BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 19, 2011

LETIHNYA...

LETIHNYA...tak boleh tahan. Semalam, pagi-pagi lagi aku ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Seksyen 9 Shah Alam untuk mengambil MyKad anak bongsu aku. MyKadnya hilang semasa mengikuti perkhemahan di Seremban. JPN diberi masa 10 hari untuk siapkan, aku hanya dapat mengambilnya, semalam aje.
Memandangkan orang tidak ramai, aku membuat keputusan menukarkan MyKad aku berikutan chipnya rosak. Ingatkan boleh siap dalam tempoh dua jam seperti di JPN Melaka, rupanya dalam masa 10 hari. Aku tak berkesempatan nak buat di Melaka, so buat keputusan buat di Shah Alam aje. Urusannya tak lama.
Than aku buat keputusan pulang ke rumah, berehat sebab penat sgt dan keluarkan ikan serta ayam untuk menggorengnya pada jam 2 petang nanti. Aku baru aje nak landing di atas katil, tiba-tiba terima call dari si bongsu beritahu dia dibenarkan pulang ke rumah sbb sakit mata.
Wah du....belum dapat rehat n mata pula ngantuk sgt. Aku buat keputusan jam 11.30 am untuk ke Seremban. Ketika drive memang mengantuk sangat n terpaksa berhati2 ketika memandu. Akhirnya aku tiba di Saser. Ketika menunggu anak, aku sempat tidur dalam kereta. Lama juga nak tunggu urusan balik kampung kerana sakit.
Anak sulung aku pula ada di rumah kawannya di Pangsapuri Perdana Seksyen 13. Nak kena ambil lagi. Ya Allah...penatnya aku. Selepas mengambil anak sulung aku terus ke rumah. Cepat-cepat memasak. Bayangkan dah jam 3 petang. Jam 4 nak kena pergi office...
Aku masak lauk simple aje sbb nak bawa bekal berbuka. Masak tumis telur n kentang dan isi ayam sos tiram. Kerja kelam-kabut dibuatnya. Nasib baik le aku jenis buat kerja cepat....memang le penat.
Aku tiba di office jam 4.30 petang n terus ke Koperasi NSTP. Ambil roadtax n covernot insurans motor anak aku di kampung. Semua ti dah siap seminggu lalu, hanya kesempatan ambil pada hari khamis sebab masuk kerja jam 5 petang.
Lepas itu, mulalah bekerja....Dah terlalu penat, aku rasa tak bermaya. Depan pc pun aku rasa nak tidur. Penat dan mengantuk, itulah yang terjadi kepada diri aku.
Jam 12 tengah malam, aku buat keputusan pulang ke rumah. Tiba di rumah terus tidur sbb terlalu mengantuk.

0 comments: