HAMPIR sebulan aku tak balik Melaka. Last sekali balik pada 25 Disember 2011. Bukan mudah nak balik balik Melaka selalu. Kena fikir juga masalah kewangan. So pagi ni jam 10 pagi aku ke Tesco bersama-sama anak, breakfast di kedai mamak. Ada yang makan roti canai, roti arab, roti telur, tosei dan roti boom. Aku tak sangka pula dua anak perempuan aku, anak pertama dengan kedua, boleh makan dua keping roti. Yang sulung makan roti telur bersama roti arab, yang kedua pula makan roti telur dan roti canai. Boleh tahan juga anak2 aku. Anak bongsu aku cuma makan dua roti boom aje. Dan aku seperti biasalah, hanya makan roti telur aje. Cuma sekeping. Itu pun sukar nak dihabiskan. Tekak aku sakit. Lepas makan aku terus bertolak pulang ke Melaka. Start dari Nilai dah jammed teruk. Aku sebenarnya balik ke Jasin. Dah lama ke sana. Bila petang barulah aku balik ke rumah mak aku.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment