BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 21, 2011

NASI AYAM PENYEK

DAH beberapa hari aku teringin nak makan nasi ayam penyek atau lebih dikenali sebagai nasi ayam Bujang Senang. Aku dah makan beberapa kali dengan anak aku di restoran berkenaan di pusat beli-belah Giant. Anak2 semuanya ada n aku buat keputusan untuk berbuka dengan nasi ayam penyek. Ketika aku datang, memang tak ramai orang sebab baru jam 6.30 petang. Aku order dulu supaya bila tiba time nak berbuka nasi tu dah siap. Lepas itu makin ramai yang datang n memenuhi restoran berkenaan.
Sebeblum itu kami lima beranak ke SACC dan Kompleks PKNS Shah Alam untuk mencari pakaian raya si bongsu. Nama aje gah - SACC tapi pakaian lelaki tak banyak dijual. Pening juga nak cari pakaian si bongsu ni. Yang prempuan semuanya dah siap. Cuma aku aje tak siap beli pakaian..duit dah habis.
Selepas round kesemua pusat beli-belah, aku buat keputusan ke Gianat Seksyen 13 Shah Alam. Round2 nak buat survey beli pakaian si bongsu. Akhirnya dapatlah sehelai jeans n T-shirt.
Aku beritahu anak aku, Sabtu depan balik Melaka, bolehlah ke Mahkota Parade or Dataran Pahlawan untuk cari baju lagi...Sukar juga nak cari pakaian untuk lelaki sebab tak banyak pilihan. Nak ke Mid Valley, aku tak sanggup. Nak cari parking di SACC pun terpaksa beratur lama sbb parking penuh. Apa lagi ke Mid Valley

1 comments:

RahimHussin said...

tentu paling sedap sampai berbuka kat restoran tu..nak rasa juga...