BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 31, 2012

ANAK BALIK KAMPUNG

GEMBIRA mak aku bila dua anak aku pulang ke kampung kerana cuti semestar. Jika tak, setiap kali mak call akan tanya bila budak-budak tu nak balik kampung. Walaupun mereka cuti semestar hanya dua minggu, aku hantar mereka balik kampung. Sekurang-kurangnya boleh menggembirakan mak aku dan tak perlu tinggal di rumah adik aku yang kelima setiap malam. Mak aku dah rasa bosan tinggal di sana. Selepas habis mengajar menggaji, mak aku akan diambil oleh adiknya pulang ke rumah untuk tidur. Dah di sana tak dilayan oleh adik ipar aku dan buat tak tahu saja sama ada mak aku dah makan atau belum. Esok paginya, akan dihantar pulang ke rumah. Itulah rutin yang dihadapi oleh mak aku sejak anak-anak aku belajar di universiti. Yang peliknya, anak-anak saudara lain tak ada pula keinginan nak temankan mak aku. Adik-adik aku pula buat jenis tak tahu aje. Yang penting aku dah jalankan tanggungjawab aku menghantar anak2 untuk menemankan mak aku tidur. Aku faham mak aku tak betah nak tidur di rumah orang dan lebih rela tidur di rumah sendiri. Adik lelaki yang ketiga juga sering mengambil mak aku ke rumahnya.

SAMPAI TARGET

HARI ini genap 31 hari aku tak makan nasi. Gembiranya kerana misi aku untuk tidak makan nasi tercapai. Yang bestnya berat tidaklah banyak yang turun. Namun aku bersyukur juga. Yalah tidak buat senaman setiap hari. Jika buat senaman setiap hari dan hanya makan capati aje, sudah pasti berat aku akan menurun banyak. Yang penting cita-cita untuk mengurangkan berat badan. Pagi aku hanya minum mocha dan tengah hari makan dua keping capati serta ayam panggang. Ayam panggang pula digaul dengan banyak ramuan herba. Memang rasa tak sedap, tapi itulah makanan seharian aku. Sambil itu aku makan epal dan minum air teh hijau. Bila minum air teh hijau, perut rasa kenyang aje. Bila jam 6.30 petang di office, biasalah menu aku, mihum sup atau sayur goreng. Tapi biasanya aku makan mihun sup dan minum air buah-buahan campur iaitu epal, carrot dan limau tanpa gula dan air batu. Cuma bila malam, aku terasa lapar aku buat nescafe makan dengan biskut. Nak kurangkan kalori pengambilan makanan.

Thursday, May 24, 2012

JOGGING AFTER WORK

AKU mula 'jogging after work' pada malam rabu lalu. Oklah juga jogging tengah malam buta itu. Yalah selepas jam 1 pagi. Aku jogging pun bersama rakan perempuan aku di atas bangunan yang disediakan padang untuk bermain futsal. Ketika staf Harian Metro (lelaki) bermain futsal, aku bersama rakan buat keputusan jogging di kawasan berkenaan. Kawan aku memang sedang berdiet kerana mengambil bahagian dalam tournament mengurangkan berat badan. Kiranya dalam Harian Metro, ada tiga orang yang mengambil bahagian. Jika siapa yang menjadi juara, setiap kilogram yang diturunkan akan menerima wang RM200. So, kali ni ramai peserta dari department lain termasuk dari TV3 mengambil bahagian. Itu tidak termasuk hadiah IPad yang akan ditawarkan. Cuma aku tidak mengambil bahagian dalam pertandingan itu kerana jika dikatakan aku gemuk sangat, tidaklah begitu. Kawan-kawan yang mengambil bahagian itu boleh dikatakan obesiti. Aku cuma nak ikut kawan aku menguruskan badan aje. Setiap pemain futsal akan bermain pada malam rabu dan malam jumaat. So, bagi aku tak menjadi masalah untuk menyertainya. Baru-baru ini aku dah buat buat 10 round dan setiap round boleh dikatakan ada 400 langkah. Jika 10 round dah berapa kan...Bagi yang mengambil bahagian dalam pertandingan, ia berlangsung selama 100 hari bermula Jumaat lalu.

Tuesday, May 22, 2012

MASIH TAK MAKAN NASI

HARI ini, genap 22 hari aku tak makan nasi. Syukur alhamdulillah. Setiap tengah hari, aku makan capati, ayam panggang atau ikan panggang. Airnya pula adalah teh hijau. Aku hanya makan dua keping capati yang ready made. Beli di Tesco dan tiba di rumah, hanya masak ake. Senang kiranya. Aku pun dah jarang masak, jika anak-anak ank makan nasi, mereka kenalah masak sendiri. Pagi, aku breakfast dengan roti aje. Sebenarnya bila dah makan capati dengan ayam panggang, kenyangnya begitu terasa hingga tak lalu nak makan. Tambahan pula jika minum dengan teh hijau. Langsung tiada selera nak makan. Perut terasa kenyang aje. Agaknya jika aku buat senaman seperti naik basikal atau turun naik tangga, penurunan berat aku mungkin ketara kot. Aku cuma mengemas rumah aje. Itu pun peluh dah bernitik-nitik. Kiranya oklah juga. Aku juga minum air epal bagi membuang lemak dan secara tak langsung menguruskan badan. Jika malam, aku cuma makan biskut. Sebenarnya, air bergula kena kurangkan. Barulah boleh turun berat badan dengan cepat.

KE KLIA

AKU awal-awal dah pesan kepada dua anak perempuan aku supaya bersiap supaya jam 11 pagi boleh terus ke KLIA. Jika tak ingatkan demikian, maka lewatlah jadinya. Itu pun lambat juga tiba di sana sebab nak topup touch 'n' go dulu di stesen minyak di highway. Walaupun, dalam kad itu hanya ada RM28, khuatir juga jika tak cukup untuk bayar parking menggunakan kad berkenaan di KLIA. Masa singgah di stesen minyak itu, kena tunggu hampir 10 minit. Akhirnya, aku meneruskan perjalanan ke KLIA untuk menghantar sepupu arwah suami bersama isteri dan anak sulungnya mengerjakan umrah. Masa kenduri dulu, aku tidak dapat datang kerana ke Seremban tengok anak dan balik Melaka. So aku buat keputusan untuk menghantar sepupu ke airport aje. Bila tiba di airport dan melihat ramai yang mengerjakan umrah, hati terasa sayu dan ingin lagi pergi mengerjakannya. Tambahan pula apabila mendengar wakil umrah memberi maklumat. lagi bertambah sayu hatinya. Rasa tak sabar nak mengerjakan umrah. Sebenarnya jika nak pergi boleh, cuma fikirkan anak-anak. Mereka juga nak ikut sama. Jika ada duit, nak dibawa semua anak-anak mengerjakan umrah dan selepas itu barulah mengerjakan haji pula. Itulah cita-cita ku yang sebenarnya...Hampir dua jam aku duduk di airport dan berbual-bual dengan isteri sepupu arwah suamiku. Sebenarnya, dah lama aku tak berjumpa dengan mereka. Dapat juga berjumpa dengan keempat-empat anak mereka. Tiga dah kahwin, tinggal si bongsu yang bekerja di Kota Tinggi.

Sunday, May 20, 2012

KASIHAN ANAK KUCINGKU

KASIHAN anak kucingku, bemot, demot dan nemot. Umur baru sebulan lebih tapi ibunya dah tak ada. Nak menyusu macam mana. Akhirnya si kucing jantan, comot jadi mangsa untuk ketiga-tiga ekor anak kucing untuk menyusu. Memang le tak boleh keluar susu tapi ketiga-tiga ekor anak kucing itu tetap akan menghisap tetek kucing itu. Yang menghairankan aku, comot hanya terlentang dan biarkan reaksi anak kucing berkenaan. Hinga basah bulu kucing comot dikerjakan oleh anak kucing berkenaan. Aku ada membeli susu untuk anak kucing, mereka minum tapi tetap akan fokus kepada kucing jantan itu. Kasihan juga anak-anak kucing itu. Dah puas cari ibunya, cimot tapi berjumpa. Ke mana lagi nak cari. Kiranya, esok dah seminggu cimot hilang.Sedih juga bila mengenangkan kehilangannya. Kini, anaknya pula yang selalu ada di tikar sembahyang bila aku solat.

HILANG RINDU

AKU ke Saser, Seremban petang semalam. Dapatlah jumpa dengan si bongsu. Dah hampir tiga minggu tak berjumpanya dan rindu sangat padanya. Bila dah jumpa, hilanglah rasa rindu sikit kepadanya. Kakaknya turut berkata, adik dah bertambah putih lah...Memang pun, si bongsu ni jika tak kena panas, kulitnya memang cepat cerah. Aku sempat buar muffin coklat tapi kali ini ia tak menjadi pula. Aku pun hairan kenapa. Biasanya, ia tak menjadi masalah n cantik aje bentuknya. Nak kata adunan tak menjadi, tak pula. Anak kedua buat ayam penyek dan ketiga masak kobis goreng. Biasalah jika berjumpa dengan si bongsu, aku akan memasak n jika tak sempat, aku akan beli kfc aje. Ketika berjumpa dengannya, sempat juga jahit dua seluar sukannya yang koyak. Itu pun dia dah pesan awal-awal supaya bawa benang hitam n jarum. Aku juga sempat beli makanan untuk tiga minggu. Cuti sekolah ni, si bongsu tak balik, minggu pertama ada kelas tuisyen dan minggu kedua pula ada kecemerlangan sekolah. So, aku akan jumpa anak aku pada 9 Jun nampaknya. Sebab hari Ahad, esoknya, aku dah kerja pagi. Tak sempat nak jumpa.

Tuesday, May 15, 2012

SAKIT BELAKANG

DAH hampir seminggu aku sakit belakang. Aku tak tahu kenapa. Kes sakit belakang ni datang lagi selepas 17 tahun. Aku pernah sakit belakang berikutan tidur terlama di atas katil selepas bersalin anak bongsu aku menerusi operation. Disebabkan aku bersalin separuh sedar, ia membuatkan aku terlantar di katil untuk beberapa jam. Selepas kejadian itu, aku tak boleh tidur di atas simen  atau tikar jika tidak mempunyai tila. Jika tilam nipis juga, aku akan mengalami sakit belakang. Kini, penyakit tu datang lagi. Aku khuatir juga jika sakit belakang ini disebabkan berat badan aku bertambah atau tidur di atas tilam yang tidak berapa selesa. Tapi apa yang pasti, besi katil bujang aku sudah patah dan ini mungkin menyebabkan tilam terperosok lalu menyebabkan aku sakit belakang. Sejak malam kelmarin, aku ambil tilam dan letakkan di atas simin. Harap-harap selepas ni belakang badan aku tidak sakit lagi. Aku juga sempat membeli 'koyok' untuk ditampal di belakang badan aku. Bila sakit belakang, ia membuatkan aku tidak selesa untuk memandu dan bergerak.

KUCING HILANG LAGI

AKU masih tertanya-tanya bagaimana kucingku Si Cimot boleh hilang. Peliknya, pada pagi semalam, anak aku dah beri ia makan sebelum keluar rumah untuk ke class. Aku pula yang menunggu dan menutup pintu tidak nampak kelibat Cimot keluar. Bila tiada beberapa jam, aku beranggapan Cimot masih tidur dalam bilik anak sulung aku. Rupa-rupanya Cimot tak ada. Kasihan tiga anaknya yang masih kecil, mengiau mencari ibunya. Kucing jantan, masih ada di rumah. Dah cari tapi tak jumpa. Cuma apa yang pasti, setiap kali aku solat, Cimot mesti ada di atas tikar sembahyang. Ada ke tu tanda2 dia nak mati. Kawan offis kata, biasanya kucing jika nak mati, dia akan melarikan diri dari rumah. Jika boleh dia tak nak mati dalam rumah. Dan ada satu lagi, jika ia nak mengawan. Tapi apa yang pasti, tiada tanda-tanda menunjukkan Cimot nak mengawan. Aku masih menunggu lagu kepulangan. Kasihan kepada anak-anaknya.

MASAK HARI IBU

PADA Sabtu lalu, aku tak pulang ke kampung. So tak tahu nak buat apa. Ajak anak-anak ke Tesco selepas makan tengah hari. Sebelum itu, aku dah perap ayam untuk buat ayam panggang ala kenny rogers. Ini first time aku masak ayam panggang kenny rogers. Kena bakar selama sejam setengah. Baunya yang semerbak membuatkan aku dan anak-anak tak sabar nak makan. Aku turut masak nasi dan goreng sayur untuk anak-anak aku makan. Bila semua dah siap masak, kami pun makan. Sedapnya dan nampaknya menjadi juga resepi aku kali ni. Apa tak sedapnya, cukup dengan segala ramuannya. Selepas makan, kami pun bersiap-siap ke Kompleks PKNS. Berjalan-jalan sambil membeli baju raya untuk si bongsu. Akhirnya apa yang aku inginkan sudah dapat dan aku terus ke pusat beli-belah Tesco. Beli barangan dapur seperti biasa. Anak kedua aku syorkan beli daging kambing dan sebab nak sangat makan lamb steak. Aku belikan ramuan yang sepatutnya. Cuma lamb yang sudah siap untuk buat steak. Balik bersihkan daging berkenaan dan campurkan segala ramuannya. Aku perapkan beberapa jam dan anak kedua aku membakarnya. Hmmm...sedapnya rasa dapat makan lamb steak. Itu kiranya makanan bagi meraikan Hari Ibu walaupun sambutan Hari Ibu sebenarnya pada hari Ahad. Namun, tak mengapa...yang penting anak-anak aku gembira apabila makan...Boleh dijadikan rutin sebulan sekali kan...

Tuesday, May 8, 2012

ZIP TERKOYAK

AKU ke pusat beli-belah Tesco. Aku pakai baju berwarna hijau jenis blaus untuk ke sana bersama-sama anak. Aku memang tak perasan zip baju di bahagian kiri aku terbuka dan tak boleh dikancing lagi. Aku hanya mengetahu zip berkenaan terbuka apabila ke pusat beli-belah. Ya Allah, malunya aku dan rupanya anak aku juga tak perasan dengan baju berkenaan. Apa lagi, terpaksalah aku membeli baju baru di kiosk pakaian yang ada. Beli blaus berharga RM50. Masa tu tak ada blaus yang boleh aku muat, yang murah. Aku terus ganti pakaian baru. Nasib baik le tiada orang nampak. Jika tak, malunya aku...

DIET

DAH seminggu, aku tak makan nasi. Cuma makan mihun sup, biskut dan roti sahaja. Kadang-kadang bila buat kek coklat tanpa butter, aku makan juga. Sambil tu setiap hari aku pastikan minum jus epal tanpa gula. Setakat ini, oklah juga. Aku masih boleh bertahan walaupun tanpa kabohidrat. Syukur alhamdulillah, aku tidak menghadapi apa-apa masalah walaupun tidak makan nasi sehari suntuk. Jika dah seminggu, ini bermakna aku tidak makan nasi langsung. Mungkin jika timbang, penurunan berat badan tidaklah ketara sangat. Jika dalam seminggu, dapat turun 0.5 kg hingga 1 kg, itu sudah memadai. Yang penting ada penurunan. Target nak turun sehingga 55 hingga 60 kg tercapai atau tidak, terpulang kepada diri aku sendiri. Jika sebulan dapat turun berat badan antara 3 hingga 4 kg, itu sudah memadai untuk diriku. Apa yang penting, aku kena sabar dan pantang makan.

Wednesday, May 2, 2012

PERIUK NASI BUAT HAL

PENING kepala dibuatnya. Periuk nasi pula buat hal. Terpaksa beli yang baru. Yang lama simpan buat kenangan kerana periuk tu masih boleh dipakai. Simpan lauk atau masak bubur. Ingat nak cari yang murah, tak ada pula, so kenalah cari yang mahal. Walaupun harganya tak sampai RM100, kena beli juga. Anak asyik suruh beli periuk nasi elektrik. Mereka tak pandai guna periuk nasi yang dijerangkan di atas tungku. Nanti hangus pula nasi berkenaan. Jika beli yang kecil, tak berbaloi juga. The best way belilah yang sedang-sedang. Jika orang datang ramai, tak adalah nak masak nasi berulang-kali. Jika besar sangat, tak berbaloi pula. So, sekarang ni dah ada periuk nasi yang baru. Belum lagi pakai, sebab tak masak nasi. Macam-macam kan n terpaksa keluar duit lagi. Inilah dugaan bila pakai barangan elektrik.

Tuesday, May 1, 2012

CONTROL MAKAN NASI

HARI ni aku pula control diri aku. Tak nak makan nasi. Nak diet dan nak turunkan badan. Tengah hari tadi hanya makan mihun sup aje. Lepas tu petang makan roti dua keping. Aku juga sempat minum air campur-campuran seperti lobajk merah, epal, timun dan saleri. Dah minum dua gelas. Harap-harap duit dan berat badan aku akan turun. Nak tengok juga berapa lama aku boleh bertahan tanpa makan nasi. Makan roti tak mengapa, yang penting ada juga sedikit kabohidrat. Sebelum ini, aku memang makan nasi, cuma makan pada waktu tengah hari aje. Pada sebelah malam, aku cuma makan biskut aje. Adakah aku boleh bertahan sehingga bulan ramadan atau bulan syawal. Jika terpaksa pun, hanya makan nasi seminggu sekali sahaja. Jika boleh tahan, jangan makan nasi...

BAJU RAYA

HARI ini hari paling sibuk buat aku. Apa ke tidaknya. berada di Kompleks PKNS Shah Alam hampir tiga jam. Pergi ke avon, itu memang rutin biasa aku dan kemudian meronda-ronda membeli baju raya. Anak-anak aku inginkan baju yang ada warna kuning. Yalah baju kurung untuk dipakai pada hari raya pertama. Aku buat anggaran sepasang baju kurung di bawah RM200 sepasang. Akhirnya, cari punya cari, dapat juga beli baju kurung berharga RM220. Kenalah beli empat pasang sama warna so, dapatlah diskaun. Sehelai harganya RM170. Ikut tema untuk tahun ni, sesuai untuk musim panas dan musim bunga...apa lagi corak harimau. Untuk anak lelaki, belum beli lagi. Baju melayunya juga dalam warna begitu. Lega sikit dah beli baju kurung. Malas nak shopping pada bulan puasa. Biasanya pada bulan puasa, harga baju kurung lebih mahal sikit sebab masa tu sewa kedai or kiosk meningkat....Bagi aku, aku rela buat persediaan awal. Yang penting tak tergesa-gesa pada bulan ramadan. Baju yang lain juga akan menyusul untuk anak2 aku. Itulah yang aku lakukan setiap tahun. Setiap  anak, budget untuk raya RM500. Baju kurung memang dah dikhaskan RM200. So ada balance RM300.

HARI PEKERJA

MACAM biasa, 1 Mei setiap tahun adalah hari pekerja. Macam biasa juga bagi aku, bekerja walaupun public holiday. Mungkin bagi kakitangan kerajaan dan swasta lain, hari pekerja adalah hari untuk berehat. Namun bagi aku yang bekerja di sektor swasta terutama dalam bidang persuratkhabaran, public holiday tak membawa apa-apa maksud. Yang penting, bekerja. Di situlah rezeki walaupun dibayar double. Lagipun kerja malam, tak effect sangat. Balik pun sebelum jam 1 pagi dan tiba di rumah. So, masa siang hari ada banyak masa untuk membuat apa juga pekerjaan.