DAH hampir seminggu aku sakit belakang. Aku tak tahu kenapa. Kes sakit belakang ni datang lagi selepas 17 tahun. Aku pernah sakit belakang berikutan tidur terlama di atas katil selepas bersalin anak bongsu aku menerusi operation. Disebabkan aku bersalin separuh sedar, ia membuatkan aku terlantar di katil untuk beberapa jam. Selepas kejadian itu, aku tak boleh tidur di atas simen atau tikar jika tidak mempunyai tila. Jika tilam nipis juga, aku akan mengalami sakit belakang. Kini, penyakit tu datang lagi. Aku khuatir juga jika sakit belakang ini disebabkan berat badan aku bertambah atau tidur di atas tilam yang tidak berapa selesa. Tapi apa yang pasti, besi katil bujang aku sudah patah dan ini mungkin menyebabkan tilam terperosok lalu menyebabkan aku sakit belakang. Sejak malam kelmarin, aku ambil tilam dan letakkan di atas simin. Harap-harap selepas ni belakang badan aku tidak sakit lagi. Aku juga sempat membeli 'koyok' untuk ditampal di belakang badan aku. Bila sakit belakang, ia membuatkan aku tidak selesa untuk memandu dan bergerak.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
2 comments:
agaknya tilam di katil besi tu tak seimbang dgn badan masa tido..bila dah lama mcm tu baru ler timbul sakitnya..agak2 sakit belakang tu cuma sakit biasa aje tidak melibatkan organ dalaman. berat badan mungkin juga ada kesannya. semoga cepat sembuh.
mas rasa katil besi bujang tu dah tak ok lagi. malas nak beli katil queen yang baru. Sekarang ni jika nak tidur, kenalah angkat tilam tu dan tidur di atas lantai. Bila ditampal dengan koyok, dah oklah sikit. Jika tak mas tak boleh nak pusing kiri kanan, terasa sakit sgt. Biasalah le bila sakit, malas nak ke doktor. Akhirnya sakit tu baik dengan sendiri aje.
Post a Comment