MALAM Khamis lalu, bekas boss aku panggil aku untuk membuat appraisal. Macam biasalah setiap tahun untuk mengetahui performance kita sepanjang tahun bekerja. Macam aku kali ini, Ketua Sub-Editor yang membuat appraisal aku sebab aku baru aje dilantik menjadi eksekutif. Boss aku pula naik pangkat dan menjadi Pengarang Metro Ahad. Kiranya aku bersyukur, walaupun baru enam bulan aku menjadi eksekutif, markah yang diterima amat menggembirakan. Itu dia kata, tak akan nak beri 5/5...atau 100 peratus...nanti dikira perfect pula. Bagi aku 4/5 itu sudah memadai disebabkan aku baru aje enam bulan jadi eksekutif. Yang penting KPI aku tak menurun. Risau juga dibuatnya. Tahun ni aku akan cuba buat seberapa baik yang mungkin. Manalah tahu jika bonus tambahan tahun ni banyak....kiranya oklah juga. Macam pada tahun lalu, bila tak jadi eksekutif, aku mendapat bonus tujuh bukan. Mana sangkakan. Boss aku beri markah 5/5. Dasyat tu...Itulah rezeki yang diberikan Allah...Harap-harap tahun ni jika dapat lima bulan bonus sudah memadai juga.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment