BEBERAPA hari ramadannya agak sibuk juga. Yalah, kena masak awal sebab nak bawa bekal berbuka puasa di office. Bukannya tak nak berbuka di surau, tapi kasihan warga tetap yang selalu berbuka di surau. Kadang2 makanan tak cukup, biarlah aku membawa bekal. Lagipun dah biasa sejak kerja petang tiga tahun lalu.
Memang beberapa hari ni terasa letih sangat. Hari Isnin kena hantar anak balik asrama dan terkejar2 nak masak. Hari ini barulah rasa ok sikit. Dapat rehat n tidur secukupnya. Maybe penat sgt sbb asyik driving aje since Saturday hingga Isnin. Jika ke ofice, memang perkara biasa. Kl ke Melaka than ke Seremban, manalah tak penat.
Anak2 pula ssdg bz exam. Tak boleh nak kacau mereka. Biarlah mereka study n beri tumpuan kepada exam dulu.
Hari ni masak dalca telur aje.... Masak lauk paling simple.
0 comments:
Post a Comment