULUNG CONVO

TANGGAL 8 Januari 2012 memang tak dapat dilupakan. Anak sulung aku akhirnya bergelar graduan walaupun baru menerima dilpoma dalam bidang accountancy. Penat lelahnya belajar selama tiga tahun di MSU tidak sia-sia kerana dia tak pernah fail dalam setiap semestar. Walaupun dulu minatnya nak ambil art n design tak dapat, namun dia tak mensia-siakan pelajarannya dalam bidang account. Hanya aku, akak dan boy-friendnya yang hadir dalam dewan ketika scroll diploma disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tengku Haminah. Walaupun mak aku tidak dapat dapat datang n tak ada orang yang membawanya, namun segalanya berjalan lancar.
Pada jam 7 pagi, semua orang sudah berkumpul di dewan MSU yang boleh memuatkan kira-kira 3,000 orang. Jika pasal parking, jangan sebut...memang tak cukup parking. Aku bernasib baik datang awal, dapat le tempat parking. Sepanjang jalan ke MSU, boleh dilihat orang menjual jambangan bunga untuk graduan. Aku memang tak beli awal kerana menyuruh anak kedua dan ketiga membelinya. So bila masuk dalam dewan, dah ramai juga orang. Acara berakhir jam 2.30 petang. Masa itu ada acara bergambar n anak aku membuat keputusan untuk menghantar jubah dan mengambil diploma dan segala sijil yang berkaitan sepanjang berada di MSU. Setelah semuanya selesai, aku membawa anak aku makan di KFC saja sebab jam dah hampir 3.30 petang. Aku bekerja petang pula. Memang tak ada rest langsung tapi yang penting, anak aku dah berjaya. Insya Allah jika diizinkan pada tanggal 5 Mac ni, anak aku akan melanjutka pelajarannya ke MMU di Cyerjaya dalam Degree Accountancy.

Friday, January 6, 2012

APPRAISAL

MALAM Khamis lalu, bekas boss aku panggil aku untuk membuat appraisal. Macam biasalah setiap tahun untuk mengetahui performance kita sepanjang tahun bekerja. Macam aku kali ini, Ketua Sub-Editor yang membuat appraisal aku sebab aku baru aje dilantik menjadi eksekutif. Boss aku pula naik pangkat dan menjadi Pengarang Metro Ahad. Kiranya aku bersyukur, walaupun baru enam bulan aku menjadi eksekutif,  markah yang diterima amat menggembirakan. Itu dia kata, tak akan nak beri 5/5...atau 100 peratus...nanti dikira perfect pula. Bagi aku 4/5 itu sudah memadai disebabkan aku baru aje enam bulan jadi eksekutif. Yang penting KPI aku tak menurun. Risau juga dibuatnya. Tahun ni aku akan cuba buat seberapa baik yang mungkin. Manalah tahu jika bonus tambahan tahun ni  banyak....kiranya oklah juga. Macam pada tahun lalu, bila tak jadi eksekutif, aku mendapat bonus tujuh bukan. Mana sangkakan. Boss aku beri markah 5/5. Dasyat tu...Itulah rezeki yang diberikan Allah...Harap-harap tahun ni jika dapat lima bulan bonus sudah memadai juga.

ANAK BALIK ASRAMA

JAM 10.30 pagi Selasa lalu aku membuat keputusan menghantar si bongsu balik ke asrama di Sekolah Sains Tengku Munawir di Seremban. Bayangkan berapa banyak barang terpaksa di angkut dari tingkat 12 ke parking tingkat dua. Kami hanya tiga beranak aje mengangkat pelbagai beg, makanan dan buku. Terasa penat juga. Itu tak mengapa, setibanya di sekolah SASER, kena ke tingkat tiga pula. Dorm anak bongsu aku di tingkat tiga. Penat tak terkira, nak buat macam mana. Selepas mengemaskan bilik dan almarinya, aku membawa anak aku makan. Apa lagi di pizza hut yang berdekatan dengan sekolahnya. Aku berdoa anak aku akan mendapat keputusan cemerlang dalam SPMnya . Itulah cita-citanya yang ingin menjadi  pilot dan aku berharap ia menjadi kenyataan.Sebelum balik ke asrama, macam biasanya anak aku baru nak siapkan semua homework dan akhirnya ia dapat disiapkan. Khuatir juga aku jika dia tidak dapat menyiapkan homeworknya. Aku sedih sebab anak aku tak duduk di dorm yang sama dengan rakan-rakannya. Memang le dia tak menunjukkan kesedihannya tapi aku tahu dia bersedih. Dia pujuk aku dengan mengatakan bahawa dia akan tidur di tempat kawannya itu. Bila balik dari menghantanya dan tidur malam, aku tak boleh tidur, asyik teringatkan si bongsu. Yalah hampir sebulan setengah aku bersama-sama dengannya. Jika nak keluar ke mana-mana, aku tetap bawa dia walaupun dia enggan mengikut aku. Inilah terjadi bila anak berjauhan dairpada ibunya...

Wednesday, January 4, 2012

SETAHUN DUDUK DI BUKIT PELANGI

DAH setahun duduk di Apartment Bukit Pelangi, Subang Jaya. Walaupun sewa RM1,000 sebulan, terpaksa diharungi kerana memikirkan anak perempuan belajar dekat dengan rumah. Yang penting adalah anak-anakku.  Jika duduk di asrama atau hostel, lagi lah banyak belanja. Sekurang-kurangnya jika tinggal aku, aku dah sediakan makanan di rumah. Jika aku kerja siang, mereka bolehlah memasak. Sebelum ni, aku tinggal menyewa dengan kawan aku di Klang Lama. Rumah flat lima tingkat dan aku tinggal di tingkat bawah. Ketika itu kami menyewa berdua aje n kawan serumah aku dah berkahwin. Segan pula nak duduk di rumah tu. Setiap malam, suaminya akan pulang ke rumah. Akirnya, aku buat keputusan mencari rumah berhampiran dengan tempat belajar anak aku. Yalah bila cuti semestar, anak tak kan nak tinggal di rumah lama tu. Mereka seganlah dengan suami kawan aku itu. Bila duduk dengan anak2, barulah aku rasa senang hati. Pada masa yang sama dapat jaga anak2.

Tuesday, January 3, 2012

TRANSFER KE KL

DIAM tak diam...dah empat tahun aku berpindah kerja ke Kuala Lumpur. Tak sangka juga kan. Aku mula berpindah ke KL awal tahun 2008. Sebelum itu, bekerja di Melaka, hampir tujuh tahun...than balik ke KL semula atas urusan kerja. Yalah...mana boleh kerja di state lama-lama. Dah sampai masanya kenalah pindah...tak kan nak duduk dan kerja di negeri sendiri untuk selama-lamanya. Tak berkembanglah minda nanti. Lagi pun jika bekerja di company besar dan ada share dalam bursa saham, tak kanlah nak duduk di state lama-lama. Akhirnya pada 2008, aku dipindahkan ke Kuala Lumpur. Ramai yang berkata, aku yang minta pindah ke KL. Tak kan le nak minta pindah jika kedudukan aku sudah stabil di Melaka. Dalam tempoh tujuh tahun di Melaka, aku boleh beli kereta, rumah dan saham. Bila duduk di KL, jangan harap le nak beli tu semua...Setiap kali keluar...kenalah siapkan duit. Jika tak duduk aje di rumah. Semuanya berbayar, termasuklah tol n parking. Parah juga duduk di KL. Bagi aku yang sudah empat tahun di KL, dah menjadi perkara biasa. Perlu berjimat-cermat...Jika tunggu hingga pencen, kiranya umur 55 tahun, ada enam tahun lagi tinggal di KL. Lepas itu nak balik di Melaka, duduk rumah sendiri...Bestnya...

TAHUN BARU

SELAMAT tahun baru - 2012. Tak sempat nak ucap kepada sesiapa. Maklumlah teramat sibuk uruskan hal itu n ini. Pada masa yang sama, nak fikirkan pelbagai masalah yang melanda. Seperti biasa, aku tak mempunyai azam yang istimewa pada setiap kali menyambut tahun baru. Cuma aku berdoa, biarlah anak-anak aku berjaya dalam pelajaran dan menjadi orang yang berguna. Yang paling penting, aku berdoa supaya kesihatan aku, anak-anak  dan mak aku. Begitu juga dimurahkan rezeki berlipat kali ganda. Jika berazam tapi tak dipraktikkan tiada guna juga. Yang penting, kita perlu tahu apa itu azam. Jangan asyik berazam aje...