HARI Ahad merupakan kali pertama aku terpaksa membeli makanan di bazar Ramadan. Ini kerana aku bertolak pulang dari Melaka ke Subang Jaya jam 3 petang. Sebelum itu, aku ke bawa anak ke pusat beli-belah untuk shopping raya. Biasalah anak2 perempuan bila beli baju raya, lama sikit nak buat pemilihan. Aku sampai di rumah mak, hampir jam 3 petang. Bergegas siap itu dan ini utk pulang ke Subang Jaya.
Aku jempat juga memetik buah rambutan gading. Ketika petik buah rambutan, habis dihurungi semut. Aku tak kira semua tu..asalkan beg Tesco penuh dengan buah rambutan untuk dibawa ke office,
Setibanya di Seremban highway, kereta banyak sebab ada accident. Aduh!..penatnya aku...dan nak kejar masa ke office lagi n aku pula ngantuk. Setibanya di RnR Dengkil, aku terpaksa tidur sekejap sbb terlalu letih n penat. Bayangkan pada malam Sabtu tu aku ke JJ di Bandar Melaka beli baju raya anak.
Sekali beli makan di bazar Ramadan untuk empat orang, habis RM20. Itupun hanya beli empat nasi ayam, air tebu n kuih karipap. Bayangkan jika hari2 beli makanan di Bazar Ramadan, Sahur kena masak juga. Jika RM20 itu aku boleh beli ayam n ikan untuk dua hari. Kan safe budget. Disebabkan terdesak, aku terpaksalah beli kerana bila tiba di rumah tak sempat nak masak.
Sebelah malamnya, anak kedua aku masak ayam kicap untuk bersahur. Tak adalah penat bila balik dari office jam 2 pagi n masak lagi. Syukur alhamdulillah...anak2 aku dah pandai memasak. Yang penting di dapur n fridge cukup bahan untuk memasak.
0 comments:
Post a Comment