BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 29, 2013

TAK MASAK....

SEPANJANG kerja pagi bermula 20 April, aku memang tidak memasak di rumah. Aku beri duit aje kepada anak-anak aku. Nasib baiklah anak-anak aku dah besar, boleh masak sendiri dan jika tak mahu masak, boleh aje beli makanan di kedai makan tak jauh dari rumah aku. Memang aku juga tak sempat nak masak. Aku juga makan di kafe office aje. Disebabkan asyik makan luar aje, aku buat keputusan untuk memasak. Dah jemu dengan lauk di kedai dan di restoran. Bila kembali semula kerja petang, aku memulakan operasi masak di rumah. Barulah anak-anak merasa air tangan ibunya semula. Masa itulah anak-anak minta pelbagai menu, macam chef pula aku. Masa tulah, anak ketiga menyuruh aku membuat moist coklat kek n muffin.

0 comments: