ANAK kucing aku admitted di klinik haiwan di Shah Alam sejak Sabtu lalu. Aku terpaksa bawa ke sana sebelas tengok badannya lesu dan asyik tidur sahaja. Kejadian ini berlaku selepas Kiko kena gigit dengan kucing lain di kampung. Anak aku dah letak ubat dan balut, namun lukanya masih tak sembuh. So aku bawalah ke klinik haiwan dan hari ini baru keluar. Doktor Fiza call aku memberitahu sama ada aku nak buat xray atau tidak berikutan perutnya bengkak. Xray untuk mengetahui sakitnya dah RM150. Tinggal di klinik itu untuk semalaman dah RM10. Bayangkan berapa banyak perlu aku bayar untuk seekor kucing aje. Aku beritahu doktor berkenaan biarlah ia dalam tempoh seminggu. Jika tiada apa-apa, aku akan bawa ke klinik tu. Doktor memberitahu akan memberi ubat supaya penyakitnya sembuh. Luka di belakangnya dah sembuh. Ketika di klinik, dia dah mula aktif dan makan. So aku rasa tak ada apa-apa masalah setakat ni.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment