BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 30, 2011

MERDEKA..

MERDEKA...Merdeka...Merdeka...itulah laungan sempena kemerdekaan negara kita sejak 54 tahun lalu hingga sekarang. Laungan itu sungguh bererti kepada rakyat negara ini. Kita kena fikir bagaimana negara ini dijajah dan renungkanlah kemakmuran yang dikecapi sehingga sekarang. Namun apa yang dikesalkan masih ada lagi rakyat negara ni tidak menilai erti kemerdekaan dan tidak tahu apa makna kemerdekaan.
Bagi aku, aku memang tidak merasai ketika negara ni dijajah. Namun daripada yang diceritakan oleh mak dan arwah bapa akan dijadikan iktibar.

KERJA ...KERJA

HARI ini tanggal 30 Ogos bersamaan 1 Syawal sambut raya di office. Bawa ketupat, sambal n rendang untuk makan bersama-sama di office. Memang tak ramai di office, bahagian sub yang kerja hanya 7 orang aje( union) manakala bahagain eksekutif seramai empat orang.
Memang setiap sub-editor kena buat page antara tiga dan empat page seorang tapi semuanya under control. Aku pula jaga page Melaka dan Johor dan bantu page nasional.
Yalah nak kejar dateline sebelunm jam 10 malam, semuanya kena buat dengan teliti. Manalah tahu jika ada spellling mistake ke...But anyway semuanya under control.
Lepas semuanya settle, bolehlah balik ke Melaka.....esok ada open house pula...Banyak kerja perlu dibuat.

Monday, August 29, 2011

MALAM RAYA

MALAM raya semua orang ada di rumah tapi aku berada di office. Biasalah kerja di syarikat surat khabar. Selagi surat khabar terbit, selagi itulah kami bekerja. Jika nak cuti raya pun terpaksalah bergilir2. Jika ramai yang cuti nanti, alamatnya tak dapatlah kejar off stone. Kerja macam nak gila dibuatnya.
Sambil check page sambil itu  dengar takbir raya. Terasa sayu bila dengar takbir raya. Masa tulah teringat suami dan bapak yang sudah meninggal dunia. Anak2 pula dah ada di kampung dengan mak, bantu mak buat persiapan raya.
Selamat Hari Raya untuk semua.

Friday, August 26, 2011

AMBIL DAGING

JAM 4 petang dah keluar dari rumah. Walaupun masuk jam 6 petang, terpaksa keluar awal sebab nak ambil daging subsidi. Ada lima kilogram dengan harga RM50. RM40 lagi adalah subsidi daripada company. Nak tiba di office, jam teruk pula...n hampir jam 5 baru tiba di office. Pengambilan daging bermula jam 3 hingga 5 petang aje. Nak buat macan mana...nasib baik dah call PA - Aida. Suruh dia ambil daging untuk aku n teman aku.
Aku simpan dalam peti sejuk di bilik pantri. Walaupun ketika buka peti sejuk, ia penuh daging milik rakan2 lain, aku menyusunnya dengan betul. Akhirnya daging milik aku dan teman dapat disimpan dalam peti sejuk sehingga aku habis kerja.
Jika tengok keadaan dalam peti sejuk itu, memang tak dinafikan tak boleh boleh muat daging 10 kilo itu. Aku keluarkan semua daging itu dan akhirnya boleh muat. Gembiranya hati aku...Khuatir juga jika daging busuk.
Company aku memang akan beri subsidi kepada semua staffnya jika musim perayaan. Bagi warga Cina, akan dapat limau, warga Melayu, daging lembu, warga India - daging kambing n begitu juga dengan mereka yang sambut Chrismas.
Dah save duit juga kan...beli daging lima kilo.

Tuesday, August 23, 2011

HUJAN LEBAT

SELEPAS aje bangun sahur jam 5 pagi, aku dan ingatkan sibongsu supaya  terus bersiap-siap. Yalah nak hantar sibongsu  balik ke asrama di Seremban. Akhirnya jam 6.15 pagi, aku bertolak dari rumah. Aku beranggapan sebelum jam 7.30 pagi boleh tiba di sekolah. Takut nanti anak aku terlewat attend class. Bagaimanapun, keluar aje tol Batu Tiga, hujan mula turun dan semakin lebat. Macam mana nak pandu laju2 n kenderaan pula banyak. Khuatir pula berlaku kejadiaan tak diingini.
Jam 7.40 pagi aku tiba di sekolah...n selepas tu terus pulang. Hujan masih lagi turun. Aku terus ke RnR Dengkil untuk isi minyak. Kepala aku mulai sakit kena hujan n tak cukup tidur. Rasa nak muntah pun ada juga.
Aku tiba di rumah jam 9 pagi n terus call anak perempuan ketiga. Maklumkan supaya bersiap2 sbb classnya bermula jam 10 pagi. Rupanya baru bangun tidur n aku malas nak naik ke tingkat 12 lalu aku tunggu di parking. Aku sempat tertidur dalam kereta n hanya tersedar apabila dikejutkan anak. Rupanya dah 9.35am n aku terus menghantar anak ke MSU.
Selepas hantar kak chik, aku balik ke rumah, tidur sekejap sbb sebelum jam 12 tengah hari, kena hantar kakak pula. Class kakak sejam aje.
Masa menghantar kakak, aku tak pulang ke rumah....duduk dalam kereta dan tidur di parking Tesco. Memang kepala aku sakit tidak tertahan n rasa nak muntah...
Nasib baiklah kak chik, classnya hingga jam 1 tengah hari, aku mintanya beli mihun dan goreng mihun aje untuk berbuka. Aku perlu tidur untuk elak pening aku berlarutan...

SUNWAY PIRAMID

BANGUN aje sahur, anak bongsuku dah bertanya, ibu ada ke mana-mana tak.
Aku bertanya "kenapa dik"
Adik: Adik ingat nak ajak ibu shopping baju raya adik di Sunway Piramid.
Aku: Hmmmm.....kakak ada class  sejam aje. Lepas ambil kakak boleh ke Sunway Piramid. Kak ngah tak ada class n kak chik ada class hingga petang. Oklah macam tu. Kakak habis class jam 10 pagi, so bolehlah terus pergi. Make sure adik bangun awal pagi nanti.
Akhirnya jam 10.30 pagi, barulah aku bertolak ke Sunway Piramid. Tak susah nak dapatkan parking sebab banyak parking kosong. Aku terus berlegar-legar ke setiap kedai untuk mencari baju, jeans n kasut.
Penat juga berjalan di shopping mall Sunway Piramid sebab besar n terlalu banyak kedai. Kaki aku mulalah sakit dan berdenyut2...
Beberapa kedai disinggah dan akhirnya beberapa helai baju n seluar jeans dibeli. Cuma nak beli kasut aje tidak kesampaian sebab anak aku kata, tiada size untuknya.
Masa anak aku mencari-cari kasut, aku mengambil keputusan duduk berehat di tingkat atas shopping berkenaan. Dah tak larat nak jalan. Anakku dan kakaknya berjalan - itupun hanya satu tingkat aje untuk mencari kasut.
Ketika duduk menunggu kerana penat, aku sempat sms anak keduaku yang berada di rumah supaya masak apa saja untuk berbuka puasa. Khuatir aku tak sempat nanti n tak dapat pula bawa bekal.
Memang penat dibuatnya. Sekurang2nya aku puas hati kerana baju dan seluar untuk raya untuk sibongsu dah beli.

Sunday, August 21, 2011

NASI AYAM PENYEK

DAH beberapa hari aku teringin nak makan nasi ayam penyek atau lebih dikenali sebagai nasi ayam Bujang Senang. Aku dah makan beberapa kali dengan anak aku di restoran berkenaan di pusat beli-belah Giant. Anak2 semuanya ada n aku buat keputusan untuk berbuka dengan nasi ayam penyek. Ketika aku datang, memang tak ramai orang sebab baru jam 6.30 petang. Aku order dulu supaya bila tiba time nak berbuka nasi tu dah siap. Lepas itu makin ramai yang datang n memenuhi restoran berkenaan.
Sebeblum itu kami lima beranak ke SACC dan Kompleks PKNS Shah Alam untuk mencari pakaian raya si bongsu. Nama aje gah - SACC tapi pakaian lelaki tak banyak dijual. Pening juga nak cari pakaian si bongsu ni. Yang prempuan semuanya dah siap. Cuma aku aje tak siap beli pakaian..duit dah habis.
Selepas round kesemua pusat beli-belah, aku buat keputusan ke Gianat Seksyen 13 Shah Alam. Round2 nak buat survey beli pakaian si bongsu. Akhirnya dapatlah sehelai jeans n T-shirt.
Aku beritahu anak aku, Sabtu depan balik Melaka, bolehlah ke Mahkota Parade or Dataran Pahlawan untuk cari baju lagi...Sukar juga nak cari pakaian untuk lelaki sebab tak banyak pilihan. Nak ke Mid Valley, aku tak sanggup. Nak cari parking di SACC pun terpaksa beratur lama sbb parking penuh. Apa lagi ke Mid Valley

Friday, August 19, 2011

LETIHNYA...

LETIHNYA...tak boleh tahan. Semalam, pagi-pagi lagi aku ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Seksyen 9 Shah Alam untuk mengambil MyKad anak bongsu aku. MyKadnya hilang semasa mengikuti perkhemahan di Seremban. JPN diberi masa 10 hari untuk siapkan, aku hanya dapat mengambilnya, semalam aje.
Memandangkan orang tidak ramai, aku membuat keputusan menukarkan MyKad aku berikutan chipnya rosak. Ingatkan boleh siap dalam tempoh dua jam seperti di JPN Melaka, rupanya dalam masa 10 hari. Aku tak berkesempatan nak buat di Melaka, so buat keputusan buat di Shah Alam aje. Urusannya tak lama.
Than aku buat keputusan pulang ke rumah, berehat sebab penat sgt dan keluarkan ikan serta ayam untuk menggorengnya pada jam 2 petang nanti. Aku baru aje nak landing di atas katil, tiba-tiba terima call dari si bongsu beritahu dia dibenarkan pulang ke rumah sbb sakit mata.
Wah du....belum dapat rehat n mata pula ngantuk sgt. Aku buat keputusan jam 11.30 am untuk ke Seremban. Ketika drive memang mengantuk sangat n terpaksa berhati2 ketika memandu. Akhirnya aku tiba di Saser. Ketika menunggu anak, aku sempat tidur dalam kereta. Lama juga nak tunggu urusan balik kampung kerana sakit.
Anak sulung aku pula ada di rumah kawannya di Pangsapuri Perdana Seksyen 13. Nak kena ambil lagi. Ya Allah...penatnya aku. Selepas mengambil anak sulung aku terus ke rumah. Cepat-cepat memasak. Bayangkan dah jam 3 petang. Jam 4 nak kena pergi office...
Aku masak lauk simple aje sbb nak bawa bekal berbuka. Masak tumis telur n kentang dan isi ayam sos tiram. Kerja kelam-kabut dibuatnya. Nasib baik le aku jenis buat kerja cepat....memang le penat.
Aku tiba di office jam 4.30 petang n terus ke Koperasi NSTP. Ambil roadtax n covernot insurans motor anak aku di kampung. Semua ti dah siap seminggu lalu, hanya kesempatan ambil pada hari khamis sebab masuk kerja jam 5 petang.
Lepas itu, mulalah bekerja....Dah terlalu penat, aku rasa tak bermaya. Depan pc pun aku rasa nak tidur. Penat dan mengantuk, itulah yang terjadi kepada diri aku.
Jam 12 tengah malam, aku buat keputusan pulang ke rumah. Tiba di rumah terus tidur sbb terlalu mengantuk.

Wednesday, August 17, 2011

NAK BELI BAJU RAYA

HARI ini Selangor cuti sebab Nuzul al-Quran. Aku dengan dua anak perempuan buat keputusan untuk ke Kompleks PKNS untuk membeli baju raya. Ya Allah, ramainya n parking kereta pun susah. Akhirnya aku masuk ke parking yang agak jauh sikit. Kena bayar RM2 n terus ke kompleks. Bila masuk aje ke situ, dah ramai orang. Macam mana nak beli  n tengok pakaian yang disukai.
Pening dibuatnya bila terlalu ramai orang. Aku naik ke tingkat atas dan pergi ke sebuah kedai menjual seluar jeans. Dah lama tak beli jeans. Anak2 juga nak beli jeans. Akhirnya aku beli dua seluar jeans.
Baju raya kedua masih tak ada lagi. Malas nak ke setiap kedai....orang berpusu-pusu membeli baju. Akhirnya aku membuat keputusan pulang aje ke rumah. Ketika nak pulang ke rumah, anak aku tercium bau muffin.
"Macam muffin ibu buat aje' kata anakku. Balik nanti ibu buatlah muffin, boleh akim bawa ke rumah kawan akim. Akhirnya aku buatlah muffin n dapatlah dalam 24 biji. Banyak juga tu. 10 biji dibawa ke rumah kawannya di Klang, tiga biji aku bawa ke office untuk berbuka puasa n balance lagi ada di rumah. Manalah tahu jika ketiga2 anak perempuan aku nak makan muffin...

BERBUKA DI RUMAH

SEMALAM, memang hari paling sibuk. Anak kedua aku adakan majlis berbuka puasa dengan rakan2 ahli silat gayung di rumah aku. Ramai pula nak berbuka di rumah aku. Dah lah kelengkapan di rumah itu ala kadar aje..So aku ke Tesco membeli mee n kuey tiaw untuk digoreng. Anak aku pula nak buat kek biskut marie.
Aku memang tak sempat nak masak. Cuma siapkan perkakas untuk memasak  supaya senang anak aku memasaknya kelak. Segala ramuannya dah aku sediakan. Yang paling bestnya...pada mula 12 atau 15 orang nak datang...tiba-tiba anak dapat call ada 20 orang nak datang. Parah juga dibuatnya.
Aku masak masak nasi n minta anak ketiga aku buat nasi goreng cina. Yalah untuk tambah menu hidangan berbuka puasa. Anak ketiga aku juga buat kuey tiaw goreng manakala anak kedua buat mee kari.
Aku risau juga jika majlis berbuka puasa tidak berjalan lancar. Apa-apa semuanya ok.
Selepas berbuka puasa, ahli silat gayung ni memulakan memasak bubur ayam untuk dihantar ke rumah orang-orang tua seri kenangan di Cheras.
Segala ramuan untuk orang2 tua itu disediakan mereka dan dimasak oleh mereka untuk bersahur. Bayangkan dengan 20 orang dalam rumah tanpa orang tua di rumah. Haru biru jadinya. Surelah bising rumah berkenaan. Akhirnya hampir jam 1 barulah selesai juadah yang dimasak untuk 150 orang itu. Bubur ayam itu kemudiannya dibawa ke MSU n mereka menaiki bas ke Cheras.

HAMPIR SEMINGGU TAK TULIS BLOG

HAMPIR seminggu aku tak menulis blog. Bukannya apa, bz teramat sangat. Memang tak nak ketinggalan menulis blog setiap hari walaupun belum ada ramai yang membaca atau memberi comment blog ni. Yalah masih barukan..Tak tahu bagaimana nak cari cari publisiti mereka membaca blog ni...
Aku kena buat perlahan2 n maybe mengambil masa untuk seseorang itu membaca blog. Yalah blog yang belum popular. Cuma kisah harian dan maybe tidak menarik langsung. Tambahan pula tiada gambar diselitkan dalam blog ni.

Thursday, August 11, 2011

Bayar insurans motor n roadtax

HARI ni aku keluar awal ke office. Jam 4 petang sudah keluar dari rumah. Memang terkocoh2 siapkan juadah berbuka puasa untuk anak2 n bekalan aku ke office. Aku hanya masak tumis air kentang telur dan sambal ikan bawal. Sempat juga goreng labu ...
Pada masa yang sama nak iron pakaian ke office lagi. Hari ni tak jammed sbb aku keluar awal dari rumah. Jam 4.20 dah tiba di office. Aku terus ke pejabat koperasi NSTP untuk uruskan bayaran insurans dan roadtax motor. Yalah dah mati pada 5 Ogos lalu. Kasihan nanti jika tak renew semua tu. Bila balik kampung, anak aku sure naik motor. Jika tiada insurans n roadtax lagi bahayakan.
Aku bayar RM217.20 untuk semua tu menerusi cheque. Sekurang2nya dah settle insurans dan roadtax. Senang hati dibuatnya. Memanglah banyak pakai duit masa nak raya ni...
Walaupun offstone awal....jam 10 malam, aku tak boleh nak pulang awal. Yalah sejak naik pangkat, tak kan nak pulang awal. Kena pulang jam 12.30 tengah malam. Adui...penat juga nak tunggu hgga jam begitu. Nak buat mcm mana...

Wednesday, August 10, 2011

Pam tayar

PAGI semalam, aku ke stesen minyak Esso nak pam tayar kereta sebelum hantar kak cik ke MSU. Classnya bermula jam 10 pagi. So kiranya sempatlah lagi nak pam tayar. Yalah stesen minyak depan rumah aje. Kak chik terus pam tayar namun meternya asyik menunjukkan error n tayar makin lama makin kempis. Aku jadi panik.
Aku kemudiannya meminta seorang pemandu lori untuk mengepam tayar kereta aku. Namun masih menunjukkan error n angin makin kempis hingga tiada angin langsung. Aku bertambah geran n bertanya kepada seorang pekerja Bangla di stesen itu.
Punya le bangangnya pekerja tu...dah le tak faham apa yang aku cakap n asyik bantai tak tahu aje. Aku memang bertambah geram. Ketiga-tiga pekeja Bangla di situ memang tak boleh harap. Mereka kemudiannya mendakwa tempat pam tayar itu rosak. Masa aku nak pam tayar, tiada pun sign board mengatakan tempat tu rosak.
Pekerja Bangla itu kemudiannya mengambil kertas tertera 'rosak' n tampal semula pada tempat pam berkenaan. Tak sampai beberapa saat kertas itu melayang. Yang aku geram, tayar kereta aku dah kempism, mcm mana nak jalan...
Kemudian aku berjumpa kerani di stesen itu memaklumkan apa yang terjadi. Kerani itu kemudiannya memanggil bossnya dan menerangkan apa yang berlaku.
Aku kata 'tayar aku masih ada angin lagi bila nak ke sini. Bila pam, tayar makin berkurangan. Macam mana aku nak memandu n hantar anak ke MSU. Aku beritahu pemilik stesen itu, aku dah beritahu pekerjanya tapi mereka buat tak tahu n beritahu alat itu rosak. Sekurang2nya aku nak tahu apa alternatif yang boleh mereka bantu aku.
Pemilik stesen itu akhirnya mengepam tayar kereta aku. Aku beritahu sekurang2 meningkat sikit pun tak apa. Yang penting aku boleh memandu ke stesen berdekatan untuk mengepam tayar itu semula.
Berpeluh-peluh pemilik stesen itu mengepam tayar aku. Dan dia juga berkali-kali minta maaf. Aku kata, sepatutnya cabut aje hoss itu supaya tidak ada orang lain lagi jadi mangsa. Jika letak kertas bertulis 'rosak' pun hilang dalam beberapa minit.
Pemilik itu kemudiaany mengarahkan pekerjanya mencabut hoss berkenaan buat sementara waktu sehingga ia diperbaiki. Dari apartment aku, aku boleh melihat kenderaan yang mengepam tayar di situ atau tidak.
Macam2 dugaan dalam puasa ni...akhirnya anak aku lewat ke class. Jam 10.30 tiba baru nak belajar...

Monday, August 8, 2011

Belajar buat puding roti

JAM 11 pagi  tadi, aku ke Tesco. Nak beli barangan dapur termasuk ikan dan ayam. Dah beli barangan banyak, masalah nak bawa ke tingkat 12. Nasib baik ada beg Tesco - Green Beg, boleh sumbat semua barangan dalam beg berkenaan. Jika tak parah juga dibuatnya.
Setiba di rumah terus kemaskan barangan berkenaan n membersihkan ayam, ikan dan udang. Pening juga memikirkan apa nak buat waktu berbuka. So, buat keputusan buat sambal udang n goreng ikan bilis bercampur bawang.
Terasa pula nak buat puding roti pelangi. So buatlah puding sambil memasak dan akhirnya jam 5 petang, puding itu dah kerasn n boleh dipotong untuk dibawa ke office. Bila kakak tengok aku buat puding roti, suka hatinya sbb dah lama tak makan puding. Sepatutnya ada warna pelangi tetapi disebabkan tiada esen berwarna- warni, aku masukkan esin berperisa coklat aje. Yang penting puding roti pelangi akhirnya bertukar menjadi puding roti coklat. Sedap juga rasanya walaupun baru pertama kali aku buat puding roti begitu.
Walaupun bawa bekal sambal n ikan bilis, tapi tak sempat nak makan bekalan berkenaan sbb bank Islam membuat majlis berbuka puasa di office. So berbuka dengan lauk-pauk Bank Islam aje. Yang bestnya ada daging kambing bakar. Itu sebenarnya yang aku nak makan.
Puding roti coklat aku makan  n beri pada kawan2. Sedap juga rasanya walaupun kali pertama aku buat. Jika ada masukkan puding roti berkenaan dalam fridge tentu sedap lagi rasanya. Yalah...sejuk. Kawan2 aku juga memuji kesedapan puding berkenaan.

Beli makanan di luar

HARI Ahad merupakan kali pertama aku terpaksa membeli makanan di bazar Ramadan. Ini kerana aku bertolak pulang dari Melaka ke Subang Jaya jam 3 petang. Sebelum itu, aku ke bawa anak ke pusat beli-belah untuk shopping raya. Biasalah anak2 perempuan bila beli baju raya, lama sikit nak buat pemilihan. Aku sampai di rumah mak, hampir jam 3 petang. Bergegas siap itu dan ini utk pulang ke Subang Jaya.
Aku jempat juga memetik buah rambutan gading. Ketika petik buah rambutan, habis dihurungi semut. Aku tak kira semua tu..asalkan beg Tesco penuh dengan buah rambutan untuk dibawa ke office,
Setibanya di Seremban highway, kereta banyak sebab ada accident. Aduh!..penatnya aku...dan nak kejar masa ke office lagi n aku pula ngantuk. Setibanya di RnR Dengkil, aku terpaksa tidur sekejap sbb terlalu letih n penat. Bayangkan pada malam Sabtu tu aku ke JJ di Bandar Melaka  beli baju raya anak.
Sekali beli makan di bazar Ramadan untuk empat orang, habis RM20. Itupun hanya beli empat nasi ayam, air tebu n kuih karipap. Bayangkan jika hari2 beli makanan di Bazar Ramadan, Sahur kena masak juga. Jika RM20 itu aku boleh beli ayam n ikan untuk dua hari. Kan safe budget. Disebabkan terdesak, aku terpaksalah beli kerana bila tiba di rumah tak sempat nak masak.
Sebelah malamnya, anak kedua aku masak ayam kicap untuk bersahur. Tak adalah penat bila balik dari office jam 2 pagi n masak lagi. Syukur alhamdulillah...anak2 aku dah pandai memasak. Yang penting di dapur n fridge cukup bahan untuk memasak.

Friday, August 5, 2011

Aduhai cimmot

HARI ini dah masuk kali ketiga kucing aku, Cimmot buat hal. Dia nak terjun bangunan n nasib baik anak aku dapat tangkapnya. Jika tak dah tentu mati terjatuh dari tingkat 12. Agaknya dia dah jemu duduk terkurung dalam rumah n ingin melihat dunia luar. Yalah, dalam rumah asyik tengok aku anak beranak aje. Semua perempuan dan cimmot pula adalah kucing betina.
Yang peliknya, cimmot naik ke pagar jendela untuk melihat ke luar bangunan. Bayangkan jika dia tergelincir dan terus terjatuh. Ya Allah, aku tak boleh bayangkan apa akan terjadi kepada cimmot.
Aku beritahu kepada anak untuk membawanya pulang ke Melaka esok tapi anakku dah merajuk. Aku beritahu biar kucing itu ada di kampung untuk beberapa hari atau selama bulan ramadan ni tapi anak aku tak mahu.
Kasihan juga melihat cimmot...Maybe jiwanya tertekan n sebab tu dia suka mencakar kami dan bertindak di luar batasan.

Moreh

RASANYA dalam bulan Ramadan ni, berat aku akan bertambah. Apa ke tidaknya, setiap staff di bahagian sub Harian Metro akan membawa makanan untuk moreh. So, dah ada jadual siapa yang akan membawa makanan setiap hari. Tak kira boss atau staff, masing2 akan membawa makanan. Boss pula jika tak berkesempatan membawa makanan akan memberi wang kepada staffnya untuk membuat atau membeli makanan.
Ketika berbuka dah makan nasi, lepas jam tu kuih-muih akan dihidangkan. Sesiapa yang berminat nak makan, boleh le makan. Masalahnya, walaupun dah kenyang, jika tengok makanan, rasa nak makan lagi. Itulah berat badan tidak akan berkurangan walaupun dalam bulan puasa.
Nak buat senaman - naik turun tangga di apartment tu rasanya tak larat dibuatnya. Yalah dalam bulan Ramadan, jika tak, oklah lagi.

Wednesday, August 3, 2011

Sibuk

BEBERAPA hari ramadannya agak sibuk juga. Yalah, kena masak awal  sebab  nak bawa bekal berbuka puasa di office. Bukannya tak nak berbuka di surau, tapi kasihan warga tetap yang selalu berbuka di surau. Kadang2 makanan tak cukup, biarlah aku membawa bekal. Lagipun dah biasa sejak kerja petang tiga tahun lalu.
Memang beberapa hari ni terasa letih sangat. Hari Isnin kena hantar anak balik asrama dan terkejar2 nak masak. Hari ini barulah rasa ok sikit. Dapat rehat n tidur secukupnya. Maybe penat sgt sbb asyik driving aje since Saturday hingga Isnin. Jika ke ofice, memang perkara biasa. Kl ke Melaka than ke Seremban, manalah tak penat.
Anak2 pula ssdg bz exam. Tak boleh nak kacau mereka. Biarlah mereka study n beri tumpuan kepada exam dulu.
Hari ni masak dalca telur aje.... Masak lauk paling simple.

Monday, August 1, 2011

Ramadan

HARI ini adalah hari pertama ramadan.  Jam 4.30 pagi, anak dah kejutkan aku supaya bangun bersahur sedangkan aku kunci jam pada 5 pagi. Tak ada apa nak dimasak sbb lauk pauk semuanya ada. Cuma panaskan aje. Jam 10.30 pagi, aku ke Tesco untuk membeli ayam, ikan dan sayur untuk masak untuk berbuka. Kena masak awal sbb nak hantar anak balik asrama.
Aku masak  sup ayam n buat kerabu mangga aje. Si bongsu nak sup ayam...so bolehlah dia bawa pulang ke asrama ...makan waktu berbuka nanti.
Aku buat kerja masak dengan segera sbb jam 3.30 petang perlu hantar di bongsu. Akhirnya aku tiba di Saser, jam 4.30 petang. Banyak juga kereta di lebuh raya dan ada pula accident. Lepas hantar anak ke Saser, aku bergegas pula ke office.
Memang penat bila sampai di office. Terasa sakit seluruh badan dibuatnya. Aku dalam bulan Ramadan, memang suka bawa bekal dari untuk berbuka. Jimat sikit sbb dah masak di rumah.