DAH setahun duduk di Apartment Bukit Pelangi, Subang Jaya. Walaupun sewa RM1,000 sebulan, terpaksa diharungi kerana memikirkan anak perempuan belajar dekat dengan rumah. Yang penting adalah anak-anakku. Jika duduk di asrama atau hostel, lagi lah banyak belanja. Sekurang-kurangnya jika tinggal aku, aku dah sediakan makanan di rumah. Jika aku kerja siang, mereka bolehlah memasak. Sebelum ni, aku tinggal menyewa dengan kawan aku di Klang Lama. Rumah flat lima tingkat dan aku tinggal di tingkat bawah. Ketika itu kami menyewa berdua aje n kawan serumah aku dah berkahwin. Segan pula nak duduk di rumah tu. Setiap malam, suaminya akan pulang ke rumah. Akirnya, aku buat keputusan mencari rumah berhampiran dengan tempat belajar anak aku. Yalah bila cuti semestar, anak tak kan nak tinggal di rumah lama tu. Mereka seganlah dengan suami kawan aku itu. Bila duduk dengan anak2, barulah aku rasa senang hati. Pada masa yang sama dapat jaga anak2.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment