JAM 10.30 pagi Selasa lalu aku membuat keputusan menghantar si bongsu balik ke asrama di Sekolah Sains Tengku Munawir di Seremban. Bayangkan berapa banyak barang terpaksa di angkut dari tingkat 12 ke parking tingkat dua. Kami hanya tiga beranak aje mengangkat pelbagai beg, makanan dan buku. Terasa penat juga. Itu tak mengapa, setibanya di sekolah SASER, kena ke tingkat tiga pula. Dorm anak bongsu aku di tingkat tiga. Penat tak terkira, nak buat macam mana. Selepas mengemaskan bilik dan almarinya, aku membawa anak aku makan. Apa lagi di pizza hut yang berdekatan dengan sekolahnya. Aku berdoa anak aku akan mendapat keputusan cemerlang dalam SPMnya . Itulah cita-citanya yang ingin menjadi pilot dan aku berharap ia menjadi kenyataan.Sebelum balik ke asrama, macam biasanya anak aku baru nak siapkan semua homework dan akhirnya ia dapat disiapkan. Khuatir juga aku jika dia tidak dapat menyiapkan homeworknya. Aku sedih sebab anak aku tak duduk di dorm yang sama dengan rakan-rakannya. Memang le dia tak menunjukkan kesedihannya tapi aku tahu dia bersedih. Dia pujuk aku dengan mengatakan bahawa dia akan tidur di tempat kawannya itu. Bila balik dari menghantanya dan tidur malam, aku tak boleh tidur, asyik teringatkan si bongsu. Yalah hampir sebulan setengah aku bersama-sama dengannya. Jika nak keluar ke mana-mana, aku tetap bawa dia walaupun dia enggan mengikut aku. Inilah terjadi bila anak berjauhan dairpada ibunya...
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment