BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 2, 2011

KE GYM LAGI

Walaupun jam 10 pagi aku baru ke gym di apartment aku, namun ia tidak mematahkan semangat aku untuk gym. Kali ni aku kayuh basikal hampir satu jam 15 minit. Peluh bukan main banyak lagi keluar. Basah kuyup baju aku dibuatnya. Jika diikutkan kayuhan tu, kalori memang tak banyak yang keluar. Bayangkan jika makan 1,400 kalori satu hari, kita kena buang lebih daripada itu. Bukan mudah nak lakukan kerana kalori berkenaan sudah tepu dalam badan kita.
Sebabkan itu disyorkan kita ke gym n buat exercise dua jam sehari...Tak apa, ini baru permulaan aku ke gym. Walaupun tiada siapa meneman aku n may be aku the only woman yang ke gym...aku tetap ke gym. Cuma Isnin dan Selasa, tak mungkin aku dapat ke gym awal sebab aku kena hadiri kursus. Kursus bermula jam 9.30 pagi, kena keluar awal, jika tak jammed le aku.
Aku cuba di sebelah petang...itu pun jika tiba di rumah awal. Dapat buat setengah jam pun jadi...sekurang-kurangnya boleh kurangkan lemak. Nasib baik ada anak bongsu aku, dia yang bawa aku ke gym...Dia juga risau dengan kadar kolestrol aku. Katanya antara naik tangga n turun tangga, elok lagi buat exercise di gym. So aku ikut saranan di sibongsu. Tak kiralah jika ada lelaki yang ke gym...aku buat tak tahu aje. Yang penting aku sihat...

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah semoga semangat Mas nak jaga kesihatan tetap diteruskan dan semoga mendapat hasilnya yg positif. Takpa la..makan je ubat yg doc syorkan tu demi utk Mas dan juga utk anak2 Mas. Teruskan ke gym walaupun seorang diri kerna niat tu baik n just take care.
Semoga niat Mas nak kerjakan umrah bersama anak2 dan juga buat ibadat haji termakbul hendaknya. Amin
Baik la Mas..jaga diri baik2 dan jangan lupa makan ubat ya...

masni said...

Sorry, mas memang tak suka makan ubat. Jika kita letakkan dalam hati asyik nak makan ubat, baru pulih kesihatan...sampai bila pun ia tak akan pulih. Ada cara tertentu untuk jaga kesihatan, kenapa kita tak nak ikut. Buat exercise...makan buah2an, sayuran2an...n kawal nafsu makan. InsyaAllah semua tu akan berjaya. Kena yakin pada diri sendiri.
Untuk menunaikann umrah atau haji, InsyaAllah. Itu memang cita2 mas..