BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 22, 2012

KE KLIA

AKU awal-awal dah pesan kepada dua anak perempuan aku supaya bersiap supaya jam 11 pagi boleh terus ke KLIA. Jika tak ingatkan demikian, maka lewatlah jadinya. Itu pun lambat juga tiba di sana sebab nak topup touch 'n' go dulu di stesen minyak di highway. Walaupun, dalam kad itu hanya ada RM28, khuatir juga jika tak cukup untuk bayar parking menggunakan kad berkenaan di KLIA. Masa singgah di stesen minyak itu, kena tunggu hampir 10 minit. Akhirnya, aku meneruskan perjalanan ke KLIA untuk menghantar sepupu arwah suami bersama isteri dan anak sulungnya mengerjakan umrah. Masa kenduri dulu, aku tidak dapat datang kerana ke Seremban tengok anak dan balik Melaka. So aku buat keputusan untuk menghantar sepupu ke airport aje. Bila tiba di airport dan melihat ramai yang mengerjakan umrah, hati terasa sayu dan ingin lagi pergi mengerjakannya. Tambahan pula apabila mendengar wakil umrah memberi maklumat. lagi bertambah sayu hatinya. Rasa tak sabar nak mengerjakan umrah. Sebenarnya jika nak pergi boleh, cuma fikirkan anak-anak. Mereka juga nak ikut sama. Jika ada duit, nak dibawa semua anak-anak mengerjakan umrah dan selepas itu barulah mengerjakan haji pula. Itulah cita-cita ku yang sebenarnya...Hampir dua jam aku duduk di airport dan berbual-bual dengan isteri sepupu arwah suamiku. Sebenarnya, dah lama aku tak berjumpa dengan mereka. Dapat juga berjumpa dengan keempat-empat anak mereka. Tiga dah kahwin, tinggal si bongsu yang bekerja di Kota Tinggi.

0 comments: