AHAD lepas, aku tak sempat nak balik kampung. Aku cuma hantar anak perempuan ketiga aku ke stesen bas Shah Alam untuk pulang ke kampung. Anak aku cuti semester dua minggu n bila cuti, masa tu nak balik kampung. Anak-anak aku akan jaga mak aku di kampung. Walaupun, hari Jumaat tu public holiday, aku malas nak tempuh jammed. Aku dah serik jika cuti tiga hari, highway sure jammed. Lepas tu nak ke Cyberjaya hantar anak, than ke office. Ya Allah, tak tahan penatnya. Umur dah meningkat, surelah penat. Asyik ligat atas kereta aje. Aku bangun awal, memasak untuk makan tengah hari untuk anak-anak aku sebelum mereka pulang ke kampung. Aku perlu menghantar anak perempuan ketiga ke bas stesen Shah Alam dan kemudian ke Cyerjaya hantar anak sulung pula. Nasib baik si bongsu dah ada lesen memandu, aku menyuruhnya drive. Kena monitor juga apabila dia memandu. Kiranya di highway, anak aku tidak menjadi masalah.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment