SEMALAM, memang hari paling sibuk. Anak kedua aku adakan majlis berbuka puasa dengan rakan2 ahli silat gayung di rumah aku. Ramai pula nak berbuka di rumah aku. Dah lah kelengkapan di rumah itu ala kadar aje..So aku ke Tesco membeli mee n kuey tiaw untuk digoreng. Anak aku pula nak buat kek biskut marie.
Aku memang tak sempat nak masak. Cuma siapkan perkakas untuk memasak supaya senang anak aku memasaknya kelak. Segala ramuannya dah aku sediakan. Yang paling bestnya...pada mula 12 atau 15 orang nak datang...tiba-tiba anak dapat call ada 20 orang nak datang. Parah juga dibuatnya.
Aku masak masak nasi n minta anak ketiga aku buat nasi goreng cina. Yalah untuk tambah menu hidangan berbuka puasa. Anak ketiga aku juga buat kuey tiaw goreng manakala anak kedua buat mee kari.
Aku risau juga jika majlis berbuka puasa tidak berjalan lancar. Apa-apa semuanya ok.
Selepas berbuka puasa, ahli silat gayung ni memulakan memasak bubur ayam untuk dihantar ke rumah orang-orang tua seri kenangan di Cheras.
Segala ramuan untuk orang2 tua itu disediakan mereka dan dimasak oleh mereka untuk bersahur. Bayangkan dengan 20 orang dalam rumah tanpa orang tua di rumah. Haru biru jadinya. Surelah bising rumah berkenaan. Akhirnya hampir jam 1 barulah selesai juadah yang dimasak untuk 150 orang itu. Bubur ayam itu kemudiannya dibawa ke MSU n mereka menaiki bas ke Cheras.

0 comments:
Post a Comment