BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 1, 2013

TAHUN 2013

SELAMAT Tahun Baru 2013. Sekejap aje rasanya 2012 berlalu. Bila masuk aje tahun baru, pelbagai azam dan tekad nak dibuat. Tapi berjayakan kita melaksanakan? Tahun sudah macam mana pula dengan azam kita. Semuanya dah berjaya diselesaikan. Sebenarnya, mudah membuat azam, tapi untuk melaksnakannya adalah sukar. Macam menulis dalam diari, bila muncul tahun baru, beriya-iya nak menulis dalam diari. Tapi, itu semua sementara aje, hanya dapat bertahan dua atau tiga bulan sahaja. Selepas itu, diari tu menjadi begitu sahaja, berabuk.Dapat diari buka main banyaknya. Sebab itu, bagi aku adalah mudah menulis dalam blog sahaja. Blog ini menjadi diari aku walaupun tak menulisnya setiap hari. Yang penting aku dapat coretkan apa yang terpendam, apa yang dah berjaya dan pelbagai lagi dalam blog aku. Mungkin ramai yang tak membacanya, namun ia memberi kepuasan kepada aku untuk menulisnya.

0 comments: