KADANG2 pening juga nak fikir masak apa. Yalah yang ada dalam fridge hanyalah ikan dan ayam sahaja. Akhirnya aku buat keputusan buat siakap stim yang ringkas sahaja. Itu lebih mudah kan. Nak letak serai tak ada pula. Yang penting ada makanan untuk tengah hari.
Wednesday, January 23, 2013
Monday, January 21, 2013
BAIKI PAIP RUMAH
HARI Khamis lalu, kopak duit aku bayar pembaikian paip air. Paip air rosak di singki dan dua bilik air. Sebelum ini, air dah lama licking dalam bilik air dan singki tapi masih tahan juga. Tapi disebabkan paip air di singki dah patah, beli yang baru pun tak boleh nak pasang. Aku buat keputusan memanggil plumber dan minta numbernya dari management apartment aku. Selalunya bil air hanya RM40 tapi kali ini dah melonjak hingga RM60. Mana boleh tahan macam tu. Itu pun aku baiki paip yang mana penting sahaja. Kini shower dah boleh pakai dan air sambungan di tempat mesin basuh pun dah ok. Tak le perlu buka dan tutup di main penyambungannya. Bila plumber datang, barulah aku tahu semuanya dah rosak sebab dah lama perkakas tu tak diganti. Kenalah aku bayar RM385. Jika diikutkan kena bayar hampir RM600 tapi disebabkan aku buat mana yang penting aje. Dah beritahu owner rumah, dua tak balas pun sms aku. Tention aku dibuatnya. Dah le masuk ke rumah tu, semuanya dah licking dan aku dah baiki sikit-sikit.
Posted by masni at Monday, January 21, 2013 0 comments
TIGA MINGGU TAK MENULIS
AGAK lama juga tak menulis dalam blog ini. Walhal pelbagai peristiwa suka duka berlaku dalam kehidupan seharian. Bukannya tak nak menulis, cuma tak ada mood aje. Nak menulis dalam blog, netbook tak ada. Anak bongsu dah bawa balik Melaka, Nak tulis menerusi handphone, tulisannya kecil pula. So, kenalah tulis bila ada kelapangan sahaja. Sejak revamp Harian Metro, memang agak bz sikit. Yalah semuanya guna layout dan font yang berbeza. Jika tak tahu, macam mana nak buat page. Kan parah nanti bila kena tukar layout lain. Boleh dikatakan hampir tiga minggu tak menulis.Hingga tak tahu pasal apa nak dicoretkan dalam blog ni.
Posted by masni at Monday, January 21, 2013 0 comments
Thursday, January 3, 2013
MULA TIRU....
ANAK bongsu memberitahu aku, "Ibu, adik tak suka tengok perempuan pakai tudung instant. Dah pula beropol-ropol sana sini dan bertingkat-tingkat pula. Macam orang tua aje. Adik suka tengok perempuan pakai tudung bawal atau selendang". So aku tanya kepada anak aku, ibu pakai selendang, ok tak adik. Katanya, ok asalkan jangan berserabut. Jika pakai selendang tak kena gayanya, memang merimaskan dan nampak berserabut. So aku pun ceritakan kepada kawan office aku tentang apa anak aku katakan. Memang betul, jika pakai tudung instant tak betul caranya, memang nampak macam orang tua. Beberapa hari kemudiannya aku dapati kawan aku itu mula pakai selendang. Yang tak bestnya, selendang yang dipakai nampak berserabut dan awing pula senget-benget. Aku tak faham. Sekarang ni setiap hari, dia akan pakai selendang. Nak pakai selendang pun, biarlah kemas. Jika tak betul pakai, memang nampak macam orang tua. Kadang-kadang tudung atau selendang yang kita pakai, kenalah ikut kesesuaian diri kita.
Posted by masni at Thursday, January 03, 2013 0 comments
Wednesday, January 2, 2013
KIKO DAH PULANG
ANAK kucing aku admitted di klinik haiwan di Shah Alam sejak Sabtu lalu. Aku terpaksa bawa ke sana sebelas tengok badannya lesu dan asyik tidur sahaja. Kejadian ini berlaku selepas Kiko kena gigit dengan kucing lain di kampung. Anak aku dah letak ubat dan balut, namun lukanya masih tak sembuh. So aku bawalah ke klinik haiwan dan hari ini baru keluar. Doktor Fiza call aku memberitahu sama ada aku nak buat xray atau tidak berikutan perutnya bengkak. Xray untuk mengetahui sakitnya dah RM150. Tinggal di klinik itu untuk semalaman dah RM10. Bayangkan berapa banyak perlu aku bayar untuk seekor kucing aje. Aku beritahu doktor berkenaan biarlah ia dalam tempoh seminggu. Jika tiada apa-apa, aku akan bawa ke klinik tu. Doktor memberitahu akan memberi ubat supaya penyakitnya sembuh. Luka di belakangnya dah sembuh. Ketika di klinik, dia dah mula aktif dan makan. So aku rasa tak ada apa-apa masalah setakat ni.
Posted by masni at Wednesday, January 02, 2013 0 comments
TURUN SEKILO
HARI ini genap seminggu aku minum suam. Minum hampir tiga liter setiap hari. Kesannya nampak walaupun tak banyak. Berat badan aku turun sekilogram. Jika aku buat senaman, tak tahu pula berapa banyak akan turun. Itu pun aku makan nasi tengah hari n petang aku makan mihun sup. Agaknya jika tak makan heavy, sure lagi banyak berat badan aku turun. Tak mengapa, ini adalah permulaan. Aku tetap minum air suam untuk pastikan berat badan aku turun. Jika seminggu turun sekilogram, empat minggu dah turun empat kilogram. Target aku cuma nak turun antara lapan hingga 10 kilogram. Anak aku kata jika turun antara lima hingga enam kilogram, susut berat badan aku tak nampak sangat. Yang pasti aku tetapkan nak turunkan berat badan.
Posted by masni at Wednesday, January 02, 2013 0 comments
Tuesday, January 1, 2013
2012 tanpa MC
PALING cemerlang aku pada tahun 2012 adalah tidak mengambil cuti sakit (MC). Bayangkan, ia satu pembaharuan yang menggembirakan aku. Yalah, selama setahun tak pernah ambil cuti sakit. Kiranya dan tiga tahun berturut-turut aku pegang rekod. Ini kiranya, aku tidak mempunyai sakit yang berbahaya setakat ini. Syukur alhamdulillah, Tuhan sentiasa membantu umatnya. Setakat demam selsema adalah, tapi aku tak berminat nak mengambil cuti sakit. Biasalah aku, kan alahan kepada habuk, debu dan kekotoran. So, kenalah pandai jaga diri. Pernah juga doktor memberi MC kepada aku, aku ambil slip itu, tapi still kerja. Bukan mudah nak pegang rekod tanpa MC sepanjang tahun. Ada orang tu, asyik ambil MC sahaja walaupun company dah peruntukkan 28 hari setahun. Tak kan, nak habiskan 28 hari itu juga. Jika dihabiskan, ini menunjukkan kita seseorang ada penyakit dan tak qualify untuk bekerja. Elok duduk rumah aje sebab tak tahu nak jaga kesihatan. Kan rugi tu...Aku memang menjaga kesihatan aku. Aku berharap tahun ini juga memberi kecemerlangan kepada aku.
Posted by masni at Tuesday, January 01, 2013 0 comments
TAHUN 2013
SELAMAT Tahun Baru 2013. Sekejap aje rasanya 2012 berlalu. Bila masuk aje tahun baru, pelbagai azam dan tekad nak dibuat. Tapi berjayakan kita melaksanakan? Tahun sudah macam mana pula dengan azam kita. Semuanya dah berjaya diselesaikan. Sebenarnya, mudah membuat azam, tapi untuk melaksnakannya adalah sukar. Macam menulis dalam diari, bila muncul tahun baru, beriya-iya nak menulis dalam diari. Tapi, itu semua sementara aje, hanya dapat bertahan dua atau tiga bulan sahaja. Selepas itu, diari tu menjadi begitu sahaja, berabuk.Dapat diari buka main banyaknya. Sebab itu, bagi aku adalah mudah menulis dalam blog sahaja. Blog ini menjadi diari aku walaupun tak menulisnya setiap hari. Yang penting aku dapat coretkan apa yang terpendam, apa yang dah berjaya dan pelbagai lagi dalam blog aku. Mungkin ramai yang tak membacanya, namun ia memberi kepuasan kepada aku untuk menulisnya.
Posted by masni at Tuesday, January 01, 2013 0 comments