BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 21, 2013

BAIKI PAIP RUMAH

HARI Khamis lalu, kopak duit aku bayar pembaikian paip air. Paip air rosak di singki dan dua bilik air. Sebelum ini, air dah lama licking dalam bilik air dan singki tapi masih tahan juga. Tapi disebabkan paip air di singki dah patah, beli yang baru pun tak boleh nak pasang. Aku buat keputusan memanggil plumber dan minta numbernya dari management apartment aku. Selalunya bil air hanya RM40 tapi kali ini dah melonjak hingga RM60. Mana boleh tahan macam tu. Itu pun aku baiki paip yang mana penting sahaja. Kini shower dah boleh pakai dan air sambungan di tempat mesin basuh pun dah ok. Tak le perlu buka dan tutup di main penyambungannya. Bila plumber datang, barulah aku tahu semuanya dah rosak sebab dah lama perkakas tu tak diganti. Kenalah aku bayar RM385. Jika diikutkan kena bayar hampir RM600 tapi disebabkan aku buat mana yang penting aje. Dah beritahu owner rumah, dua tak balas pun sms aku. Tention aku dibuatnya. Dah le masuk ke rumah tu, semuanya dah licking dan aku dah baiki sikit-sikit.

0 comments: