AKU akhirnya berjaya minum air suam sebanyak tiga liter sehari. Nak kembung perut aku dibuatnya. Yang tak tahannya asyik ke toilet aje. Nasib baik bilik air tak berapa jauh dengan tempat duduk aku. Tapi jenuh juga, dah le nak ke toilet ke pakai access card. Agaknya jika di check setiap hari, nama aku terpampang asyik keluar masuk.Nak buat macam mana, gara-gara nak kurus, kenalah minum air suam banyak-banyak. Mengikut kajian minum air suam adalah elok untuk kesihatan. Satu lagi minum air banyak untuk awet muda dan untuk berdiet. Aku harap dapat minum air tiga liter ini selama sebulan. Nak juga tengok prestasi aku, adakah berat badan menurun atau sebaliknya. Bila minum suam, kita akan kenyang aje.
Thursday, December 27, 2012
Wednesday, December 26, 2012
PASAR MALAM
ANAK aku asyik nak beli ice-blend di pasar malam. Akhirnya tercapai juga mereka nak minum ice-blend. Nasib baik semalam, hari selasa dan ada pasar malam. So, sebelum balik ke Subang Jaya, aku membawa tiga anak perempuan aku ke pasar malam dan menyuruh mereka beli apa yang mereka minat. Untuk aku, aku minta kebab daging dan untuk mak aku, aku menyuruh mereka belikan keropok lekor dan kuih yang mak aku minati. Mak aku tak nak makanan lain sebab dah kenyang makan roti canai. Aku hanya tunggu di kereta aje. Selepas membeli segala makanan yang diminati empat beradik itu, aku pulang ke rumah mak. Than bergegas pulang ke Subang Jaya. Masa tu dah jam 8.45 malam dan akhirnya tiba di Subang Jaya jam 10.15 malam. Memang penat sangat n tidur awal sebab kerja hari ini.
Posted by masni at Wednesday, December 26, 2012 0 comments
KE TESCO
HARI Krismas, aku bersama mak dan tiga anak perempuan sempat memasak. Macam macam biasa, kari ayam, kobis goreng dan daging goreng kunyit. Kami makanlah berlima sahaja kerana anak bongsu aku tak dapat makan bersama sebab bekerja. Lepas makan tengah hari, aku buat keputusan nak ke Tesco nak beli barangan si bongsu. Kami kemudian round sekeliling Tesco dan beli apa yang patut. Selepas tu terus ke stesen minyak, sempat beli putu piring yang kami minat untuk minum petang. Sementara menunggu minum petang, aku sempat basuh kereta di rumah. Dah kotor sangat kereta aku. Hampir tiga minggu tak basuh. Aku minta anak ketiga aku tolong basuh tayar kereta dan aku basuh body kereta. Dah le buat senaman sikit n bakar kalori. Biasanya bila balik kampung, aku akan basuh kereta sendiri. Cuma sukar nak basuh kereta sendiri di apartment aje.
Posted by masni at Wednesday, December 26, 2012 0 comments
BALIK KAMPUNG
HARI Isnin lalu, lepas habis kerja jam 8 malam terus bergegas pulang ke Subang Jaya. Ambil anak-anak n terus pulang ke Melaka. Nasib baik perjalanan ok dan tidak jammmed. Jika tak parah juga dibuatnya. Akhirnya jam 10 malam tiba di di rumah mak di Melaka. Sampai di rumahnya, mak dan anak bongsu aku dan tidur. Awalnya mereka tidur. Yalah penat kan, semuanya bekerja. Anak kedua aku buat miss called barulah si bongsu bangun dan secara kebetulan mak aku bangun. Selepas bersalaman dan mencium mak dan anak bongsu aku, kami terus duduk di ruang tamu sambil berbual-bual. Yalah dah lama tak jumpa, hampir dua minggu. Hampir jam 12 tengah malam, kami buat keputusan nak tidur, dah ngantuk sangat dan letih. Anak bongsu aku sempat ambil handphone aku nak tengok zizan raja lawak mega. Di kampung dah tak ada astro, tu yang si bongsu bosan sangat. Tak ada line internent. Akhirnya aku paksa si bongsu tidur sebab dia nak kerja, masuk jam 9 pagi. Nanti lewat ke tempat kerja pula.
Posted by masni at Wednesday, December 26, 2012 0 comments
Tuesday, December 18, 2012
DAPAT TAWARAN KERJA
HARI Khamis ini, anak bongsu aku akan mula bekerja di wetworld Melaka di Ayer Keroh. Walaupun gajinya RM4 untuk sejam, namun dia menjangkakan akan menerima kira-kira RM1,000 sebulan. Apa yang aku ketahui, si bongsu kena jaga budak-budak yang mandi di situ. Ketika datang interview, boss di situ sempat stop sekejap perbualan apabila melihat anak aku datang dengan berjambang. Dia sempat berkata, boy tolong shave jambang. Kiranya, dia tak tengok pun resume anak aku dan terus menerimanya bekerja. Gaji dibayar dua minggu sekali. Anak aku diminta pakai T shirt berwarna putih dan berseluar pendek tiga suku. Aku tak kisah sangat dia nak kerja atau tidak, yang penting dia perlu menghabiskan belajar memandu dan menunggang motosikal. Itu sahaja. Sebenarnya dia boring duduk di rumah, so biarlah dia bekerja dan cari duit sendiri. Lagipun, dia pergi kerja dengan rakannya dan kerja dari jam 9 pagi hingga 7 malam pada cuti persekolahan dan hujung minggu manakala pada hari biasa dari jam 11 pagi hingga jam 7 malam. Yang penting, selepas malam dia ada di rumah.
Posted by masni at Tuesday, December 18, 2012 0 comments
LOAN DILULUSKAN
SYUKUR alhamdulillah akhirnya permohonan koperasi aku untuk membeli motosikal skuter sudah diluluskan. Aku sudah menandatangani perjanjian itu di Koperasi NSTP, semalam. Sekarang ini hanya menunggu syarikat motor call n suruh mengambil motosikal itu. Gembira anak ketiga aku apabila mendapat tahu permohonan itu sudah diluluskan. Kiranya sebelum bulan Januari sudah mendapat motor. Sekarang ini ibunya pula yang akan memikul tanggung jawab untuk menjelaskan hutang berkenaan selama tiga tahun. Jika ada duit, aku bayar lebih supaya tak perlu tunggu hingga tiga tahun. Habis cepat lagi bagus. Kiranya sekrang ini, aku mempunyai tiga buah motor. Siapa sangkakan. Semuanya berkat Allah yang maha kaya dan maha pengampun. Ada juga harta aku walaupun bukan jenis yang mahal. Tiga motor untuk tiga anak.
Posted by masni at Tuesday, December 18, 2012 0 comments
DAPAT LESEN L
ANAK bongsu aku dah lulus ujian komputer untuk mengambil lesen memandu kereta dan menunggang motosikal. Walaupun targetnya 50 tapi markah yang diterima adalah 46/50. Syukur alhamdulillah....Kadang-kadang ramai yang tidak lulus ujian komputer ini. Si bongsu juga sempat duduk ujian amali motosikal dan kiranya dia sudah mempunyai pemegang Lesen L. Kini dia terpaksa menunggu sebulan untuk mempelajari cara memandu kereta dan menunggang motosikal. Walaupun dah tahu menunggang motosikal, kena juga ikut aturan yang ditetapkan JPJ. Yang penting dapat lesen betul. Masa inilah yang perlu digunakan untuk mengambil kedua-dua lesen itu. Jika dah melanjutkan pelajaran, dah sukar untuk mengambil lesen berkenaan. Bila dapat lesen L, ini bermakna, hanya dia seorang sahaja yang boleh menunggang motosikal.
Posted by masni at Tuesday, December 18, 2012 0 comments
Friday, December 14, 2012
AVON MASTERCOOK
AKU ke Avon di Kompleks PKNS Shah Alam nak ambil barangan yang pesan menerusi SMS sebelum ni. Adik aku yang ikut serta memberitahu dia ada membeli dua kuali Avon, iaitu Avon MasterCook Wok berharga RM209.90 dan Avon MasterCook berharga RM189.90. Yang bestnya tentang kuali itu, ia menjimatkan masa, tenaga dan membuka selera. Selain itu, fungsinya selamat, menyihatkan, mudah dibersihkan, tidak melekat dan masak tanpa minyak. Sebenarnya aku juga membelinya selepas ada potongan 20 peratus. Akhirnya dapat juga kuali yang aku idam-idamkan. Dalam kuali itu ia menggunakan marble dan hanya perlu guna senduk kayu atau plastik saja. Balik aje dari Avon, aku terus ke Giant untuk membeli jagung buat pop corn. Apa lagi, anak kedua aku cuba buat pop corn guna kuali mastercook wok dan akhirnya respi itu berjaya. Tak perlu beli pop corn sebab dah tahu buat sendiri. Sebenarnya mudah buat pop corn. Kiranya, barang dapur berkualiti tinggi banyak aku beli di Avon. Tak sia-sia jadi ahli Avon. Sebelum ini sudah ada kuali besar dan pemanggang ajaib. Belilah sikit-sikit n bila balik ke Melaka selepas bersara nanti, tak perlu nak beli banyak barangan. Lagipun boleh aku gunakan untuk memasak.
Posted by masni at Friday, December 14, 2012 0 comments
BELI MOTOR
AKU ke kedai motor pada Selasa lalu di Bangsar. Macam biasa, nak tengok skuter untuk anak ketiga aku. Aku pergi bersama dua anak perempuan aku kerana anak ketiga aku yang sepatutnya melihat motor tu tak dapat ikut kerana diajak oleh kawannya untuk attend family day keluarga kawannya di Morib. So apa-apa urusan pembelian diserahkan kepada anak kedua saja. Akhirnya aku sampai di kedai berkenaan, dekat sahaja dengan office aku. Ada dua jenis skuter, besar dan kecil. Anak ketiga nak skuter icon tapi pekerja di kedai itu memberitahu skuter begitu dah tiada. So tengok punya tengok, ada skuter, saiznya pun tak besar sangat dan sesuai untuk anak aku. Skuter tu berharga RM5500 termasuk pelbagai aksesori tambahan, insurans, plat dan roadtax. Yang diberi percuma hanya baju hujan dan helmet. Aku terus setuju dan minta quatation kerana membelinya menerusi koperasi NSTP. Mana ada duit nak beli cash.Semua borang buat loan untuk pembelian motor sudah aku serahkan kepada koperasi. Perlu tunggu dua minggu untuk kekelusan dan dapatlah skuter tu. Senanglah anak ketiga aku ke class n tak perlu tunggu aku ambil dan hantarnya. Anak kedua dah ada motor. Si bongsu pula, nak motor yang ada di Melaka tu.
Posted by masni at Friday, December 14, 2012 0 comments
CUTI TIGA HARI
BULAN Disember ini aku hanya dapat bercuti tiga hari sahaja. Sebenarnya balance cuti aku pada tahun 2011 ada lapan hari tapi dapat ambil tiga hari aje.Nak buat macam mana, angkara revamp terpaksalah berkorban. Aku sepatutnya bercuti hari Ahad, Isnin dan Selasa tetapi disebabkan hari Isnin ada briefing mengenai revamp, aku tangguhkan cuti aku dan sambung semula pada hari Rabu. Yang penting dapat cuti tiga hari. Jika balance lima hari itu nak burn, burnlah...Walaupun cuti tiga hari tak banyak dapat aku lakukan dan yang bestnya dapatlah berehat di rumah, memasak dan buat kerja yang sepatutnya. Cuti pada hari ahad, dah satu hari aku spend masa di Melaka. Tinggal lagi dua hari. Bayangkan apa dapat ku buat.
Posted by masni at Friday, December 14, 2012 0 comments
BALIK KAMPUNG
PETANG Sabtu lalu, aku pulang ke Melaka lima beranak. Memang jammed teruk tapi nak buat macam mana. Aku pulang ke kampung petang sebab menunggu anak kedua aku habis kerjanya, jam 3.30 petang. Macam-macam barang aku bawa pulang kebanyakan baju dan buku anak bongsu aku. Penuh juga but kereta aku dan nasib baik juga but kereta besar. Dengan beg besar, macam nak pergi oversea dibuatnya. Hampir jam 6 petang, barulah aku tiba di Melaka. Mak aku gembira melihat kami anak beranak balik. Apa taknya, anak bongsu aku akan menemannya di rumah itu sehingga menunggu keputusan peperiksaan SPM keluar. Pada masa yang sama, anak bongsu aku boleh mengambil lesen kereta dan motor. Aku bernasib baik pada hari Ahad tu, aku bercuti. So bolehlah balik lambat sikit. Dapat petik rambutan dan jumpa dua lagi adik perempuan yang datang ke rumah mak aku. Adik perempuan kedua di Melaka tu dah lama tak jumpa dan adik perempuan ketiga pula, ada family day sebelah suaminya di Pengkalan Balak. So kiranya, makan tengah hari tu, ramailah kami.
Posted by masni at Friday, December 14, 2012 0 comments
Thursday, December 6, 2012
BELAJAR KERETA, MOTOR
ANAK bongsu aku paling gembira apabila hari Ahad ini dah boleh dengar ceramah untuk belajar memandu kereta dan menunggang motor. Sebenarnya dia dah tak sabar lagi nak belajar semua tu. Yalah exam dah habis dan sudah rehat hampir 10 hari. So inilah peluang untuk belajar memandu dan menunggang motor. Anak ketiga aku dah call cikgu yang mengajarnya driving sebelum ini. Kiranya, hari Sabtu ini kena pulang kampung dan perlu membayar pendahaluan RM200 untuk belajar mengikuti kursus bagi kedua-dua itu. Kiranya aku spend hampir RM1,000 bagi belajar kereta dan motor. Jika di KL, belajar kereta aje membabitkan RM1,000. Sebab tu aku hantar anak aku pulang ke kampung dan secara tak langsung boleh menjaga mak aku.
Posted by masni at Thursday, December 06, 2012 0 comments
MENTOL KERETA TAK MENYALA
LAMPU kereta tak menyala. Dah beberapa hari aku terpaksa menghadapi masalah tu. Hanya sebelah aje yang menyala. Berbahaya juga. Akhirnya tadi aku ke kedai kereta dan tukar lampu kereta yang besar dan kecil. Semuanya berjumlah RM30. Barulah senang hati aku. Sebelum ini, kunci bateri habis. Macam-macam masalah dihadapi jika memikirkan pasal kereta. Cuma ada satu aje yang belum dibuat iaitu balancing kereta. Bila memandu laju, streng seolah-olah makan di sebelah kanan. Kena check ni jika tak bahaya juga.
Posted by masni at Thursday, December 06, 2012 0 comments
Friday, November 30, 2012
HTC
DAH seminggu aku gunakan handphone HTC One S yang berharga RM1,828. Itupun ambil kontrak dengan Maxis selama dua tahun. Yang penting ada call, sms dan internet. Telefon canggih sikit untuk kepuasan diri sendiri. Rakan-rakan syorkan supaya aku beli Samsung atau Nokia atau Sony, namun aku tak mahu. Dah terlalu ramai di office menggunakan Samsung yang latest. Biarlah aku guna telefon yang tak ramai orang guna, yang penting semua komponennya sama seperti Apple, Iphone4 dan Samsung. Muka-mula sukar juga nak guna touch screen, akhirnya dah biasa. Di rumah aku akan guna wifi dan jika diluar barulah aku guna internet. So semua fb, twitter, yahoo mesengger, tagged sentiasa on aje. Jika bosan tunggu anak dalam kereta, aku boleh bermain mahjong dan berchatting.Bayaran bulanan tak sampai RM120, jika sebelum ini banyak juga bil aku. Kiranya dah save budgetlah.
Posted by masni at Friday, November 30, 2012 2 comments
ANAK BUAT PRAKTIKAL
HARI ini genap seminggu anak aku praktikal di Pathlab di Kapar, Klang. Syukur alhamdulillah tiada apa-apa masalah setakat ini. Walaupun anak aku terpaksa menunggang motosikal, namun aku reda kerana aku tak sempat nak mengambil n menghantarnya.Lagipun dalam tempoh seminggu ini dia dah pandai ikut laluan short cut bagi penunggang motosikal, tak lah macam aku terpaksa ikut pelbagai lalaun kerana kebanyakan laluan di situ one way aje. Macam motosikal senang aje, boleh masuk laluan bertentangan. Praktikal anak aku selama tiga bulan. Kiranya akhir bulan Februari 2013, habislah praktikal. Rakan-rakannya yang lain belum start praktikal lagi, masih mencari tempat yang sesuai. Kiranya nasib anak aku baik kerana dean tolong carikan tempat. Syukur sekali lagi pada hari Jumaat ini. Jika sebelum ini pelbagai tempat diberitahu, semuanya tak jadi.
Posted by masni at Friday, November 30, 2012 0 comments
Thursday, November 29, 2012
AMBIL ANAK
SELASA lalu aku ambil off kerana mengambil anak bongsu aku habis menduduki SPMnya di Saser, Seremban. Sebelum ini, anak aku membuat keputusan nak balik sendiri kerana hari Sabtu lalu, aku dah ke sekolahnya mengambil barang. Bagaimanapun, aku tak sedap hati n kasihan melihat anak aku. Akhirnya aku buat keputusan mengambil off untuk mengambil anak aku. Walaupun habis kertas terakhir pada jam 3.30 petang, ibubapa hanya dibenarkan mengambil anak-anak mereka selepas jam 5 petang. Bayangkan aku tiba di sekolah itu jam 4.45 petang, dah banyak kereta berderet di kiri kanan jalan. Aku juga sama-sama ikut kereta di hadapan aku di lorong tengah dan akhirnya lorong tu juga jammed. Akhirnya jam 5.15 petang, barulah pintu depan sekolah dibuka dan dibenarkan kereta memasuki kawasan sekolah. Itu pun disebabkan jammed yang teruk di jalan besar sekolah berkenaan. Aku akhirnya ke tempat parkir kantin dan menunggu anak aku di situ. Rupanya masih banyak barang lagi yang perlu dibawa balik. Pening aku dibuatnya. Inilah sekolah terakhir anak aku belajar selama dua tahun sebelum menyambung pelajaran ke peringkat tiggi.
Posted by masni at Thursday, November 29, 2012 0 comments
SEBULAN MAKAN ACAI BERRY
AKU dah makan Hayat Acai Berry selama sebulan iaitu tiga kotak. Setiap kotak mengandungi 10 botol kecil, aku minum sebotol kecil setiap pagi sebelum breakfast. Walaupun dah minum 30 botol kecil, belum nampak ketara sangat mengenai berat badan aku. Still maintain berat badan yang sama aje.Bila agaknya nak turun ni. Sebenarnya acai berry tu kena makan dua botol sehari, sebelum breakfast dan nak tidur malam, tapi aku hanya ambil sebotol sehari aje. Itu agaknya yang lambat effect pada berat badan aku. Lagipun dah umur nak masuk ambang 5, surelah lambat metabolisme nak berkurangan. Cuma apa yang aku pastikan, mata aku bertambah baik, walaupun baca tulisan kecil dan terkena silau pada waktu malam. Aku memang nak elakkan pakai cermin mata. Jika membaca banyak sangat, mata aku akan nampak kabur tapi lately ni dah bertambah pulih. Aku perasaan bila check page sub-editor di office, mata aku tak pedih lagi. Aku dah beli tiga kotak lagi untuk stok sebulan. Harganya pun tak mahal, oklah sikit untuk kesihatan aku. Aku berharap selsema aku juga bertambah pulih selepas ini.
Posted by masni at Thursday, November 29, 2012 0 comments
TAK ADA MOOD
DAH lama tak menulis dalam blog ni. Last sekali pada 16 November. Bukan tak nak menulis cuma tak ada masa n penat sangat. Jika di office pula dah sibuk dengan tugas, langsung tiada masa menulis dalam blog. Ingatkan bila dah beli netbook dan ada wifi, bolehlah menulis dengan lebih tekun, rupa-rupanya tidak juga. Ada aje tugasan yang perlu diuruskan. Lately ni pula asyik selesema aje, debu, kotor dan kena hujan jadi faktor utama untuk mendapat penyakit tu. Ubat selsema tak ngantuk dah tak boleh jalan lagi.Tahan aje le. The best thing minum air suam banyak2. Hampir dua liter diminum setiap hari, masih tak berkurangan. Giveup sebenarnya n biarkan dia baik sendiri aje.
Posted by masni at Thursday, November 29, 2012 0 comments
Friday, November 16, 2012
MENANG MINYAK HITAM RM280
DAH 10,000 kilometer aku memandu kereta aku. Dah tiba masanya untuk service minyak hitam dan apa yang patut dibuatnya. Service pula di Klang Lama, tempat biasa aku.Service aje dah RM200. OKlah tu kan. Bila mekanik check kereta aku didapati bateri kereta dah hampir weak. Dia kata elok tukar n jika nak pakai, boleh juga. Bateri basah aku tukar di Melaka ketika tu pada tahun 2010. Kiranya dah dua tahun. Aku tanya jika bateri kering, berapa pula harganya. Katanya, RM195 berbanding bateri basah RM185. Tak banyak bezanya. Jika tak rajin isi minyak bateri, elok aje pakai bateri kering. Akhirnya aku pun tukar sebab takut terjadi apa-apa jika berjalan jauh nanti. Aku juga turut tukar plug dan wayar dalam enjin serta penutup. Akhirnya jumlah aku baiki kereta n service membabitkan RM570. Yang penting kereta aku tak alami apa-apa ketika memadnu. Yang bestnya, bila buat cabutan bertuah, aku memenangi hadiah paling mahal, minyak hitam berharga RNM280. Lepas ni jika nak service kereta bawa minyak hitam aje.
Posted by masni at Friday, November 16, 2012 0 comments
TURUN TANGGA HARI INI
WAH DUHHHH...pagi-pagi lagi aku terpaksa turun tangga dari tingkat 12 hingga ke parking lot. Ini berikutan kedua-dua lif di blok A, Apartment Bukit Pelangi tak boleh berfungsi. Nasib baik ketika itu aku pakai sandal aje dan kasut untuk berjalan atau ke office, aku simpan dalam kereta. Jika tak niaya juga dibuatnya. Nak turun tangga tak mengapa, asalkan jangan naik tangga. Kadang-kadang aku fikir elok juga naik atau turun tangga terutama apabila kerja pada waktu pagi ni. Yalah tak sempat nak senaman kayuh basikal. Jika aku kerja petang, setiap pagi aku akan buat senaman kayuh basikal. Memang aku kerap berjalan tapi tak le sampai 10,000 langkah pada setiap hari. Jika aku parking kereta di level 18 di office aku, aku hanya turun tangga beberapa tingkat aje. Yang penting ada juga senaman walaupun penurunan kalori tak banyak.
Posted by masni at Friday, November 16, 2012 0 comments
Wednesday, November 14, 2012
HARI KELUARGA HARIAN METRO 1
AKU tiba di Cheringin Hotel n Spa jam 1 petang. Ketika tiba di sana, hujan dah mulai turun. Nasib baik juga parking depan hotel aje sebab ramai yang belum tiba. So aku terus ke tempat pendaftaran dan bila buat cabutan bertuah, dapat le hadiah daripada Ikea. Aku bersama anak terus simpan barangan berkenaan n mengambil beg masing-masing kerana khuatir hujan bertambah lebat. Sebenar check in hanya jam 3 petang, so terpaksa duduk di lobby. Boring juga, perut pun dah lapar. Nasib baik Kelab Met Harian Metro menyediakan nasi kukus ayam. So makanlah di situ sementara menunggu masuk ke bilik. Aku yang paling awal tiba dapat masuk ke bilik hampir jam 4 petang. Mengamuklah anak aku kerana lambat masuk bilik. Sebenarnya, pekerja di hotel itu masih lagi mengemas bilik dari tingkat atas hingga bawah. Bayangkan nak muat hampir 130 keluarga bukannya mudah. Aku bernasib baik dapat bilik di tingkat bawah. Hotel berkenaan hanya tiga tingkat aje. Masuk aje ke bilik, terus rehatkan badan kerana terlalu penat. Akhirnya jam 5.30 petang aku terjaga dan mendapati dah ramai orang di kolan renang dan di tepi padang buat telematch. Aku paksa anak-anak aku bangun. Aku beritahu mereka, jika datang ke sini sekadar nak tidur aje, elok tak payah datang. Selepas solat, aku anak beranak terus ke kolam renang. Dua anak aku mandi di kola, dan aku hanya berbual dengan rakan-rakan. Malas nak ambil bahgaian dalam sukaneka. Yalah anak-anak pun dah besar n aku rasa tak elok untuk aku bermain telematch. Umur dan meningkat, nanti apa pula kata mereka. Sebelah malam pula, ada aktiviti makan malam, karoake dan cabutan bertuah. Cuma aku tak pernah barnasib baik, tak pernah menang. Rakan yang menang, dapat hadiah lumayan, laptop, handphone, ipad. Semuanya berjenama.
Posted by masni at Wednesday, November 14, 2012 0 comments
HARI KELUARGA HARIAN METRO
HARI Isnin lalu, aku bersama tiga anak perempuan bertolak ke Janda Baik, Bentong, Pahang. Jam 11 pagi, aku dah keluar dari rumah. Sempat basuh kereta lagi. Hari Isnin itu adalah Hari Keluarga Harian Metro 2012. Cuma anak lelaki saja yang tak kesempatan ikut aku kerana ada di asrama. Biasalah student yang nak ambil SPM, tak dibenarkan keluar. Aku memang tak pandai ke sana, walaupun sebelum ini aku konvoi beramai-ramai dengan adik-beradik aku. Kiranya ini kali kedua aku ke Janda Baik, cuma tempat kali ini berlainan. Hari Keluarga Harian Metro diadakan di Cheringin Hills...tempatnya atas bukit...akhirnya jam 1 petang aku tiba di sana. Aku memang ikut signboard aje dengan dibantu oleh anak aku. Nak Ke Janda Baik tak menjadi masalah, cuma dari Subang Jaya ke Gombak itu yang buat aku keliru. Apa-apa pun aku selamat sampai di sana. Syukur alhamdulillah.
Posted by masni at Wednesday, November 14, 2012 0 comments
BILA SELSEMA NAK BAIK....
HAMPIR dua minggu aku diserang selsema. Tak tahan rasanya. Baik sekejap than datang semua. Pelik juga aku dibuatnya. Makan buat tahan selsema pun tak jalan. Kadang-kadang giveup dibuatnya. Masalahnya selesema dangan bersin sekali. Itu yang aku terasa tak selesa. Kena hujan sikit, mulalah kena selsema. Yang bestnya, awal pagi kena selsema, lepas tu baik dan beberapa jam kemudian kena semula. Aku agak, ia mungkin ada sebab dengan acaibery yang aku ambil. Sebelum ini, ambil jus delima, selesema aku kena selama seminggu, dari pagi hingga malam. Apa-apa pun aku berharap selsema aku akan pulih. Tak tahan dibuatnya dan malas nak makan ubat.
Posted by masni at Wednesday, November 14, 2012 0 comments
Thursday, November 8, 2012
HAYAT ACAI BERRY
Aku mula makan HAYAT acai berry sejak 29 Oktober lalu. Pelbagai cerita didengari mengenai mereka yang makan acai berry ini. Kata mereka telah diharamkan sebab mengandungi bahan terlarang untuk menguruskan badan. Aku dan check semua dan didapati acai berry yang terlarang itu adalah daripada sebuah syarikat ABC. Mereka menggunakan pil tapi Hayat Acai Berry gunakan gus dari buah acai berry. So, memang selamat untuk diminum. Mungkin ramai tertanya-tanya apa khasiat sebenar acai berry. Sebenarnya, banyak khasiat boleh didapati menerusi buah berkenaan iaitu 1.Kaya dengan pelbagai vitamin. 2.Kaya dengan mineral. 3.Kaya dengan asid amino. 4.Bersifat anti-oksidan yang mampu melawan sel bermasalah. 5.Mampu menjadi diet harian. 6.Dapat membantu menurunkan kolestrol dalam darah. 7.Membantu meningkatkan nafsu seks yang diumpamakan sebagai "viagra" semulajadi. Buah Aacai adalah buah nombor 1 dalam kategori 'Superfruit'. Hal ini terbukti apabila kajian menunjukkan ia kaya dengan lemak, protein, kalsium, asid amino, vitamin dan anthocyanin. Fleksibiliti dari Acai Berry ini membuatkan ia menjadi buah pilihan terkini. •Tinggi Tahap Antioksidan - Antioksidan yang terkandung dalam Acai berry adalah 10 kali ganda dari buah anggur dan dua kali ganda dari Blueberry. Antioksidan membantu mempercepatkan pembahagian sel, mengurangkan kedutan dan memelihara kulit. •Kaya Dengan Lemak Yang Sehat - Acai berry kaya dengan asid lemak esensial yang dapat membantu untuk mengawal kolesterol LDL yang tidak diperlukan dan menjaga HDL kolesterol yang diperlukan dalam tubuh kita. •Kaya Antioksidan - Antioksidan amat diperlukan sebagai sebatian untuk menetapkan kolesterol, akhirnya mampu membantu mencegah penyakit (mencegah adalah lebih baik) . •Sumber Terbaik untuk Asid Amino dan Protein - Para saintis telah menemui dan dikenalpasti bahawa ada lebih dari 19 jenis asid amino dalam diet Acai berry dan ia mempunyai lebih dari 8 gram protein per 100 gram produk. •Excellent Sumber Vitamin dan Mineral - Vitamin dan mineral yang telah dijumpai dalam buah Acai termasuk, vitamin A, B1, B2, B3, C, E, kalsium, kalium, magnesium, zink dan tembaga. •Sistem Pencernaan Lebih Sihat - Acai berry yang kaya dengan serat makanan dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan meningkatkan sistem pencernaan.
Posted by masni at Thursday, November 08, 2012 0 comments
BERAT TAK TURUN LAGI...
DAH 10 Botol kecil aku minum jus hayat acaiberry. Setakat ni tak nampak apa-apa perkembangan mengenai penurunan berat badan. Apa yang pasti aku tak lapar sangat n asyik minum air suam aje. Masalah yang timbul ialah aku suka kunyah keropok dan mungkin ini yang menyebabkan berat aku sukar nak turun. Tambahan pula aku kerja pagi...terasa bosan tunggu story n editing story, itu yang buatkan aku nak mengunyah aje. Biasanya selepas mengambil acai berry itu, aku akan makan breakfast, dua keping roti. Hari ni pula aku dah makan dua keping roti canai dengan kari daging. Bila timbang berat badan naik mendadak pula. Tengah hari biasanya aku makan buah epal sahaja dan petang, barulah makan nasi atau mihun sup. Harap-harap dengan kotak kedua ini, berat badan aku akan berkurangan, walaupun tak banyak, sekruang-kurangnya ada sedikit. Target aku hanya nak berat 60 kg sahaja. Tak tahulah berapa lama nak dapat berat begitu. Namun aku tak berputus asa.Sebenarnya, acai berry itu perlu dua botol sehari iaitu sebelum breakfast dan nak tidur. Tapi aku makan satu botol sehari aje...Dah harga sekotak yang mengandungi 10 botol berharga RM39, kiranya satu botol RM3.90. So kenalah berjimat cermat walaupun ia makan masa yang lama. Nanti akan diberitahu mengenai Hayat Acaiberry ya.
Posted by masni at Thursday, November 08, 2012 0 comments
Tuesday, November 6, 2012
BAPA MENTUA CALL
KETIKA aku sedang membaca ayat Nurulbuah, bapa mentua aku call beritahu mak chik aku masuk hospital. Sebenarnya dah lima hari mak chik aku masuk hospital. Sebelum ini, tekanan kencing manisnya tinggi, selepas buat x-ray barulah diketahui ada apendik dan sakit buah pinggang. Sebenarnya aku membaca surah yasin dan ayat-ayat lazim lain ketika anak aku sedang menduduki SPM. Hari ini pula kertas bahasa Inggeris. Selepas surah yasin dan ayat-ayat lazim, aku suka membaca ayat nurulbuah. Ketika itulah bapa mentua aku call. Dapat berbual panjang dengannya. Dia juga sempat menceritakan kepada mengenai anak buah aku, Syafika yang akan pergi interview kerja pada Sabtu ini di Hospital Melaka dan tentang kedai yang dibelinya. Penyewanya dah tutup kedai empat hari dan tinggalkan bil air dan elektrik yang tidak berbayar. Kasihan juga aku lihat masalah yang dihadapi oleh bapa mentua aku. Macam-macam masalah yang dihadapinya bila dah berumur lanjut ini. Bukan masalah kesihatan tapi hal lain pula. Mak chik aku pun satu juga, tak nak jaga kesihatan dan bapa mentua aku kata biarkan isterinya tinggal di hospital supaya boleh berehat n makan ubat.
Posted by masni at Tuesday, November 06, 2012 0 comments
SMS anak
JAM 6.33 pagi, anak lelaki aku hantar SMS berbunyi 'Assalamualaikum ..ibu hari adik exam bi...ibu doakan adik tau...dpt kan a plus. Aku reply sms semula...ibu sentiasa doakan adik dapat semua a plus dalam spm n jadi pelajar cemerlang di Saser. Aku turut pesan bila exam jangan gopoh. Sebenarnya aku begitu terharu bila anak bongsu aku hantar sms minta doa supaya dapat menjawab soalan dengan mudah. Sebagai ibu, aku sentiasa berdoa yang terbaik untuk anak-anak aku. Aku memang mahu mereka berjaya dalam pelajaran, lanjut pelajaran ke peringkat paling tinggi, dapat kerjaya yang baik dan juga berjaya di dunia dan akhirat. Itulah doa aku setiap hari untuk anak2 aku. Semoga Allah mengkabulkan segala permintaan hambamu ini.
Posted by masni at Tuesday, November 06, 2012 0 comments
Monday, November 5, 2012
CUTI DIBEKUKAN
SEJAK semalam, aku mula kerja pagi. Macam biasalah kerja pagi selama dua minggu. Sebenarnya giliran aku lambat lagi, iaitu pada minggu depan, masa cuti deepavali. Tapi aku ambil tempat kawan aku sebab dia nak cuti seminggu. Aku berkorban untuk dia sebab selepas 20 haribulan, semua staff di Harian Metro tak boleh ambil cuti tahunan. Aku juga sepatutnya ambil cuti pada 25 November tapi disebabkan arahan itu, terpaksalah aku bekukan buat sementara waktu. Cuti tahun lepas aku ada lapan hari lagi. Cuti tahun ni memang tak berusik pun...ada 28 hari lagi. Mungkin aku ambil bulan Disember, itupun kenalah pandai-pandai ambil cuti. Mungkin ambil cuti pada hari Ahad, Isnin dan Selasa. Itupun tengok macam mana keadaannya. Cuti ini disebabkan revanmp akhbar Harian Metro yang akan bermula pada awal Januari tahun depan. So kenalah buat persiapan pada awal Disember...
Posted by masni at Monday, November 05, 2012 0 comments
ANAK BONGSU AMBIL SPM
SEKEJAP aje masa berlalu. Hari ini 5 November, anak bongsu aku menduduki SPM. Subjek pertama ialah bahasa Melayu. Peperiksaan bermula jam 8 pagi hingga 10.30 pagi. Aku berharap dan berdoa anak aku dapat menjawab setiap soalan dengan tenang. Itulah doa daripada aku, kakak-kakanya dan mak aku. Walaupun aku bekerja pagi, aku sempat juga membaca surah yasin dan ayat-ayat lazim ketika anak aku memulakan sesi peperiksaan. Harapan aku supaya anak bongsu aku mendapat straight A dalam SPMnya. Aku tahu anak aku juga mendambakan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya supaya cita-citanya melanjutkan pelajaran ke Jerman menjadi kenyataan. Anak aku ingin menjadi jurutera aeronautik. Aku berharap cita-citanya akan menjadi kenyataan. Itulah yang aku doakan setiap hari.
Posted by masni at Monday, November 05, 2012 0 comments
Tuesday, October 30, 2012
HUJAN LEBAT
JAM 11.30 pagi hari Khamis berkenaan, aku terima sms daripada anak aku di MMU Cyberjaya memberitahu kelasnya habis jam 2 petang. Aku bersama anak perempuan aku bersiap-siap pula ke Cyberjaya. Memang le penat tapi nak buat macam mana. Akhirnya aku tiba di Cyberjaya hampir jam 1.30 petang. Masa tu kereta banyak, yalah orang nak pulag ke kampung sambut Aidiladha. Masa tu anak sulung aku baru habis class dan nak ambil boy-friendnya untuk dihantar ke Tampin. Boy-friend anak aku belajar di Kok Wing Cyberjaya dan aku terus ke hostelnya. Masa tu dah hujan, perutnya pun lapar juga. Nak balik ke Melaka, jammed teruk. Singgah di KFC RnR Seremban untuk makan tengah hari. Macam mana nak sempat tiba di Tampin. Akhirnya aku buat keputusan untuk hantar boy-friend anak aku di rumahnya di Air Kuning, Gemenceh. Jauh juga dibuatnya. Aku tak sempat singgah, hantar dan terus pulang ke Melaka. Sepanjang perjalanan asyik hujan aje dan aku singgah di rumah aku di Paya Rumput Indah untuk mengambil kura-kura dan nak pastikan bekalan elektrik dan air semuanya ada. Syukur alhamdulillah, semua selesai seperti dijanjikan. Aku juga onkan lampu controller bermula jam 7 malam supaya rumah aku tidak lagi gelap dan nampak terang-benderang. Selepas itu aku balik ke rumah aku.
Posted by masni at Tuesday, October 30, 2012 0 comments
SEMUANYA BERES
SEHARI sebelum aidiladha, aku bersama anak perempuan aku ke TNB, Jalan Banda Kaba dan ke Lembaga Air Melaka untuk uruska pasal kedua-dua bil berkenaan. Aku ke TNB dan beritahu rumah aku tiada elektrik, mungkin dah kena potong. Kerana di kaunter berkenaan meberitahu bil aku hanya RM6.25, mana boleh bil dipotong. Aku terperanjat apabila diberitahu bil hanya RM6.25. Kerana berkenaan memberitahu bosnya dan selepas diselidik, didapati fius rumah aku tidak dipotong tetapi kena curi. Dia memberitahu TNB tak boleh panjat gate jika tuan rumah tak ada. Kerja curi fius ini mungkin dilakukan oleh jiran yang berdekatan kerana mengetahui rumah aku tak berpenghuni. Kemudian aku bergegas ke Lembaga Air Melaka di Jalan Hang Tuah. Bekalan air memang dipotong sejak bulan Mei lalu. Aku dikenakan bayaran RM178.00 kerana tidak menjelaskan bil sejak 2009 dan bagi penyambungan semula, aku dikenakan RM20. Aku kemudiannya bergegas pulang ke rumah selepas menerima panggilan daripada tukang potong rumput. Akhirnya rumah aku dah bersih daripada lalang. Gembira tengok rumah aku dah bersih dan rumput dah pendek. Anak dan anak perempuan aku mengemas rumah ala kadar saja.
Posted by masni at Tuesday, October 30, 2012 0 comments
SEMUA KENA POTONG
AKU balik Melaka selepas mengambil anak aku di Seremban. Setibanya di rumah aku di Taman Paya Rumput Indah, aku tak boleh masuk kerana pintu gate bermangga. Anak kunci yang ada pada aku tak boleh nak buka pintu. Akhirnya aku menyuruh anak aku panjat pagar dan masuk ke dalam rumah mengambil peralatan untuk membuka atau mengumpil mangga berkenaan. Akhirnya gate berkenaan berjaya dibuka selepas diumpil. Aku tiga beranak masuk ke dalam rumah. Nak buka kipas, nampaknya tak boleh. Anak aku cuba onkan semua suis tapi tak berjaya. Akhirnya anak lelaki aku dapati fius di meter utama rumah sudah tiada lagi. Bekalan ait pula terlalu slow. Anak perempuan aku kemas dan mengemop rumah sambil tu aku kemaskan dalam fridge. Anak aku nampak orang membersihkan tepi jalan dan bertanya sama ada boleh mesin rumput atau sebaliknya. Akhirnya selepas berbincang dengan lelaki berkenaan, mereka akan mesin rumput sehari sebelum aidiladha. Selepas kemas ala kadar, aku buat keputusan pulang ke rumah mak aku. Nak tidur di sana tak dapat sebab elektrik tak ada.
Posted by masni at Tuesday, October 30, 2012 0 comments
Monday, October 22, 2012
CUTI...GEMBIRANYA
HARI ini aku mula bercuti selama seminggu. Tak boleh ke mana-mana sebab anak aku yang sulung dah masuk u semula. Cuti semestarnya dah habis. Aku nak berehat aje di rumah. Lagi best. Nak tunggu gaji masuk pada hari Khamis ni. Lepas tu barulah boleh balik kampung. Sebenarnya cuti aku ada 15 hari lagi, nak habiskan cuti tahun lepas selama seminggu, kiranya empat hari aje dan ada balance lagi. Baki akan ambil pada akhir bulan November nanti. Cuma hari Rabu ni nak ke Seremban, ambil anak bongsu aku. Jika tiada aral melintang, aku nak hadir majlis bacaan yasin dan solat hajat bagi pelajar yang akan mengambil SPM tahun ini. Insyallah jika diizinkan.
Posted by masni at Monday, October 22, 2012 0 comments
Thursday, October 18, 2012
BOSAN DUDUK DI KAMPUNG...
ANAK ketiga aku dah pulang ke kampung selepas habis final exam pada malam rabu lalu, Dia pulang bersama tiga rakannya dengan menyewa kereta. Mereka tiba jam 11.30 malam dan anak aku sempat bawa kawan2nya berjalan-jalan di Melaka termasuk ke wonderland di Ayer Keroh. Anak aku beritahu, tiga kawannya juga buat kejutan dengan beli kek untuk menyambut birthdaynya walaupun hari lahirnya pada 20 Oktober ini. Bila balik di Melaka, anak aku mula berasa boring, apa taknya, mak asyik suruh tidur awal. Jam 10 malam kena tidur n tutup televisyen. Asyik macam tu aje setiap malam. Tention dibuatnya. Sebab tu anak aku nak kerja, roadtax n insurans belum aku renew. Bapa saudaranya kata nak renew tu semua, tapi hingga sekarang tak ada apa-apa progres. So kenalah duduk aje di rumah. Jika ada kerja, tak le rasa bosan. Nak berfacebook tak boleh...tiada line internet.
Posted by masni at Thursday, October 18, 2012 0 comments
BERPELUH.....
AKU mula minum pati delima Gulshan sejak 22 Ogos lalu dan sehingga kini jarang kena selesema. Aku biasanya kena selesema jika terkena habuk dan debu serta bulu kucing. Dan satu lagi yang paling ketara jika aku terkena hujan renyai-renyai. Kiranya pada 22 Oktober ini genap dua bulan aku minum pati delima itu. Aku juga sempat belikan adik aku tiga botol pati delima untuk dia dan anak-anaknya makan. Lately ni aku minum pati delima tiga kali sehari...sebelum breakfast, petang dan nak tidur malam. Apa yang ketara sangat, selapas minum pati delima pada waktu pagi, aku terus exercise kayuh basikal. Yang menariknya, peluh keluar banyak sangat dan aku kayuh basikal sejauh 20 kilometer dengan masa 45 minit setiap hari. Mujarab juga pati delima tu...keluar peluh dengan banyak. Itulah yang bestnya pati delima. Aku cuma berharap perut buncit aku akan berkurangan. Lemak-lemak akan disedut keluar dengan bersenam dan minum pati delima. Mungkin sekarang tak nampak kesanya sebab nak dekat dua bulan minum pati tu...kena tunggu setahu, barulah nampak kesannya.
Posted by masni at Thursday, October 18, 2012 0 comments
LEGA RASANYA...
BARU lega rasanya apabila apabila dah selesai buat pembayaran insurans diri untuk setahun sebanyak RM2,400. Pada mula pening juga nak fikirkan untuk buat bayaran tu. Yalah duit simpanan tak cukup. Akhirnya dapat juga pinjam daripada kawan sebanyak RM1,000. Lepas gaji ni kenalah bayar semula. Macam nilah bila buat pembayaran setahun sekali. Nak cari jumlah yang banyak, parah juga dibuatnya. Kenalah kerja lebih masa. Dalam bulan Oktober ni, macam-macam benda berat kena uruskan. Kena bayar upah simpan bagi barangan kemas di Bank Rakyat lagi. Roadtax n insurans motor tamat tempoh. Ya Allah, macam-macam dugaan terpaksa dilalui. Pening juga jika semua tu kena bayar serentak. Kena ada simpanan yang banyak, jika tak teruk dibuatnya. Apapun semuanya berjalan lancar. Yang penting kena berdoa supaya Allah permudahkan rezeki. Setakat ini,alhamdulillah.
Posted by masni at Thursday, October 18, 2012 0 comments
PENANGAN MAHJONG
KENAPALAH lately ni agak malas nak menulis dalam blog. Walhal ada banyak isu nak dicoretkan. Bukannya tak buka blog ni, tapi rasa malas aje. Teruk juga jika penyakit malas yang datang. Di pejabat nak tulis blog tak sempat, ada aje kerja nak buat. Jika ada masapun di rumah aje tapi bila buka aje laptop, mata terus aje taip `mahjong free online'. Macam dah kena penyakit nak bermain mahjong aje. Walaupun suka-suka tapi ia buat kita nak main permainan tu aje. Bukan berjudi tapi matching benda yang sama. Interesting juga game tu....Hari ini tetapkan diri untuk menulis dalam blog. Akhirnya berjaya juga selepas mengemas rumah n masak. Makan belum lagi ni...tapi solat dah buat. Dah habis tulis beberapa isu dalam blog, barulah nak makan pula.
Posted by masni at Thursday, October 18, 2012 0 comments
Friday, October 5, 2012
PERBAHARUI LESEN MEMANDU
AKHIRNYA selepas dua bulan, barulah aku dapat memperbaharui lesen memandu aku.Nak perbaharui lesen selama lima tahun, duit tak cukup. Sebab tu aku asyik postphone aje untuk perbaharui lesen. Konon-kononnya nak buat lima tahun, setahun tak nak. Lepas tu dalam tempoh berkenaan, asyik berdoa aje, janganlah ada saman kerana lesen dah mati. Jika tak kena denda RM300. Aku terselamat dan tiada roadblok. Akhirnya aku buat keputusan untuk memperbaharui lesen memandu aku. Dapat dua tahun setengah. Cukuplah tu, yang penting dah perbaharui lesen memandu. Tanpa lesen aku dah drive hingga ke Seremban dan ulang-alik dari rumah ke Bangsar.
Posted by masni at Friday, October 05, 2012 0 comments
BAYAR GANTI RUGI
AKU gembira hari ini apabila mendapat tahu pihak yakurt akan membayar ganti rugi kerosakan motosikal yang dialami sejak Jumaat lalu.Kerosakan untuk membaiki motosikal itu menelan belanja RM725. Aku dan anak-anak aku asyik telefon pihak yakurt bertanyakan perkembangan lanjut mengenai motosikal itu. Hari-hari bertelefon di sana sini untuk mendapatkan kepastian hinggakan bil telefon aku melambung tinggi. Bukan mudahnya nak tuntut insurans jika ia membabitkan harta company. Jika ia harta persendirian, urusan akan menjadi lebih hebat. Kini, syukur alhamdulillah. pada pagi Jumaat aku menerima berita gembira, pihak company yakurt akan membayar gantu rugi kerosakan itu. Sekarang ni tunggu pihak yakurt untuk siapkan segala document untuk menandatanganinya sebelum pihak bengkel membaiki motosikal berkenaan.
Posted by masni at Friday, October 05, 2012 0 comments
Tuesday, October 2, 2012
MOTOR ACCIDENT
DAH lima hari, motosikal anak aku tersadai di bengkel. Hari Sabtu aku bawa ke bengkel di Seksyen 13 Shah Alam untuk dibaiki. Nak baiki semua, costnya membabitkan RM1120, surelah insuran company berkenaan tak nak repair motosikal tu. Hari-hari telefon wanita yang melanggar motor anak aku tu. Selagi motor tidak dibaiki, selagi itulah hati aku tidak tenang. Tidur malam ingatkan motor. Tadi bahagian insuran beritahu kos baiki motor itu dalam RM350. Melenting lah anak aku bila dikatakan cost itu aje. Motor itu masih baru lagi....baru setahun. Tak kan tak nak ganti calar-calar tu. Akhirnya bahagian insurans company yakurt akan ke bengkel motor anak aku untuk melihat kerosakan yang dialami dan seterusnya dibawa ke bengkel companynya. Esok baru tahu apa keputusannya. Susah juga bila kenderaan kena accident. Kena tunggu lama. Dah le dua anak aku nak ambil final exam. Pening kepala dibuatnya. Lepas satu, satu dugaan datang. Nak buat macam mana, kenalah tempuh dugaan itu semua.
Posted by masni at Tuesday, October 02, 2012 0 comments
TAK ADA MOOD NAK MENULIS
SEBENARNYA banyak peristiwa berlaku pada akhir bulan September lalu. Cuma aku tak dapat nak coretkan dalam blog sebab terlalu sibuk dan mood rasa malas aje nak menulis walaupun ada banyak kelapangan untuk berbuat demikian. Sebenarnya banyak isu nak tulis tapi jika tak ada mood, semua tak boleh nak buat. Cuma malam ni, aku kerahkan diri aku untuk menulis blog, iaitu setelah terdengar isteri boss masuk hospital terasa pula nak menulis. Pada minggu lalu, anak ketiga aku accident motor, dia hanya cedera ringan dan motor pula yang rosak teruk. Masa itu aku di office, kerja pagi. Anak aku telefon dan terus menangis dengabn mengatakan dia accident. Dia terus balik ke rumah dengan kondisi motor yang agak bahaya dan kawannya hantar dia ke klinik serta ke balai polis untuk buat laporan polis. Kiranya semua kes itu settle, cuma tunggu motor untuk dibaiki aje.
Posted by masni at Tuesday, October 02, 2012 0 comments
KENCING MANIS....
AKU dapat berita isteri bos aku yang baru berumur 36 tahun kena kencing manis paling kritikal. Takut juga dibuatnya. Dah le kena kencing manis dengan bacaan 55, kena pula sakit jantung. Kini dah tahap kritikal, bila bacaan dah tinggi boleh sebabkan mata, buah pinggang dan macam-macam penyakit lagi. Takut juga dibuatnya. Agak pelik juga dia tak mengetahui sakitnya itu. Biasanya jika kena penyakit kencing manis, kita akan selalu ke tandas untuk buang air kecil, asyik dahaga dan macam-macam lagi. Apa-apa pun kena jaga kesihatan....takut juga dibuatnya. Yalah umur makin meningkat, penyakit pula bermacam-macam. Kena jaga pemakanan, buat senaman dan jaga kesihatan.
Posted by masni at Tuesday, October 02, 2012 0 comments
Friday, September 21, 2012
DELIMA LAGI...
AKU beli sebotol lagi delima pada hari 18/9/2012. Ini kerana pati delima aku tinggal sikit dan malamnya bila aku tiba di rumah, botol pati delima kedua sudah habis. Nasib baik juga aku beli. Walauoun belum nampak berat badan aku berkurangan, yang pasti aku tetap beli pati delima untuk menjaga kesihatan aku. Ada orang tak percaya mengenai pati delima itu. Aku kata, ia adalah supplemen....terpulang kepada sesiapa yang nak makan atau sebaliknya. Lagi pun ia tak memudaratkan kepada sesiapa yang nak makan. Lagi pun buah delima kan buah syurga...susah sangat ke nak makan jika dibandingkan makan dengan asam2 yang tak berkenaan itu. Asam yang banyak cuka dan boleh memudratkan diri seseorang itu. Bagi aku, jika boleh nak makan banyak2...Masalah nak akhir bulan ini, duit tak ada lagi. Jika ada duit, memang aku beli dan makan banyak2....
Posted by masni at Friday, September 21, 2012 0 comments
HANTAR ANAK BALIK ASRAMA
ISNIN lalu, aku siapkan kerja aku yang mana termampu terutama untuk edisi Sabah dan Sarawak. Jam 4.05 petang, aku bergegas pulang ke Subang Jaya dan dalam kenderaan lagi aku dah inform anak-anak aku supaya siap. Yalah anak bongsu perlu ada di asrama sebelum jam 6 petang dan jika lewat lagi, nampaknya dia tak boleh outing. Masa tu di federal highway pula jammed n aku terus ikut laluan kanan. Sampai di tol Bagi Tiga, jammed lagi. Yang geramnya, di bahagian Touch 'n Go boleh jammed. Ke geram dibuatnya. Sepatutnya tak boleh jammed mcm tu, perjalanan ke lancar. Yang aku hairankan, mereka yang tak ada kad touch n go juga masuk ke lorong tu. Akhirnya jam 4.30 petang aku tiba di rumah. Call sekali anak. Bila tiba di kawasan apartment, anak masih turun lagi. Geram juga aku dibuatnya. Akhirnya jam 6.40 petang, aku bertolak ke Seremban. Walaupun banyak kereta, namun perjalanan ok juga dan akhirnya tiba di Saser jam 5.50 petang. Lega rasanya bila anak selamat tiba di sekolah. Esoknya, barulah aku tahu, page hanya habis siap hampir jam 6.30 petang.
Posted by masni at Friday, September 21, 2012 0 comments
Sunday, September 16, 2012
KERJA PAGI
HARI Jumaat lalu, aku mula kerja pagi gantikan kawan aku yang pergi berkursus di Media Prima. Hari Khamis tu aku dah kerja malam, balik jam 1 pagi dan esoknya kena bangun awal sebab kerja pagi. Memang mata mengantuk, tapi nak buat macam mana. Dah kerja kan, kenalah buat. So bagi atasi mengantuk aku, aku minum nescafe aje. Walaupun mata merah kerana menahan mengantuk, namun ia tak menghalang aku membuat kerja. Hari ini, aku sambung lagi kerja aku kerja pagi. Kerja pagi selama dua minggu dan dijangka berakhir pada 28 September. Tak mengapa kerja pagi, lagi pun stok untuk seminggu, sudah aku sediakan untuk anak-anak aku. Aku, jika boleh nak bawa bekal aje ke office, nak save budget. Malas nak makan di luar.
Posted by masni at Sunday, September 16, 2012 0 comments
CHICKEN CHOP
SEMALAM...adalah hari ke-28 Syawal. Dalam bulan Syawal ini, kiranya kami lima beranak dapat berkumpul Syukur alhamdulillah.... Masa hari raya memang dapat berkumpul tapi tidaklah semeriah dirasakan seperti semalam. Aku juga turut panggil boy-friend dua anak aku datang ke rumah. Memang le tiada yang special aku masak, cuma buat chicken chop, mee rebus dan kek aje. Dua anak perempuan aku memang rajin membantu aku di dapur. Yang number tiga, buat coleslow dan kentang goreng. Anak kedua pula buat adunan chicken chop dan kuah black pepper. Aku cuma bantu aje anak kedua aku buat kuah dan adunan chicken chop. Yalah masing-masing nak tunjuk kepandaian masing-masing. Aku bersyukur anak-anak aku nak belajar resepi baru. Aku kemudiannya buat mee bandung dan kek. Akhirnya semua dapat disiapkan seperti yang diharapkan. Selepas solat Asar, barulah kami semua makan. Meriah sangat rasanya dan akhirnya hajat aku tercapai juga nak jamu mereka.
Posted by masni at Sunday, September 16, 2012 0 comments
Tuesday, September 11, 2012
SAVE BUDGET
KALI ini pasal duit lagi. Disebabkan nak save budget, aku selalu bawa bekal ke office. Cuma untuk makan malam aje. Sebelum ini, aku selalu juga ke kantin untuk makan malam bersama rakan. Jika makan pun, maybe nasi ayam, mee bandung, nasi goreng dan lain-lain. Sekali makan dengan air aje dah hampir RM7. Bayangkan selama enam hari jika aku makan makanan macam tu. Dah hampir RM45. Jika sebulan dah berapa. Dah RM180 kan..Lebih baik aku beli barangan basah dan masak di rumah. Tengah hari pun aku masak, so lebih baik bawa makanan itu ke office..Nak makan pun bukannya banyak sangat. Saja nak mengalas perut sebelum jam 8 malam. Lagipun,. nak ke office aku dah minum petang. So masih terasa kenyang lagi. Disebabka ikut kawan, terpaksalah makan. Secara tidak langsung aku dapat jimatkan duit. Minuman nescafe pun bawa 3 in 1...Jika beli di luar dah RM2. Bila aku ceritakan kepada anak saudara aku bawa bekal ke office, mereka terperanjat. Yalah mereka dah biasa makan di luar. Dari pagi hingga tengah malam, asyik di luar aje. Aku tak boleh semua tu. Lebih baik aku belajar memasak dan jika nak pun makan md ataukfc aje. Yang lainnya, masak di rumah aje...
Posted by masni at Tuesday, September 11, 2012 0 comments
PASAL DUIT
HARI ini aku ke Bank Rakyat. Macam biasalah...keluar duit, Duit dah tak ada nak sampai cukup bulan ini. Kena tunggu sehingga 25 haribulan...barulah dapat gaji. Seksa juga jiwa dibuatnya. Masa raya dah sambut raya dengan sakan. Kini tunggu dua minggu lagi untuk dapat gaji. Kiranya awal bulan selama seminggu ini aku dah dapat tempuh. Nasib baik semua bil dah dibayar, so tak adalah risau sangat. Cuma duit minyak, tol dan barangan dapur. Jika barangan dapur pun, hanya beli barangan basah aje. Duit tol dan minyak, itulah yang paling penting. Insya Allah, semua dapat diatasi sehingga dapat gaji. Setiap bulan ada aje yang pelru difikirkan. Bukan mudah nak duduk di bandar besar. Semuanya berduit dan barangan mahal pula. Nasib baik ada simpanan dan kami sekeluarga tak le kebulur. Tak le makan maggi bila duit tak ada atau duit berkurangan. Mudah-mudahan Tuhan memberi aku kemewahan dan rezeki yang banyak....Amin.
Posted by masni at Tuesday, September 11, 2012 0 comments
Sunday, September 9, 2012
ULANG TAHUN KE-23
9 SEPTEMBER adalah tarikh keramat aku. Tarikh yang tak mudah dilupakan oleh aku untuk selama-lamanya. Tarikh inilah juga mengikat aku untuk bergelar isteri. Kiranya jika suami aku ada, dah 23 tahun usia perkahwinan aku. Mungkin jodoh aku hanya sekejap aje. Bagaimanapun, aku tetap akan kenang tarikh ini untuk selama-lamanya. Tak ada yang special untuk aku lakukan pada tarikh istimewa ini. Macam biasa, memasak dan mengemas rumah aje. Dengan empat orang anak, aku dah rasa cukup bahagia membesarkan mereka. Aku selalu berdoa supaya mereka menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan juga negara. Aku wish kepada diri aku sendiri...selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-23 tahun. hehehe.
Posted by masni at Sunday, September 09, 2012 0 comments
Saturday, September 8, 2012
OPEN HOUSE
KE rumah adik di Seksyen 7 Shah Alam jam 3 petang. Memang dah lambat pergi kerana berehat dulu selepas ke klinik gigi kerana tidak tahan sakit. Adik buat open house dan disebabkan dah terlambat datang, adik terpaksa call. Aku terima call itu semasa aku tiba di depan rumahnya. Mungkin dia pelik kenapa aku lewat tiba kerana selama ini aku selalu sampai awal. Masa aku tiba di rumah adik, aku dapati adik ipar aku bersama tiga anaknya berada di rumah. Rupanya mereka dah tiba awal. Walaupun gigi sakit, aku tetap makan mee bandung hingga dua mangkuk. Sedap sangat. Aku boleh makan kek n nasi lemak. Dasyatnya aku makan walaupun dah cabut gigi. Aku duduk di rumah adik aku hingga jam 9.30 malam. Lama kan duduk di rumah adik. Nak buat macam mana, lepas tu mak n adik aku pula datang. So kami duduk, makan n berbual. Kiranya aku habiskan masa dengan makan n duduk aje di rumah adik.
Posted by masni at Saturday, September 08, 2012 0 comments
CABUT GIGI
HARI ini aku ke klinik pergigian famili di Jalan Klang Lama. Dah beberapa hari sakit gigi sejak tampalan gigi terbuka minggu lalu. Semalam, aku sakit kepala yang teramat sangat. Nak kena migrain dibuatnya tapi aku terus buat kerja di office macam biasa. Bila sakit kepala begini, aku suka minum nescafe bagi menghilangkan sakit. So jam 11 pagi, aku pergi ke klinik gigi. Nasib baik tak ramai orang. Bila Dr Zamri check gigi aku, dia memberitahu gigi aku tak boleh nak tampal lagi. Kena cabut...bukan satu tapi dua batang gigi. Boleh ke aku tahan bila dua batang gigi kena cabut. Gigi geraham pula tu...Masa cabut gigi aku, Dr Zamri sempat membebel dan mengatakan dah company tanggung semua tu...kenapa tak check gigi enam bulan sekali. Nak buat macam mana. Selain cabut gigi, aku juga minta doktor bersihkan gigi aku. Masa cabut gigi, tak le terasa sangat. Bila nak sampai di rumah, barulah terasa sakit dan aku terus telan pil penahan sakit. Sehingga kini, aku terasa ok dan tidak terasa sakit. Syukur alhamdulillah...dah cabut gigi yang sakit.
Posted by masni at Saturday, September 08, 2012 0 comments
MAKIN BERSERI...
DAH dua botol aku ambil pati delima Gulsan. Rasanya yang manis masam menyebabkan aku semakin menggemari minumnya. Aku semakin rindu jika tidak dapat makan jus delima. Anak aku semakin menggemari minum jus delima sehingga rakannya mendakwa dia nampak berseri. Aku minum pati delima satu botol selama dua minggu. Kiranya ok juga kan. Berbaloi dengan harga RM20 bagi dua minggu. Ini bermakna dua atau tiga botol dalam sebulan. Itu pun sharing dengan anak. Ketika makan sebotol itu, macam-macam dugaan aku terpaksa hadapi. Kini aku nampak perbezaan yang ketara, warna hitam di bawah mata semakin hilang. Harap-harap selepas makan jus delima ini, warna hitam yang mencacatkan mata dan persekitaraan muka aku akan hilang. Secara tidak langsung, muka aku akan nampak lebih berseri dan ayu walaupun umur dah meningkat 50 tahun. Nak kelihatan muda dan bertenaga walaupun dah masuk ambang 50...
Posted by masni at Saturday, September 08, 2012 0 comments
Tuesday, September 4, 2012
SAKIT PERUT MACAM NAK BERSALIN
AKU minum nescafe terlalu banyak dan akhirnya period aku pun datang pada awal pagi malam minggu itu. Lepas itu pula, aku minum pati delima sebelum tidur. Agaknya disebabkan minum terlalu banyak nescafe, aku tak boleh tidur dan bila jam 8 pagi, barulah boleh tidur. Bagaimanapun, aku terbangun jam 9.30 pagi dan ingin membuat kayuhan basikal. Baru aje 10 minit buat kayuhan, perut aku sakit hingga tak terkata dan peluh keluar dengan banyaknya. Aku terpaksa berhenti berkayuh dan terus ke bilik air. Masa dalam bilik air, peluh tetap keluar dengan banyak dan aku mula rasa nak pitam. Aku cepat-cepat mandi dan salin pakaian. Dah tak larat nak jalan tapi aku gagah juga buat air hot coklat. Tapi tak boleh nak minumk dan asyik munta aje. Akhirya aku buat keputusan untuk baring dan sempat call anak aku dalam bilik minta minyak angin. Aku dah tak larat lagi nak jalan. Akhirnya aku tertidur beberapa jam di atas sofa. Aduh....sakitnya perut macam nak tercabut dan rasa nak bersalin. Apa yang aku tahu, sebelum buat kayuhan, aku minum pati delima. Mungkin ketika dalam period, ia membawa effect yang kuat dan sebab itu aku kena senggugut.
Posted by masni at Tuesday, September 04, 2012 0 comments
ANAK SAUDARA DATANG
HARI Sabtu lalu, aku tak ke mana-mana. Nak ikut anak ke rumah kawannya di Sunway tak menjadi. Akhirnya aku duduk di rumah dan berkemas rumah aje. Letih sangat asyik drive aje dan sudah sampai masanya untuk berehat pula. Lewat petang, akhirnya anak saudara call nak datang rumah untuk berhari raya. Memang aku tak buat apa-apa untuk mereka datang, hanya buat air sahaja. Mereka datang berdua sahaja. Lagipun mereka minta tak buat apa-apa kerana dah kenyang makan nasi beriani kambing. So, kami duduk bebrual aje hingga jam 9.30 malam, sebelum mereka buat keputusan untuk pulang ke rumah.
Posted by masni at Tuesday, September 04, 2012 0 comments
SAPU KAWASAN LUAR RUMAH
KOTOR sangat di luar rumah aku. Tak tahan tengok sampah di sekeliling kawasan tingkat 12 Apartment Bukit Pelangi. Dah pula jiran depan rumah aku suka letak sampah di depan gril rumah dan biar sehingga suaminya pulang dari kerja untuk membuang sampah berkenaan. Pelik juga dibuatnya, tak kan mereka tak boleh nak buang sampah sarap itu. Disebabkan terlalu kotor, aku mengambil keputusan untuk menyapu kawasan rumah berkenaan. Baru lega rasa bila sampah-sarap dibersihkan. Aku hairan juga kenapa tak ada orang atau pekerja apartment ini menyapu kawasan ini. Sebelum ini, kawasan apartment ini bersih aje dan tak nampak sampah-sarap tapi kini jauh berbeza. Aku tak tahan dengan sampah dan kotor ini, boleh kena selesema dibuantnya. Aku tak faham dengan kehidupan penghuni apartment ni, menyapu terus buang sampah ke luar, kenapa tak kaup sampah dan buang dalam tong sampah. Mereka pentingkan diri sendiri aje. Pengotor aje.
Posted by masni at Tuesday, September 04, 2012 0 comments
Wednesday, August 29, 2012
PENANGAN PATI DELIMA
KAWAN office aku perkenalkan pati delima Gulshan pada hari raya ketiga. Harga sebotol RM20, so aku pun beli. Murah untuk harga sebotol besar itu dan boleh makan sebulan. Kawan aku kata, makan satu sudu sebelum breakfast dan satu sudun lagi sebelum tidur. Aku hanya makan pada hari raya keempat ketika bangun bersahur. Manisnya pertama kali aku masukkan ke dalam mulut aku. Kawan aku kata, sepatutnya rasa masam manis tapi aku terbalik pula. Sejak aku makan pati delima itu, aku kena selesema paling teruk. Walaupun aku makan ubat selesema tak mengantuk, ia tak memberi kesan kepada aku. Aku search dalam Internet mengenai pati delima tu dan akhirnya barulah aku tahu, ia adalah tindak balas yang diterima selepas makan pati itu. Sekarang ni, dah seminggu aku makan pati delima itu dan selesema aku semakin berkurangan. Apa yag aku ketahui, selepas makan pati delima itu ketika nak tidur, tidur aku semakin lena dan hanya terjaga jika jam loceng berbunyi. Selama ini aku sukar nak tidur malam sekembalinya dari kerja. Kini semuanya berubah dan aku terasa sihat dan badan juga ringan. Tak terasa lapar walaupun berpuasa.
Posted by masni at Wednesday, August 29, 2012 0 comments
PENAT DRIVE.....
HARI Sabtu lalu, aku pulang ke Melaka. Macam biasalah seorang diri kerana mengambil anak-anak aku. Nasib baik kereta tak banyak. Setibanya di Melaka, aku bersama tiga anak dan mak ku ke Seremban pula, rumah terbuka kakak ipar aku. Dah mereka datang ke rumah terbuka aku, so kenalah buat kunjungan balas kan. Akhirnya jam 6.30 petang tiba semula di Melaka. Berehat sekejap dan selepas solat mahgrib, adik kedua pula buat open house di Taman Kesidang. Memang penat sangat driving, tapi nak buat macam mana. Balik ke rumah dah hampir jam 11 malam. Esoknya, aku bersama anak lelaki ke Tesco, beli barangan untuk asramanya, bawa ke kedai gunting rambut dan macam-macam aku lakukan sebelum membawanya pulang ke asrama di Seremban. Lepas itu aku terus pulang ke Subang Jaya. Nasib baik petang tu aku ambil off day, tak le terasa penat sangat. Dapatlah berehat di rumah. Jika tak tak tahu macam penatnya aku...
Posted by masni at Wednesday, August 29, 2012 0 comments
PUASA SYAWAL
HARI ini genap enam hari aku berpuasa enam dalam bulan Syawal. Esok dah boleh raya hehehe. Tak sangka juga kan. Aku start berpuasa pada empat raya sebab masa tu tiada kedai dan restoran yang buka. Aku hanya tak puasa pada hari Sabtu dan Ahad aje. Sejak dah puasa ni...rasa nak puasa aje. Duduk rumah pun bukannya nak makan sangat. Cuma dalam bulan Syawal ni....masak macam biasa dan buat makanan yang simple aje. Secara tak langsung boleh jimat duit. Yalah, dapat gaji sebelum raya dan bila bila tiba 25 haribulan nanti, parah juga dibuatnya. Yalah duit dah tak ada. Kenalah berjimat cermat untuk tempuh selama 25 hari akan datang ni. Nasib baik semua bil sudah dijelaskan, so tak adalah risau sangat.May be aku nak sambung puasa esok harilah...Puasa ganti lima hari aje n puasa enam, enam hari. Jika buat terus...jadilah 11 hari kan...
Posted by masni at Wednesday, August 29, 2012 0 comments
Wednesday, August 22, 2012
OPEN HOUSE
HARI yang dinantikan akhirnya tiba iaitu open house. Pada masa itu, semua sibuk menyiapkan apa yang perlu dilakukan. Open house bermula jam 11 pagi hingga 4 petang. Sebelum jam 11 pagi, orang dah mula datang. Nasib baik juga beberapa juadah sudah siap dan selepas bekas khatib membaca doa selamat, barulah majlis bermula.Macam biasa anak-anak yatim dari Sungai Udang turut diraikan. Biasanya pada rumah terbuka ini, sate ayam dan daging jadi pilihan utama mereka yang datang berhari raya. Selain itu, menu paling special adalah mee bandung Muar. Aku cuma dapat makan sikit aje. Ramai yang memuji mengenai mee bandung itu. Majlis dapat dijalankan dengan sempurna. Selepas selesai majlis rumah terbuka, semua yang ada di rumah tanpa mengira ipar lelaki atau perempuan turut mengemas rumah. Akhirnya semua settle dan walaupun semua sudah balik, aku bersama mak aku tetap kemaskan di bahagian dapur. Pening juga dibuatnya jika dapur bertaburan dengan periuk belanga. Akhirnya jam 8 malam, dapur dah dikemaskan dan nampak bersih. Senang hati aku dan mak aku. Barulah aku buat keputusan untuk menadi n basuh pakaian raya milik aku dan anak bongsu aku.
Posted by masni at Wednesday, August 22, 2012 0 comments
JUADAH UNTUK OPEN HOUSE
MALAM raya pertama memang paling sibuk sebab aku bersama-sama anak terpaksa menyiapkan juadah untuk open house. Memang banyak kerja yang perlu disiapkan. Sebelum itu, ke pasar raya Maidin bersama adik untuk membeli ayam dan ketupat segera. Ini kerana sebelum itu, mak aku ada pesan ayam di kampung tapi bekalan ayam tak ada. So kenalah beli ayam di Maidin. Balik dari sana, terus bersihkan ayam sebab nak buat rendang pula. Bayangkan ada lima ekor ayam. Lepas tu siang daging dan rebus. Last sekali bersihkan udang. Daging dan udang semuanya tengah keras lagi sebab mak aku tak keluarkan awal-awal. Naik sebal tangan aku dibuatnya. Jam 10.30 malam, barulah adik ipar aku datang dan membersihkan sayur sawi. Itupun dah banyak yang tak elok. Nasib baik anak-anak perempuan aku rajin ke dapur. Banyak juga yang ditolong buat. Jika tak parah dibuatnya. Anak aku dan anak saudara lelaki pula menyusun kerusi dan meja di khemah. Jika aku anak beranak aje ke dapur, teruk juga. Dah le penat pada hari Sabtu dan ditambah lagi pada keesokkan harinya.
Posted by masni at Wednesday, August 22, 2012 0 comments
SOLAT RAYA...
HARI AHAD....hari raya. Semua orang bersuka ria termasuk anak-anak aku. Walaupun tanpa ayah di sisi mereka, namun mereka tetap gembira. Tak kan nak bersedih sakan pula. Awal lagi aku dah bangun dan bersiap untuk mandi kerana menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Bertam Ulu. Jika lambat ke masjid, sudah pasti tiada tempat duduk dalam masjid. Terpaksalah solat di atas jalan raya yang sudah dibentangkan dengan tikar. Masjid Bertam Ulu nak dikatakan kecil tak juga tetapi disebabkan ramai penduduk di sekitar taman berhampiran datang, menyebabkan masjid berkenaan tak dapat menampung jumlah mereka yang ramai.Seperti biasa, selepas solat aku terus pulang ke rumah untuk minum pagi. Makan ketupat dan rendang termasuk sambal ketupat. Selepas bersalaman dan minta maaf antara mak, anak-anak, adik-beradik, ipar dan anak saudara, aku buat keputusan untuk ke Jasin pula. Sebelum tu sempat bergambar sakan. Macam-macam pose dibuat. Ketika ke Jasin, jam sudah menunjukkan jam 1.30 petang, dah terlewat dan aku terus ke kubur suami aku. Aku dan anak-anak baca surah yassin dan ayat-ayat lazim untuk arwah suami aku. Mudah-mudahan roh suami aku tenang di sana. Ketika mengaji, kaum kerabat aku dari Jasin datang ke tanah perkuburan...Mereka juga sedekah yassin dan ayat-ayat lazim kepada keluarga yang sudah meninggal dunia. Selepas itu aku terus ke rumah kakak ipar aku. Tak duduk lama, tapi hampir dua jam sebelum aku ke rumah abang ipar di Taman Maju. Kemudian terus pulang ke rumah sebelum singgah di rumah adik di Taman Tasik Ayer Keroh.
Posted by masni at Wednesday, August 22, 2012 0 comments
Thursday, August 16, 2012
ANAK KU PULANG
HARI ini ada dua kerja kena buat. Kena ambil anak-anak. Biasalah, sebab mereka tak ada transport. Kena pergi Cyberjaya ambil si kakak yang habis class jam 1 petang dan tunggu anak bongsu yang kini dalam perjalanan menaiki komuter dari Seremban. Dah call tadi dan beritahu nak ke Mid Valley dulu. Nak beli barangan untuk raya. Apa lagi baju dan kasut lah tu.Aku hanya macam biasa aje...Aku kena memasak hari ni untuk berbuka di office. Sedang fikir nak masak apa pula...Daging dah dikeluarkan. Kiranya hari ini barulah dapat berkumpul lima beranak cuma tak dapat berbuka bersama-sama aje. Bersahur bolehlah dengan anak-anak. Time aku bekerja ni tentu sukar nak berbuka bersama-sama dengan anak kecuali cuti pada hari Sabtu. Nasib baik le anak-anak aku faham dengan tugas ibunya.
Posted by masni at Thursday, August 16, 2012 0 comments
AMBIL DAGING DI BB2
AMBIL daging di BB2 Bukit Jelutong. Itulah yang aku lakukan petang semalam. Company memang beri daging subsidi kepada staff yang beragama Islam. Setiap orang akan menerima lima kilogram daging. Setiap staff perlu membayar RM55 manakala RM45 lagi ditanggung oleh company. Begitulah yang dilakukan setiap tahun. Biasanya aku mengambil daging di HQ Bangsar dan hanya bawa balik ke rumah selepas habis kerja. So tahun ini aku buat keputusan untuk mengambilnya di BB2 Shah Alam.Aku pernah pergi ke sana tapi tak tahu pintu masuknya. So masa nak ambil anak di MSU, aku terus ke BB2. Akhirnya aku tersesat juga sebab tak tahu ke tempat tu. Aku nekad ikut laluan yang lain dan ternampak syarikat surat khabar Star dan terus masuk ke situ. Drive punya drive akhirnya sampai di office NSTP. Mudah aje rupanya. Selama ini tengok dari highway sign board NSTP. Ambil daging tak sampai lima minit aje. Aku tiba di NSTP BB2 jam 2.15 petang dan masa ambil daging ialah jam 2.30 petang. Kiranya aku yang paling awal tiba ambil daging.Insya Allah lepas ni aku tak sesat lagi nak ke sana. Bawa balik daging, masukkan dalam typerware dan simpan dalam fridge. Lepas itu tidur sejam n bangun jam 4 petang untuk bersiap-siap ke office.
Posted by masni at Thursday, August 16, 2012 0 comments
Tuesday, August 14, 2012
BIJI ANGGUR
DAH 12 botol aku minum campuran biji anggur dan bunga mawar. Sebelum makan apa-apa pada waktu sahur, aku terus minuman itu. Walaupun rasanya kelat, aku tetap minum kerana ia mempunyai banyak vitamin C dan secara tidak langsung boleh menjadi kolagen. Aku minum grape seed n rose drink dari Avon. Avon baru perkenalkan minuman kolagen tu. Yang penting sekarang, selepas habis minum 10 botol, aku terasa kulit muka aku nampak bertambah cantik dan mulus. Jika ada duit, aku akan terus minum grape seed n rose ini untuk selama-lamanya. Harga sekotak bagi 10 botal hampir RM60. Itu hanya dapat minum 10 hari aje...Jika sebulan, aku kena sediakan RM180...agaknya barulah cantik n bersih kulit aku kan...Mungkin akan bertambah cerah.
Posted by masni at Tuesday, August 14, 2012 0 comments
MARA...OH MARA...
SEMALAM, aku sekali lagi ke Jabatan Hasil untuk matikan setem hasil, ke pejabat pesuruhjaya sumpah dan ke IPD Shah Alam untuk selesaikan pernmohonan Mara anak aku. Akhirnya semua berjaya seperti yang dirancangkan walaupun terpaksa berkejar-kejar ke sana ke mari. Sebelum ni dah uruskan permohonan Mara tetapi tak laku disebabkan tiada diletakkan jumlah pinjaman yang diterima oleh anak aku. Bila telefon Mara asyik ada masalah aje, so aku buat keputusan minta nombor telefon pro Mara daripada kawan aku. Akhirnya aku berjaya mendapatkannya dan terus menghubungi pro big boss Mara dan memberitahu apa masalahnya. Hari Khamis aku call, hari Jumaat dah dapat jumlah pinjaman dan aku terus print dokumen berkenaan. Senang aje...Kiranya anak aku summit borang permohonan tu hari ini kepada MMU. Harap-harap diluluskan segera.
Posted by masni at Tuesday, August 14, 2012 0 comments
Saturday, August 11, 2012
DIVIDEN KOPERSI
NAK sambut raya hanya beberapa hari aje, tak aku tak ada duit. Duit gaji dah habis dibayar bil yang sepatutnya. Terukkan...itulah hakikatnya tinggal di bandar besar. Semuanya berduit. Nasib baik aku dapat dividen koperasi semalam. Bolehlah bertahan untuk beberapa hari sebelum hari raya. Hari raya aku tak khuatir sebab semua persediaan sudah dibuat. Pakaian anak-anak pun dah siap. Bayaran untuk daging dan kuih juga sudah dibuat. Termasuk juga untuk duit raya kepada anak, anak saudara n cucu. Sebab tu aku tk kisah sangat. Cuma nanti nak ke Tesco nak beli sayur, sabun membasuh dan ayam untuk memasak selama seminggu ini. Aku sekarang ni perlukan topup untuk touch n ngo dan duit minyak pulang ke kampung. jika dah siapkan topup dan duit minyak, aku tak adalah masalah nak sambut raya.Nasib baik juga dapat dividen koperasi sebanyak RM350, boleh le berbelanja sikit. Jika tak macam mana nak survice kan...Kasihan aku kan...macam-macam dugaan aku hadapi.
Posted by masni at Saturday, August 11, 2012 0 comments
KERJA PAGI RAMADAN
KERJA seminggu dalam bulan puasa dah berakhir. Leganya hati ini...Itulah kerja dari pagi hingga malam, mana boleh tahan. Penat dibuatnya otak ini nak fikir pasal heading setiap story. Yang paling teruk bila buat bumper isu sebab pages terlalu banyak. Kerja siang ini macam nak mati dibuatnya. Begitu stress dan tak hairanlah ramai yang diserang darah tinggi. Tapi kerja untuk minggu terakhir Ramadan lagi teruk. Ada banyak page advance untuk Hari Raya yang perlu disiapkan. Nasib aku terselamat pada tahun ini. Bila kerja petang, dapat le berehat pada hari Sabtu dan Ahad. Dapat rehat lama, jika tak, pagi Ahad dah terkejar-kejar nak ke office. Rasa macam tak cukup tidur aje dibuatnya. Yang penting ada pekerjaan, susah atau senang kena hadapi juga.
Posted by masni at Saturday, August 11, 2012 0 comments
SAKIT PERUT
AKU diserang sakit perut yang tak boleh ditahan. Macam rasa orang nak bersalin. Datang setiap 30 minit. Nak dikatakan gastik tak juga. Jika kena gastrik sure aku rasa nak muntah dan rasa sakit di ulu hati. Ini tidak, hanya di perut sahaja. Memang aku tak boleh puasa sebab uzur. Masa di office aku buat tak tahu dan tahan sakit aku tu..Bila time berbuka aku tetap makan bubur kacang yang ada. Dua mangkuk sekali sebab bubur kacang hijau memang favourite aku. Minum air teh lagi. Bila kerja dah siap, aku pulang ke rumah dan makan pil sakit perut. Memang sakit tak boleh tahan. Yang bestnya, bila aku tidur, tak pula terasa sakit perut. Bila bangun aje, mulalah terasa. Jika duduk tak terasa sakit...pelik pula sakit perut aku ni...Pagi ini oklah sikit. cuma sakitnya datang beberapa jam sekali. Nak ke klnik berhampiran aku tak tahu panel klinik di Subang Jaya atau di Shah Alam. Kenalah tahan sakit ini jika berterusan. Jika sakit lagi, aku makan pil sakit perut. Hopefully akan baik...Kadang-kadang takut juga jika ada sakit lain.
Posted by masni at Saturday, August 11, 2012 0 comments
Wednesday, August 8, 2012
MY WAJA 2.....
BILA pulang ke rumah, anak kedua aku yang baru pulang dari bersilat dapati roda tayar kereta aku lain dan terus bertanya apa yang berlaku. Macam biasa aku terus aje beritahu, tayar aku pancit dan pecah. Bangun sahur pagi semalam, memang tak ada mood langsung. Tak ada selera nak makan. Akhirnya aku makan biskut dengan kurma aje. Aku bangun awal dan terus buat keputusan ke Klang Lama (tempat lama bengkel aku) untuk baiki kereta. Dua tayar kereta aku ganti sebab satu lagi memang dah botak. Nak tunggu tayar yang sama dengan kereta aku lama sangat, akhirnya digantikan dengan dua tayar Falken. Dua tayar baru itu diletakkan di bahagian depan. Enjin kereta aku memang bermasalah, bunyi kuat. So aku tanya pada mekanik itu boleh cepat siap ke...dia kata boleh. Yalah, aku kerja pagi, nanti lewat pula ke office...So aku gantu tensional bearing fan belt (mit) dan belt fan. Barulah kereta aku tak bunyi bising lagi.Aku betul-betul kopak bulan ni...Melayang lagi RM930....Walaupun tak ada duit nak berhari raya, yang penting kereta aku baik dan tak ada bunyi bising lagi. Boleh kata di bahagian enjin, dah banyak aku baiki....Cuma luarannya saja nampak tak canti sebab bercalar, kemik sana sini. Tak apa, jika ada duit, aku akan cat semula kereta aku. My Waja sure nampak cantikkan...Sekarang, barulah aku rasa lega dengan semua yang baru...hehehe
Posted by masni at Wednesday, August 08, 2012 0 comments
MY WAJA....
MY WAJA buat hal lagi. Nasib baik pancit dan tayarnya pecah berlaku di parking office. Jika berlaku di highway, tak tahu nak kata apa. Macam-macam dugaan berlaku dalam tempoh dua bulan ni. Ada saja dugaannya. Nak kata bala, tak boleh sebab semua dugaan tu dapat diselesaikan dengan segera. Jika sebut bala seolah-olah macam bencana atau kemalangan yang berlaku. So yang paling manis, sebut aje dugaan...Aku nak balik ke rumah selepas habis kerja jam 10 malam. Aku memang tak perasan tayar kereta aku dah kempis. Nasib baik ada dua budak production, nampak tayar kereta aku kempis dan terus berlari memberitahu aku. Aka apa lagi terus memberhentikan kereta dan minta mereka tolong gantkan tayar spare. Manalah aku tahu nak tukar tayar. Bila dah tukar, barulah aku perasaan, tayar kereta aku dah pecah dan banyak paku. Mereka nasihatkan aku ke Petronas untuk pam angin tayar spare itu. Bila semunya dah siap, aku pulang ke rumah. Memang tak boleh bawa kereta laju, takut juga walaupun mereka beritahu boleh tunggu hingga Sabtu untuk menukarnya. Memang tak mood langsung malam tu....
Posted by masni at Wednesday, August 08, 2012 0 comments
Sunday, August 5, 2012
BANGUN SAHUR
KEJUT bangun sahur. Biasaya setiap jam 5 pagi, aku akan kejutkan mak aku bangun untuk bersahur di Melaka. Pada time itu juga, aku bangun sahur. Sejak awal Ramadan hingga semalam, aku yang kejutkan mak aku untuk bangun bersahur. Cuma pagi ini, mungkin akub terlalu letih dan tak dengar bunyi alarm, mak aku yang call aku kejutkan bangun bersahur. Biasanya masa bersahur, aku tak ada selera nak makan. Pagi tadi cuma makan muffin kukus dan makan kurma aje. Nak makan nasi lemak semalam tu, rasa malas aje dan khuatir buat aku lemah nanti. Walaupun mak aku tidur di rumah adik, aku terpaksa kejutkan juga untuk bangun bersahur. Biasalah adik ipar aku itu, memang sukar nak bangun bersahur dan masak. Semuanya nak makan di restoran aje. Bila aku kejutkan mak aku, sekurang-kurangnya bolehlah juga dia menyediakan juadah untuk mak aku.
Posted by masni at Sunday, August 05, 2012 0 comments
LAMBAT BANGUN
HARI ini aku kerja pagi. Terlewat tiba di office...hampir jam 10.40 pagi. Apa taknya, selepas bersahur dan solat Subuh, jam 6.30 pagi, aku buat keputusan untuk tidur kerana terlalu letih. Tak sangka pula aku terbabas tidur hingga jam 9.45 pagi. Nasib baik aku terjaga, jika tak tak tahu jam berapa aku bangun. Aku terus mandi dan bersiap-siap untuk ke office. Sebelum itu, aku sidai baju yang aku basuh ketika sahur. Jika tak, tak bersidai le baju-baju berkenaan. Baju anak-anak, aku tak basuh lagi. Biar mereka basuh sendiri dan juga kemas rumah. Jika kerja pagi, memang tak sempat nak buat semua tu....Dalam bulan puasa ini, kerja pagi hanya seminggu aje. Nasib baik juga le...Jika tak jenuh juga dibuatnya...Penat dan tak cukup tidur. Aku jika tak cukup tidur, mulalah sakit kepala...
Posted by masni at Sunday, August 05, 2012 0 comments
BAYAR ZAKAT
KETIKA aku beli barangan dapur, aku terlihat kaunter pembayaran zakat di Tesco. Aku terus buat keputusan untuk membayar zakat untuk kami lima beranak. Nak buat apa tangguh-tangguh, yang penting dah laksanakan kewajipan kita itu. Di office ada juga buka kaunter zakat, nanti takut sibuk pula, langsung lambat bayar. Yang eloknya pembayaran zakat kenalah buat segera supaya kutipan itu dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan sebelum Aidilfitri. Disebabkan itu, aku terus saja bayar zakat bila ternampak amil di Tesco.
Posted by masni at Sunday, August 05, 2012 0 comments
BERBUKA DENGAN SI BONGSU
PETANG semalam, aku ke Seremban berbuka dengan si bongsu aku. Anak aku call sebelum ini dan minta aku berbuka bersamanya di asrama. Tak sampai hati nak tolak permintaannya walaupun aku tahu aku tak boleh nak drive laju disebabkan stereng goyang. Dia beritahu aku jika ibu datang, tolong belikan rangka ayam dan air tebu. Aku buat keputusan nak masak sendiri. Jimat sikit belanja. Anak perempuan kedua aku buat nasi lemak manakala anak ketiga aku minta buat sandwich sardin dan telur. Aku pula buat muffin kukus. Semuanya kena buat segera. Sebelum tu aku ke bengkel kereta, ke Tesco beli barangan dapur...Banyak kerja perlu diselesaikan dalam beberapa jam sebelum ke Seremban. Bila semuanya settle, aku buat keputusan ke bazar Ramadan di Seksyen 13, Shah Alam untuk beli rangka ayam dan air tebu. Aku suruh anak-anak aku beli tiga rangka ayam. Selepas tu bertolak pula ke Cyberjaya untuk mengambil anak sulung bersama pak we. Akhirnya aku tiba di sekolah anak aku jam 7 malam. Oklah tu...Lagipun tak boleh drive laju....Gembira si bongsu apabila melihat aku dan kakak-kakaknya berbuka bersama. Walaupun lauk-pauk tak banyak, tapi meriah juga. Aku juga sempat solat maghrib di surau sekolahnya. Yang penting anak bongsu aku bahagia....Selepas isyak, aku buat keputusan untuk pulang sebab si bongsu aku ada solat Tarawih.. Lagipun aku kena hantar anak sulung dan pak wenya balik ke Cyberjaya. Memang teramat letih sebab tak boleh nak speed laju. hehehe
Posted by masni at Sunday, August 05, 2012 0 comments
STERENG BERGEGAR
KERETA aku bergegas pula. Aduh! tention dibuatnya. Dak le nak raya, macam-macam hal berlaku yang berlaku. Sebelum ini dah kopak hampir RM900. Aku dah ke bengkel di tempat lama aku di Klang Lama, Dia tak boleh buat sebab tak ada peralatan canggih yang menggunakan on wheel. So mekanik aku cadangkan aku ke kedai tayar kerana mereka ada peralatan canggih. Aku tak puas hati dan cari dalam Internet, apa yang menyebabkan stereng kereta aku bergegas. Rupa-rupanya balancing dah lari. Kena sediakan dalam RM200 juga untuk buat balancing tu. Kena tunggu minggu depan, baru boleh buat sebab aku kerja pagi minggu ni. Aku hanya boleh drive di bawah 90km sejam aje. jika drive laju, stereng bergegar. Macam-macam dugaan dalam bulan Julai dan Ogos ini. Inilah dugaan yang Allah berikan kepada hamba-hambarnya. Kenalah bersabar kan...
Posted by masni at Sunday, August 05, 2012 1 comments
Tuesday, July 31, 2012
KUCING DAH KEMBALI....
SEMUA kucing aku dah pulang. Kiranya lima ekor yang aku hantar ke kawasan apartment diambil semula oleh anak-anak kerana kasihan melihatnya. Yalah kucing-kucing itu tak terjaga, badan kotor dan berbau busuk. Dengan anak kecil lima ekor lagi membuatkan aku ada 10 ekor kucing dalam rumah. Ya Allah, banyaknya kucing aku. Nak beri makan pun tak menahan, terutama dalam keadaan sekarang ni. Ekonomi sedang meruncing. Anak-anak aku memang gembira apabila semua kucingnya ada di rumah tapi aku yang pening nak kelolakannya. Setiap pagi, tengah hari, petang dan malam, kaup tahi kucing walaupun diletakkan pasir. Ini kerana aku nak pastikan pasir tu sentisa bersih dan menyapunya selalu supaya pasir tidak bertaburan di lantai. Aku terpaksa letak tempat najisnya di dapur supaya senang nak buang najisnya dalam tong sampah. Sebelum ini, kucing aku buang najis di bilik air, takut tersumbat, aku beli pasir. Satu kerja lagi kena buatkan. Kucing2 aku semakin manja, tu yang buat anak-anak aku bertambah sayang kepada mereka. Yang lima ekor tu masih belum bernama kerana lahir pada awal Ramadan. Matanya belum buka lagi...
Posted by masni at Tuesday, July 31, 2012 0 comments
KEK PEROI....
HARI Sabtu lalu, aku teringin sangat nak buat kek coklat moist. Dah lama tak buat sebab tak nak menggemukkan badan. Pada bulan puasa ni terasa nak makan, so aku buat buat. Kek yang paling mudah yang tak perlu letak topping. Baru 15 minit aku mengukusnya, gas habis. Aku pun call le wakil gas untuk menghantar gas Petronas. Aku beritahu kena datang cepat sebab sedang memasak. Bayangkan apa terjadi apabila gas tiba dan kek aku memang naik dan nampak cantik selepas sejam mengukusnya. Tapi yang bestnya kek itu tak macam kek biasa yang keras. Ia menjadi teramat lembut dan bertambah sedap pula bila dimakan. Sukar juga nak potong jadi pieces of kek sebab terlalu lembut. Aku jika membuat kek memang meletakkan minyak mazola atau minyak sayur-sayuran supaya tidak menggemukkan apabila memakannya. Aku sempat membawa kek itu ke office dan kawan2 aku suka sebab sedap kerana ia peroi. Anak-anak apa lagi, memang suka sebab resepinya lain daripada yang lain serta warnanya yang menarik...Lepas ini jika buat kek, aku akan mencuba resipi ini. Aku tak sempat nak ambil gambar mengenai kek moist, colournya jika nampak menarik...
Posted by masni at Tuesday, July 31, 2012 0 comments
DUGAAN
MINNGU lepas, memang hari yang paling sibuk hingga aku tak ada masa nak tulis dalam blog. Nak uruskan pinjaman Mara anak sulung aku, nak sign di pesuruhjaya sumpah, nak ke lembaga hasil dalam negeri untuk matikan setem. Dua hari berturut-turut keluar rumah untuk settlekan semua tu. Akhirnya dah dapat disiapkan. Masalah lain pula timbul apabila pihak Mara tidak meletakkan berapa banyak loan yang anak aku terima. Sukar juga. Dah le borang tu sudah dimatikan setem di Jabatan Hasil. Macam-macam dugaan aku terima dalam bulan puasa ni. Tapi semuanya berjalan lancar dan setiap kejadian yang datang dapat diselesaikan dengan baik. Aku sempat beritahu anak aku, bulan Julai ini bermacam-macam masalah yang timbul, tapi ibu dah settlekan dengan baik. Than anak aku kata, eloklah macam tu. Allah beri kita kepayahan tapi pada masa yang sama ia memudahkan kita untuk menguruskannya. Sebenarnya itulah dugaan untuk kita semua.
Posted by masni at Tuesday, July 31, 2012 0 comments
Tuesday, July 24, 2012
CIMOT BERANAK
KUCING aku, si cimot yang sarat untuk beranak akhirnya bersalin di Melaka. Kali ini lima ekor anaknya. Empat berwarna hitam dan seekor lagi berwarna campur2. Sebelum ini, si cimot sering ada di bawah kereta aku di tempat parkir. Aku dah agaknya dia nak beranak. So pada hari Jumaat itu, aku mengajak cimot pulang ke rumah...dan ia mengikut aje. Pandainya dia....tunggu di pintu sebelum aku pakai akses card untuk masuk ke lif dan dia terus masuk lif. Dalam lif, cimot duduk diam dan terus ikut aku hingga ke rumah. Memang bijaknya dia.. Dengan keadaannya yang kotor aku terus memandikannya. Namapak le bersih sikit. Masa tu aku tengok keadaannya dah lain sikit...macam nak beranak. So bila aku pulang ke kampung, cimot bersama dua anaknya sebelum ini turut serta pulang ke Melaka. Mereka dah biasa naik kereta, so tak jadi masalah. Bila di Melaka, keadaan si cimot nampak lain dan aku minta anak kedua aku mengambil bakul dan mengalaskan tempat supaya mudah untuk cimot beranak. Anak aku sempat merakamkan cimot beranak. Kiranya ada lapan ekor kucing di rumah aku. Bayangkan macam mana nanti.
Posted by masni at Tuesday, July 24, 2012 0 comments
AWAL RAMADAN
AWAL RAMADAN aku bersama tiga anak perempuan pulang ke kampung Melaka untuk bersahur dan berbuka puasa bersama mak aku. Anak bongsu aku balik sendiri dan tiba di rumah mak pada waktu petang. Aku bertolak balik ke Melaka pada hari Jumaat malam dan tiba di rumah jam 9.15 malam. Terpaksa tempoh jammed yang paling teruk. Yalah, semua orang nak balik bersahur dan berbuka dengan keluarga di kampung.Macam biasa lag, mak aku akan masak ayam kari kerana itu yang menjadi kesukaan anak2 aku. Masa bersahur juga makan makanan itu. Cuma ketika berbuka, anak bongsu aku nak makan mihun sup...so mak aku buatkan mihun sup. Yang lain-lainnya aku beli di bazar Ramadan aje. Yang datang berbuka, hanya adik aku bersama keluarganya sahaja. Yang lain tak datang. Teruk betul adik-adik aku, sepatutnya awal Ramadan, berbuka lah dengan mak di kampung. Ini tidak pentingkan diri sendiri aje. Nasib baik juga aku ada di kampung selama dua hari dalam bulan Ramadan. Cuma Ramadan kedua aku tak berbuka dengan mak aku kerana terpaksa balik awal. Yalah nak hantar anak bongsu balik asrama. Juadah berbuka aku beli di bazar Ramadan aje.
Posted by masni at Tuesday, July 24, 2012 0 comments
GENAP 12 TAHUN
23 JULAI, genap 12 tahun arwah suami aku meninggal dunia. Sekejap aje masa berlalu dan anak-anak juga semakin membesar. Dalam 12 tahun pemergian arwah, pelbagai peristiwa menarik, sedih, gembira dan duka terpaksa aku harungi sendirian. Orang nampak aku gembira dan boleh ketawa, tetapi di dalam hati hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Bukan mudahnya untuk membesarkan anak-anak tanpa suami di sisiku. Tapi, itulah yang dapat aku harungi setakat ini. Syukur alhamdulillah, Tuhan sentiasa membantu aku dan anak-anak aku. Walaupun dalam kepayahan terutama dalam keadaan ekonomi yang meruncing, tiada siapa termasuk adik-beradik yang membantu aku. Inilah dugaan yang paling hebat aku tempuhi selama 12 tahun. Syukur alhamdulillah juga dengan pekerjaan yang ada, aku dapat membesarkan anak-anak sehingga tiga daripadanya belajar di universiti dan si bongsu bersekolah di asrama penuh. Cuma apa yang ingin aku pastikan anak-anak aku menjawat jawatan penting selepas berjaya di universiti. Abang, tentu abg gembira bila melihat anak-anak kita sudah berjaya dan masuk universiti. Tentu abg banggakan isteri abg ini dapat jalankan tugas yang diamanahkan walaupun terpaksa korbankan segala-galanya.Inilah pengorbanan seorang ibu kepada anak-anaknya abg dan jika abg ada, sudah pasti abg juga akan berbuat demikian. Mas selalu ingatkan anak-anak supaya sedekah al-fatihah untuk abg setiap waktu solat. Terima abg kerana menjadi suami dan ayah yang baik untuk anak-anak kita dan juga untuk mas. Segala kenangan yang abg lakukan sentiasa dalam ingatan mas, abg. Al-fatihah untuk abg, semoga roh abg dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman dan beramal salih. Amin.
Posted by masni at Tuesday, July 24, 2012 0 comments
Wednesday, July 18, 2012
KASIHAN BIMOT
PAGI ini tak sempat nak beri makanan kepada kucing di tingkat bawah sebab makanannya dah habis. Ketika hantar anak ke MSU, aku mengirimnya membeli makanan kucing.Selepas itu aku terus ke Seremban. Bila aku tiba di rumah pada jam 2.35 petang, anak aku tak balik balik lagi. Beberapa minit kemudiannya, barulah dia balik dengan membawa makanan kucing. Masa pagi aku nampak kucing cimot di parkir lalu membawanya ke tempat anaknya tinggal. Bagaimanapun, hanya seekor aje yang ada iaitu bimot manakala, demot dan nemot tak ada. So bila aku nak berinya makan pada jam 3 petang, aku dapati hanya bemot aje yang ada. Aku berinya makanan dan pada masa yang sama mencari dua lagi anak kucing tapi tak berjumpa. Bimot asyik mengikut aje ke mana aku pergi dan tak nak makan. Akhirnya aku telefon anak aku beritahu nak bawa bemot pulang. Anak aku pun apa lagi, suka lah dia. Yang sedihnya, bimot asyik mencari aje dua beradiknya dan mengikut aje ke mana aku pergi. Mungkin dia takut kena tinggal agaknya dan asyik meleseh aje dekat aje. Pagi esok aku nak cari dua beradiknya sama ada atau sebaliknya di tempat biasa.
Posted by masni at Wednesday, July 18, 2012 0 comments
RESULT ANAK
HARI ini aku ke Saser, Seremban untuk mengambil result anak bongsu aku. Sepatutnya aku perlu berjumpa engan gurunya pada Minggu Mengambil Kad Laporan pada 4 Jun lalu. Disebabkan aku kerja pagi, aku tak boleh nak pergi. Hanya hari ini aku berkesempatan ke sekolahnya. Jenuh juga nak jumpa sembilan guru yang mengajarnya. Keputusan pelajaran anak aku oklah juga. Disebabkan dia bersekolah berasarama penuh, maka setiap keputusannya adalah berbeza dengan sekolah biasa. Sekarang ni, semua silibus pelajaran sudah habis dipelajari dan semua guru banyak memberi soalan tahun lepas untuk dipraktik oleh pelajar. Dengan cara begini, pelajar boleh mengetahui dan mempelajari kaedah yang terbaik untuk menjawab setiap soalan. Aku berharap dan berdoa anak aku dapat menjawab soalan dengan mudah. Pada awal Ogos depan, anak aku akan menghadapi peperiksaan SBP dan ini penting untuk anak aku. Selepas hari raya pula, ada peperiksaan peringkat negeri.Aku berharap anak aku dapat menjawab dan dapat keputusan yang cemerlang. Kiranya, hari raya tak boleh nak beraya sakan.
Posted by masni at Wednesday, July 18, 2012 0 comments
MATA ASYIK MENGENYIT
DAH seminggu lebih mata sebelah kiri aku asyik mengenyit aje. Aku sendiri risau fikirkannya. Kejap-kejap mengenyit. Tak tahan pula bila tengok keadaan itu. Jika mengenyit beberapa jam sekali tak mengapa juga, ini mengenyit setiap setengah jam. Aku cuba tanya, kenapa mata ibu asyik mengenyit aje. Anak pun tak tahu apa sebabnya. Nak kata nak menangis, semuanya sihat walfiat. Kadang-kadang aku takut juga jika terjadi perkara yang tidak elok kepada keluarga aku. Namun, aku berdoa biarlah semuanya sihat walafiat. Mungkin juga nak menangis sebab tak ada duit, yalah gaji lama lagi. Aku sendiri tak tahu sama ada nak tengok orang jauh atau menangis...Aku berharap hanya yang baik akan muncul kepada aku. Manalah tahu berita yang baik ke dan ini yang buat aku menangis. Menangis kerana kegembiraan....Insya Allah...hanya Dia yang mengetahuinya.
Posted by masni at Wednesday, July 18, 2012 0 comments
Saturday, July 14, 2012
BEBASKAN KUCING
MEMANG terasa sedih bila melepaaskan lima ekor kucing kesayangan di kawasan apartment rumah. Nak buat macam mana, nak bawa balik kampung, mak dah tak larat nak jaga lagi. Di rumah pula, kerja aku tak habis-habis kerja menkaup najis kucing. Mana tahan dari pagi hingga malam, itulah kerja aku setiap hari. Di kawasan dapur pula, asyik kotor aje dengan pasir kucing bersepah. Di dapur pula, sana sini dengan bulu kucing. Aku dah tak larat nak buat semua tu.Bila aku hantar kucing ke bawah, anak kedua aku melenting kerana tak dapat tengok kucing berkenaan. Mereka tak tahu bagaimana azab aku. Kadang2 baju yang dijemu terasa bau kucing dan berak kucing aje.Sofa yang aku beli habis dicakar kucing. Baru tiga bulan aku beli sofa. Demi kebahagiaan kucing, aku melepaskannya supaya ia bebas dengan habitatnya.
Posted by masni at Saturday, July 14, 2012 0 comments
Thursday, July 12, 2012
DAH PASANG BEYOND...
SELEPAS 12 tahun menggunakan astro, akhirnya buat keputusan menggunakan beyond pula. Itupun selepas pihak Astro membuat panggilan dan memberitahu pemasangan untuk menggunakan rekoder beyond adalah percuma. Katanya, selepas ini kemungkinan akan dikenakan bayaran. So terpaksalah pakai beyond. Memang akan kekok juga nak gunakan beyond. Yalah, dah biasa guna kaedah lama. Dah berbelas-belas tahun. Kejap aje agent Astro pasang rekodernya sebab tak perlu buat pemasangan wayar dan pasang piring. Semuanya masih baru lagi. Baru tahun lepas aku pasang Astro dirumah aku ini. Sebelum ini, tengok tv biasa aje. Cuma tak boleh nak bawa balik ke kampung aje sebabtiada piring beyond. Jika ada maybe boleh bawa pulang kan...So jika balik kampung hanya tengok rancangan biasa aje. Biasanya aku duduk di Melaka, tak lama pun...
Posted by masni at Thursday, July 12, 2012 0 comments
Monday, July 9, 2012
LEGA KERJA MALAM....
LEGA rasanya kerana kerja malam. Dua minggu kerja siang macam rasa setahun. Apa ke tidaknya, kerja dari pagi hingga ke malam. Tunggu bahan yang tak kunjung tiba dan betapa sukarnya nak kejar date line. Selepas tu naik check pula advance story. Begitulah kerja siang yang aku terpaksa hadapi selama dua minggu. Sebab tu tak hairanlah eksekutif yang kerja siang semuanya demam selepas dua minggu kerja. Itu termasuklah aku yang demam. Anehnya demam aku datang selepas dua atau tiga hari bekerja siang tamat. Aku yang berpuasa sunat syaaban, terpaksa berbuka puasa kerana demam dan selesema. Nasib baik ada ubat yang aku minta dari klinik panel tempoh hari. Yang aku tak tahan bila kena selesema. Asyik bersin dan berhingus aje. Tak larat rasanya. Dalam bulan Ramadan ini, aku akan kerja siang selama seminggu. Oklah juga kan...
Posted by masni at Monday, July 09, 2012 0 comments
Saturday, July 7, 2012
SYAABAN DATANG LAGI....
BULAN Syaaban dah masuk 17 hari. Bersyukur aku sebab dapat berpuasa selama 10 hari setakat ini. Tak sangka dalam kerja siang...aku boleh berpuasa lima hari setiap minggu. Sebelum ini aku berpuasa hanya beberapa hari aje. Kiranya pada awal puasa, pertengahan dah aku puasa dan harap pnghujung bulan Syaaban, boleh lah aku berpuasa lagi. Kiranya hasratnya aku berpuasa dalam bulan Syaaban tercapai juga. Cuma dalam bulan Rejab, aku tak sempat nak berpuasa. Harap minggu depan aku dapat berpuasa lagi lima hari. Itupun jika tak uzur.Sebenarnya banyak manfaat jika berpuasa dalam bulan Syaaban. Sebenarnya Syaaban ini adalah bulan untuk kita membuat latihan sebelum datangnya Ramadan.
Posted by masni at Saturday, July 07, 2012 0 comments
TAK JADI KE SASER
SEBENARNYA hari ini aku merancang nak jumpa anak bongsu aku di Saser, Seremban. Nasib baik anak aku beritahu supaya jangan datang sebab esok adalah hari outingnya untuk keluar bandar. Dia nak keluar dengan kawan2...dan dia minta aku masukkan duit dalam akaun saja. Jika hari ini aku janji nak pergi, sudah pasti tak dapat pergi. Yalah baiki kereta dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Letihnya aku hari ini. Hanya Tuhan aje yang tahu.Anak sulung aku juga tak balik minggu ini. Esok, dia ada lawatab ke SPCA Ampang. So tinggal aku bertiga aje di rumah. Mungkin hari rabu ini aku ke Seremban, untuk ambil report book anak aku. Sepatutnya pergi Rabu lalu, tetapi tak dapat sebab aku kerja siang. Tak tahu macam mana resultnya. Harap dapat yang terbaik...Insya Allah.
Posted by masni at Saturday, July 07, 2012 0 comments
TUJUH JAM MENUNGGU....
HARI ini tujuh jam aku menunggu di bengkel kereta di Glenmarie. Bayangkan berapa bosannya aku. Aku ingat hanya nak tukar minyak hitam saja sebab tempohnya dah tamat seminggu lalu iaitu, 8,000 kilometer. Enjin kereta aku memang asyik berbunyi dan anak beritahu bunyinya terlalu kuat. So masa tukar minyak hitam, aku suruh mekanik Top Speed untuk memeriksanya. Bila diperiksa didapati timing belt aku hampir putus. Patut le bunyinya semacam aje. Jika tak ganti, jika kereta brake down, lagi teruk dibuatnya. So aku pun tukarlah timing belt. Bayangkan semua berharga RM830.00 terpaksa aku bayar. Hari ini baru 7 haribulan...nak makan hingga 25 Julai nanti. Budget aku dah lari. Tukar minyak untuk 8,000 kilometer dah RM119.00, cover gasket RM120, belt 6pk RM110, timing belt RM317. Banyak kan kena bayar. Aku terpaksa tunggu dibengkel sehingga kereta siap. Nak balik ke rumah nak naik apa. Nasib baik aku bawa buku, boleh le membaca. Cuma sekarang ni nak tukar cermin depan dan mengecat. Tunggu duit dulu. Yang penting dah service kereta. Selepas semuany settle, barulah aku basuh badan dan enjin kereta di bengkel tu.
Posted by masni at Saturday, July 07, 2012 0 comments
Thursday, July 5, 2012
RADO OH RADO...
JAM Rado aku tercicir di office malam tadi. Aku terdengar bunyi klik tapi tak tengok apa-apa. Bila sampai di pintu keluar office aku, aku nak tengok waktu. Aku terperanjat n balik semula ke tempat duduk aku. Kawan2 bertanya kenapa aku balik semula, aku beritahu jam aku tertinggal. Aku cari dalam drawer tapi tak berjumpa. Kemudian kawan aku beritahu jam aku terjatuh di tepi meja seorang lagi kawan. Nasib baik jumpa, jam itu dah berusia lebih 17 tahun...penuh kenangan yang tak boleh dilupakan. Itu hadiah dari arwah suami bila aku mengandung anak lelaki. Aku memang sayang sangat jam itu. Sudah beberapa kali tercicir namun jumpa semula. Nak ganti talinya aku terpaksa hantar ke kilangnya di Switzerland. Aku dah puas tanya pada kedai jam Rado. Mungkin dua atau tiga bulan baru dapat jam tu semula. Yalah, tali jam itu diperbuat daripada emas....dah banyak kali kena air masih tak pudar. Lagipun jam itu jam klasik, corak itu dah tak ada lagi dan harganya dah meningkat RM5 ribu ke atas. Aku tetap pakai kerana jam itu semacam nyawa aku. Bila aku tak pakai jam Rado ketika keluar, aku seolah-olah macam kehilangan. Mungkin cinta dan kasih sayang aku kepada arwah suami masih menebal. Insya Allah...masih menebal lagi n sebab tu aku sukar terima orang lain.
Posted by masni at Thursday, July 05, 2012 0 comments
Wednesday, July 4, 2012
TAK BOLEH CALL, CHAT, SMS....
Posted by masni at Wednesday, July 04, 2012 0 comments
Monday, July 2, 2012
PHONE BUAT HAL...
Posted by masni at Monday, July 02, 2012 0 comments
Sunday, July 1, 2012
NASI ARAB CYBERJAYA
Posted by masni at Sunday, July 01, 2012 0 comments
NAK REHAT....
Posted by masni at Sunday, July 01, 2012 0 comments
JULAI OH JULAI....
Posted by masni at Sunday, July 01, 2012 0 comments
Friday, June 29, 2012
STRESS KERJA SIANG
Posted by masni at Friday, June 29, 2012 0 comments
PUSAT SUNAT SYAABAN
Posted by masni at Friday, June 29, 2012 0 comments
Saturday, June 23, 2012
SEMINGGU DAH...
Posted by masni at Saturday, June 23, 2012 0 comments
TERMINATE BROADBAND CELCOM
Posted by masni at Saturday, June 23, 2012 0 comments
SAMBUT BIRTHDAY DI SASER
Posted by masni at Saturday, June 23, 2012 0 comments
Sunday, June 17, 2012
JIRAN BERGADUH
Posted by masni at Sunday, June 17, 2012 0 comments
Saturday, June 16, 2012
P1 WIFI FOR HOME
Posted by masni at Saturday, June 16, 2012 0 comments