PALING cemerlang aku pada tahun 2012 adalah tidak mengambil cuti sakit (MC). Bayangkan, ia satu pembaharuan yang menggembirakan aku. Yalah, selama setahun tak pernah ambil cuti sakit. Kiranya dan tiga tahun berturut-turut aku pegang rekod. Ini kiranya, aku tidak mempunyai sakit yang berbahaya setakat ini. Syukur alhamdulillah, Tuhan sentiasa membantu umatnya. Setakat demam selsema adalah, tapi aku tak berminat nak mengambil cuti sakit. Biasalah aku, kan alahan kepada habuk, debu dan kekotoran. So, kenalah pandai jaga diri. Pernah juga doktor memberi MC kepada aku, aku ambil slip itu, tapi still kerja. Bukan mudah nak pegang rekod tanpa MC sepanjang tahun. Ada orang tu, asyik ambil MC sahaja walaupun company dah peruntukkan 28 hari setahun. Tak kan, nak habiskan 28 hari itu juga. Jika dihabiskan, ini menunjukkan kita seseorang ada penyakit dan tak qualify untuk bekerja. Elok duduk rumah aje sebab tak tahu nak jaga kesihatan. Kan rugi tu...Aku memang menjaga kesihatan aku. Aku berharap tahun ini juga memberi kecemerlangan kepada aku.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment