BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 29, 2013

JODOH OH JODOH

RAMAI yang bertanya: Masni, kenapa u tak nak kawin lagi. Aku bertanya kepada mereka, perlu ke aku menjawab soalan tu. Akhirnya, aku kata tak ada siapa nak aku. Mereka kata, tak kanlah tiada siapa yang nak. Aku jawab ya....aku bukannya cantik, kulit hitam manis n anak ramai. Mereka tetap tanya soalan lagi...tak ada kawan lelaki ke. Aku jawab mudah aje. Ada, tapi semua suami orang. Setakat berkawan aje n not more than that. Aku beritahu mereka, biarlah jodoh tu datang sendiri. Aku sendiri pun tak pernah berdoa untuk jodoh itu datang kepada aku. Segala-galanya urusan Allah. Jika ada, maka adalah, jika tiada, beginilah keadaan aku. Mungkin ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Sebenarnya bila fikir pasal jodoh, banyak benda aku kena fikiran. Pertama: aku ada tiga anak peremuan. Mereka tinggal dengan aku. Kedua: pasal pekerjaan aku yang tidak tentu masa. Kerja malam. Cuba bayangkan jika aku berkahwin, macam mana dengan anak perempuan aku. Aku khuatir benda yang tidak elok berlaku. Aku kerja malam, anak-anak pula tinggal dengan bapa tiri. Bapa tiri sekarang bukan boleh dipercayai. Itu yang aku takut.Masalah kedua, boleh ke keluarga sebelah suami nanti faham dengan situasi pekerjaan aku. Malam raya dan hari raya pun kena kerja. Orang lain mungkin off pada Sabtu dan Ahad, tetapi aku bekerja pada hari Ahad. Aku rasa bukan setakat keluarga suami saja tak boleh terima, suami pun macam tu juga. Nak cari suami yang mempunyai tiga sifat utama iaitu romantik, caring dan luving bukannya mudah. Kebanyakan lelaki Melayu hanya mempunyai sikap caring n luving aje. Aku pula dah biasa dengan sikap romantik. Jalan nak berpimpin tangan. Dapat ke lelaki begitu untuk aku. Maybe aku selalu bandingkan arwah suami dengan lelaki lain. Tu yang susah nak dapat. Sebenarnya tak semua orang tu sempurna kerana hanya Allah saja yang sempurna. Maybe disebabkan terlalu memilih, aku sukar mendapat lelaki yang sesuai.Aku pula jenis yang indipendent dan tak suka dipaksa. Cerewet juga aku ni kan....hihihi.

0 comments: