BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 29, 2013

ANGKA LIMA....

HARI ini genap 50 tahun sebulan umur aku. Tak sangka dah masuk angka lima. Kiranya umur aku dah meningkat senjalah ni...Tapi tak lah juga. Ada mereka yang umur macam aku masih lagi bergetah dan seksi serta bertambah ayu. Umur itu hanya nombor aje. Jika pandai jaga kesihatan dan buat senaman, orang tidak akan nampak kita dah berumur. Macam aku, ramai yang mendakwa umur aku dalam awal 40an. Ya ke tu...Masing-masing punya pandangan berbeza. Bagi aku, aku sentiasa jaga kesihatan aku. Setakat hari ini, alhamdulillah, aku masih sihat dan tidak mempunyai penyakit. Tiada darah tinggi, tiada kencing manis dan lain-lain penyakit. Jika ada pun, hanya migrain. Nasib baik penyakit migrian tu datang jarang-jarang, jika tak teruk juga aku. Aku juga bersyukur, pandangan mata aku masih ok lagi walaupun menghadap pc dan dummy setiap hari. Sekarang ni, jangka hayat umur wanita adalah 75 tahun, so wanita kenalah jaga diri mereka sendiri. Bila dah kerepot nanti, suami pun tak sayang. Macam aku, memang dah seorang diri....so tiadA siapa nak comment banyak-banyak. Aku memang tak boleh lupa bila anak-anak buat kejutan pada birthday aku. Tengah-tengah malam mereka ketuk bilik aku dan bawa kek. Sambil tu nyanyi lagi Happy Birthay kepada aku. Sedihnya aku. Mereka juga turut hadiahkan aku smarttag bagi mudahkan aku. Tak perlu nak pakai touch'n go. Tq anak-anakku.

0 comments: