BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 23, 2011

SUNWAY PIRAMID

BANGUN aje sahur, anak bongsuku dah bertanya, ibu ada ke mana-mana tak.
Aku bertanya "kenapa dik"
Adik: Adik ingat nak ajak ibu shopping baju raya adik di Sunway Piramid.
Aku: Hmmmm.....kakak ada class  sejam aje. Lepas ambil kakak boleh ke Sunway Piramid. Kak ngah tak ada class n kak chik ada class hingga petang. Oklah macam tu. Kakak habis class jam 10 pagi, so bolehlah terus pergi. Make sure adik bangun awal pagi nanti.
Akhirnya jam 10.30 pagi, barulah aku bertolak ke Sunway Piramid. Tak susah nak dapatkan parking sebab banyak parking kosong. Aku terus berlegar-legar ke setiap kedai untuk mencari baju, jeans n kasut.
Penat juga berjalan di shopping mall Sunway Piramid sebab besar n terlalu banyak kedai. Kaki aku mulalah sakit dan berdenyut2...
Beberapa kedai disinggah dan akhirnya beberapa helai baju n seluar jeans dibeli. Cuma nak beli kasut aje tidak kesampaian sebab anak aku kata, tiada size untuknya.
Masa anak aku mencari-cari kasut, aku mengambil keputusan duduk berehat di tingkat atas shopping berkenaan. Dah tak larat nak jalan. Anakku dan kakaknya berjalan - itupun hanya satu tingkat aje untuk mencari kasut.
Ketika duduk menunggu kerana penat, aku sempat sms anak keduaku yang berada di rumah supaya masak apa saja untuk berbuka puasa. Khuatir aku tak sempat nanti n tak dapat pula bawa bekal.
Memang penat dibuatnya. Sekurang2nya aku puas hati kerana baju dan seluar untuk raya untuk sibongsu dah beli.

0 comments: