BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 29, 2013

OWNER DATANG...

PEMILIK rumah sewa aku dari Kuching, Sarawak datang ke rumah aku hari ini untuk melihat rumah. Kiranya dah dua tahun setengah aku menyewa rumahnya. Kali ini, pemilik rumah aku datang bersama isteri dan anak-anak mereka. Sebelum ini, dia datang dengan kawannya. Yalah nak tengok penyewa rumahnya. Aku sewa rumah RM1,000 sebulan. Lately ni, banyak aku repair apartment aku. Wiring dan paip air. Biasalah jika rumah dah lama. Aku suka tinggal di situ sebab semuanya ada. Lagipun dekat jalan besar. Pusat beli-belah pun tak jauh dari rumah aku. Owner siap tanya, lama ke nak duduk di rumah ini. Aku kata...ya lama lagi sebab anak-anak pun masih belajar di MSU dan aku juga masih bekerja. Rupanya isteri pemilik apartment aku seorang guru. Peramah juga dia. Dia bawakan aku ikan terubuk lagi. Ikan kegemaran aku tu. Jika ke Pasar Satok Kuching, itulah yang aku cari. hihihi. Aku jaga rumah tu macam rumah aku sendiri.

JODOH OH JODOH

RAMAI yang bertanya: Masni, kenapa u tak nak kawin lagi. Aku bertanya kepada mereka, perlu ke aku menjawab soalan tu. Akhirnya, aku kata tak ada siapa nak aku. Mereka kata, tak kanlah tiada siapa yang nak. Aku jawab ya....aku bukannya cantik, kulit hitam manis n anak ramai. Mereka tetap tanya soalan lagi...tak ada kawan lelaki ke. Aku jawab mudah aje. Ada, tapi semua suami orang. Setakat berkawan aje n not more than that. Aku beritahu mereka, biarlah jodoh tu datang sendiri. Aku sendiri pun tak pernah berdoa untuk jodoh itu datang kepada aku. Segala-galanya urusan Allah. Jika ada, maka adalah, jika tiada, beginilah keadaan aku. Mungkin ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Sebenarnya bila fikir pasal jodoh, banyak benda aku kena fikiran. Pertama: aku ada tiga anak peremuan. Mereka tinggal dengan aku. Kedua: pasal pekerjaan aku yang tidak tentu masa. Kerja malam. Cuba bayangkan jika aku berkahwin, macam mana dengan anak perempuan aku. Aku khuatir benda yang tidak elok berlaku. Aku kerja malam, anak-anak pula tinggal dengan bapa tiri. Bapa tiri sekarang bukan boleh dipercayai. Itu yang aku takut.Masalah kedua, boleh ke keluarga sebelah suami nanti faham dengan situasi pekerjaan aku. Malam raya dan hari raya pun kena kerja. Orang lain mungkin off pada Sabtu dan Ahad, tetapi aku bekerja pada hari Ahad. Aku rasa bukan setakat keluarga suami saja tak boleh terima, suami pun macam tu juga. Nak cari suami yang mempunyai tiga sifat utama iaitu romantik, caring dan luving bukannya mudah. Kebanyakan lelaki Melayu hanya mempunyai sikap caring n luving aje. Aku pula dah biasa dengan sikap romantik. Jalan nak berpimpin tangan. Dapat ke lelaki begitu untuk aku. Maybe aku selalu bandingkan arwah suami dengan lelaki lain. Tu yang susah nak dapat. Sebenarnya tak semua orang tu sempurna kerana hanya Allah saja yang sempurna. Maybe disebabkan terlalu memilih, aku sukar mendapat lelaki yang sesuai.Aku pula jenis yang indipendent dan tak suka dipaksa. Cerewet juga aku ni kan....hihihi.

ANGKA LIMA....

HARI ini genap 50 tahun sebulan umur aku. Tak sangka dah masuk angka lima. Kiranya umur aku dah meningkat senjalah ni...Tapi tak lah juga. Ada mereka yang umur macam aku masih lagi bergetah dan seksi serta bertambah ayu. Umur itu hanya nombor aje. Jika pandai jaga kesihatan dan buat senaman, orang tidak akan nampak kita dah berumur. Macam aku, ramai yang mendakwa umur aku dalam awal 40an. Ya ke tu...Masing-masing punya pandangan berbeza. Bagi aku, aku sentiasa jaga kesihatan aku. Setakat hari ini, alhamdulillah, aku masih sihat dan tidak mempunyai penyakit. Tiada darah tinggi, tiada kencing manis dan lain-lain penyakit. Jika ada pun, hanya migrain. Nasib baik penyakit migrian tu datang jarang-jarang, jika tak teruk juga aku. Aku juga bersyukur, pandangan mata aku masih ok lagi walaupun menghadap pc dan dummy setiap hari. Sekarang ni, jangka hayat umur wanita adalah 75 tahun, so wanita kenalah jaga diri mereka sendiri. Bila dah kerepot nanti, suami pun tak sayang. Macam aku, memang dah seorang diri....so tiadA siapa nak comment banyak-banyak. Aku memang tak boleh lupa bila anak-anak buat kejutan pada birthday aku. Tengah-tengah malam mereka ketuk bilik aku dan bawa kek. Sambil tu nyanyi lagi Happy Birthay kepada aku. Sedihnya aku. Mereka juga turut hadiahkan aku smarttag bagi mudahkan aku. Tak perlu nak pakai touch'n go. Tq anak-anakku.

CARI BF?

MASA di office, ada seorang executive ini (bahagian sukan)tegur aku apabila nampak msg fb aku. Dia kata, tu boy-friend u msg. Aku kata, itu bukan bf aku, tetapi sepupu aku. Masa tu aku sedang terangkan kepadanya mengenai pengeluaran wang KWSP bagi pembayaran anaknya belajar di UTP. Katanya, anaknya masuk pra sebelum sambung degree. Katanya, dia perlu jelaskan hampir RM15 ribu bagi pembayaran anaknya sebelum dapat biasiswa atau pinjaman. So aku terangkan kepadanya, bagaimana nak buat dan apa dokumen yang perlu dibawa ke KWSP. Sempat juga dia menjeling msg aku. Aku beritahunya minta dia tolong carikan. Dia kata, tak payahlah mas....Jaga aje anak2 tu. Peliknya aku apabila dia tak beri aku nikah lagi. Maybe dia ingat aku dah biasa berdikari dan aku juga seorang yang cerewet. Sebenarnya, dia tu dah ada dua wife...mungkin daripada pengalamannya kot...sukar nak jaga dua isteri. Sebenarnya, aku saja mengusik dia. Ada seorang duda tu yang bekerja di sebuah ipts, dah lama minat kepada aku. Cuma aku aje tak berminat, Dah banyak kali dia ajak aku jumpa maknya, tapi aku enggan ikut. Sebabnya lelaki tu bukan taste aku.

AKU BILA LAGI...

DALAM tempoh tiga minggu ini, bermula Ahad lalu, aku kembali sibuk. Ramai yang bercuti. Executive ada 10 orang and sub-editor ada 30 orang. Dalam minggu ini saja, empat executive ambil cuti tahunan, dua executive kerja siang dan balancenya tinggal empat orang aje. Bayangkan macam mana bznya executive. Tak menang tangan dibuatnya. Seorang ke Korea, seorang ke Bandung, seorang lagi mengerjakan umrah dan seorang lagi balik Penang. Tinggal empat orang aje, ni yang paling sakit. Ada lima region kena handle iaitu Melaka/Negeri Sembilan, Johor, utara, timur dan Kuala Lumpur. Aku biasanya akan handle region Sabah dan Sarawak. Disebabkan tidak cukup executive, terpaksalah jaga region semenanjung pula. Nasib baiklah mereka hanya dibenarkan cuti seminggu aje. Minggu depan, orang lain dan bilangan yang sama juga akan bercuti. So, aku dah buat keputusan nak bercuti pada 9 Jun depan. Nak balik kampung n makan angin. Maybe nak ke Cameron Highlands. Tengoklah keadaan dulu. Sebenarnya, aku nak uruskan persiapan anak bongsu aku yang akan daftar ke Miat 7 July ni. Jika tak ke mana-mana, maybe makan angin di tepi laut aje. Hihihi...

HANTAR ANAK BALIK KAMPUNG

AHAD lepas, aku tak sempat nak balik kampung. Aku cuma hantar anak perempuan ketiga aku ke stesen bas Shah Alam untuk pulang ke kampung. Anak aku cuti semester dua minggu n bila cuti, masa tu nak balik kampung. Anak-anak aku akan jaga mak aku di kampung. Walaupun, hari Jumaat tu public holiday, aku malas nak tempuh jammed. Aku dah serik jika cuti tiga hari, highway sure jammed. Lepas tu nak ke Cyberjaya hantar anak, than ke office. Ya Allah, tak tahan penatnya. Umur dah meningkat, surelah penat. Asyik ligat atas kereta aje. Aku bangun awal, memasak untuk makan tengah hari untuk anak-anak aku sebelum mereka pulang ke kampung. Aku perlu menghantar anak perempuan ketiga ke bas stesen Shah Alam dan kemudian ke Cyerjaya hantar anak sulung pula. Nasib baik si bongsu dah ada lesen memandu, aku menyuruhnya drive. Kena monitor juga apabila dia memandu. Kiranya di highway, anak aku tidak menjadi masalah.

KAWAN AKU KAHWIN

SEBENARNYA pada 4 April lalu, kawan aku di Oman hantar sms beritahu aku, dia nak putuskan hubungannya dengan aku. Terasa sedih juga aku dibuatnya. Dah kawan begitu lama, tetapi buat keputusan nak putuskan persahabatan tanpa sebab. Aku tanya dia kenapa, dia kata tiada apa-apa. Aku desaknya beberapa kali dan akhirnya dia beritahu nak nikah. Aku kata, oklah macam tu. Bila nak bernikah tak semestinya kena putuskan persahabatan. Dia beritahu dia takut bakal isterinya marah jika asyik berhubung dengan dia. Aku beritahu dia, aku tak jadi masalah jika dia nak bernikah sebab aku hanya berkawan dengan dia saja. Tak lebih daripada itu. Jika jodohnya dah sampai, dia boleh teruskan. Memang terasa sedih apabila kita berkawan rapat dengan seseorang n tiba-tiba seseorang tu nak putuskan persahabatan. Aku hantar sms memaklumkan betapa berdosanya memutuskan persahabatan. Akhirnya dia setuju dengan aku. Dia dah pun menjadi suami orang minggu lepas. Aku tak dapat hadir ke majlis dia sebab ada urusan yang perlu aku bereskan. Biasalah urusan anak-anak aku. Tahniah untuk Hafizz. Semoga kali ini jodohnya dengan seorang ibu tunggal beranak satu akan kekal hingga ke akhir hayat.

TAK MASAK....

SEPANJANG kerja pagi bermula 20 April, aku memang tidak memasak di rumah. Aku beri duit aje kepada anak-anak aku. Nasib baiklah anak-anak aku dah besar, boleh masak sendiri dan jika tak mahu masak, boleh aje beli makanan di kedai makan tak jauh dari rumah aku. Memang aku juga tak sempat nak masak. Aku juga makan di kafe office aje. Disebabkan asyik makan luar aje, aku buat keputusan untuk memasak. Dah jemu dengan lauk di kedai dan di restoran. Bila kembali semula kerja petang, aku memulakan operasi masak di rumah. Barulah anak-anak merasa air tangan ibunya semula. Masa itulah anak-anak minta pelbagai menu, macam chef pula aku. Masa tulah, anak ketiga menyuruh aku membuat moist coklat kek n muffin.

Tuesday, May 28, 2013

TERIMA MSG DARI SEPUPU

HARI ni ada kejutan. Terima msg daripada abang sepupu bertanyakan kenapa aku tak bermsg dengannya sejak beberapa bulan ni. Dia juga bertanya, ada ke ... aku menghadapi masalah. Aku beritahunya tak ada apa-apa. Cuma penat sebab kerja sepanjang election dan after eleciton. Ini disebabkan anak perempuan sulungnya kahwin, aku tak datang. Yalah off satu hari aje, masa tulah aku nak berehat di rumah. Sepanjang election aku bekerja pagi dari jam 9 pagi hingga 10 malam. Bayangkan setiap hari macam tu selama tiga minggu. Mana boleh tahan dan penatnya tak terkira. Sebabkan tu aku suka habiskan masa duduk di rumah. Ganti tidur yang tak cukup....

STRESS

AGAK lama juga tak menulis dalam blog. Teramat sibuk dengan tugas di office dan di rumah. Pelbagai perkara yang perlu dibereskan. Hampir tiga bulan tak menulis dalam blog. Walhal, setiap hari fikir nak menulis, tapi asyik malas aje. Kenapa ya. Entahlah. PC depan mata, net book juga ada depan mata, tapi tiada hati nak menulis. May be mood 'malas' datang disebabkan stress teramat sangat. Asyik ulang-alik ke Melaka aje. Nak katakan fikirkan pasal kawan lelaki, tak ada pula...Mereka hanya setakat kawan aje. Hati belum terbuka nak berumah tangga lagi.