SELEPAS aje bangun sahur jam 5 pagi, aku dan ingatkan sibongsu supaya terus bersiap-siap. Yalah nak hantar sibongsu balik ke asrama di Seremban. Akhirnya jam 6.15 pagi, aku bertolak dari rumah. Aku beranggapan sebelum jam 7.30 pagi boleh tiba di sekolah. Takut nanti anak aku terlewat attend class. Bagaimanapun, keluar aje tol Batu Tiga, hujan mula turun dan semakin lebat. Macam mana nak pandu laju2 n kenderaan pula banyak. Khuatir pula berlaku kejadiaan tak diingini.
Jam 7.40 pagi aku tiba di sekolah...n selepas tu terus pulang. Hujan masih lagi turun. Aku terus ke RnR Dengkil untuk isi minyak. Kepala aku mulai sakit kena hujan n tak cukup tidur. Rasa nak muntah pun ada juga.
Aku tiba di rumah jam 9 pagi n terus call anak perempuan ketiga. Maklumkan supaya bersiap2 sbb classnya bermula jam 10 pagi. Rupanya baru bangun tidur n aku malas nak naik ke tingkat 12 lalu aku tunggu di parking. Aku sempat tertidur dalam kereta n hanya tersedar apabila dikejutkan anak. Rupanya dah 9.35am n aku terus menghantar anak ke MSU.
Selepas hantar kak chik, aku balik ke rumah, tidur sekejap sbb sebelum jam 12 tengah hari, kena hantar kakak pula. Class kakak sejam aje.
Masa menghantar kakak, aku tak pulang ke rumah....duduk dalam kereta dan tidur di parking Tesco. Memang kepala aku sakit tidak tertahan n rasa nak muntah...
Nasib baiklah kak chik, classnya hingga jam 1 tengah hari, aku mintanya beli mihun dan goreng mihun aje untuk berbuka. Aku perlu tidur untuk elak pening aku berlarutan...
0 comments:
Post a Comment