BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 29, 2012

STRESS KERJA SIANG

DISEBABKAN kerja siang, masuk jam 10 pagi hingga 10 malam, aku tak berkesempatan nak kayuh basikal. Kiranya sudah enam hari tidak buat senaman. Nak buat macam mana, tiba rumah dah jam 10 malam dan sudah tak larat nak kayuh basikal. Apa yang ingat dalam otak nak tidur aje. Yalah dah terlalu letih hadap komputer dan editing story. Mana larat lagi. So terhentilah senaman buat masa ni. Sebenarnya kerja siang ini memang memenatkan. Yalah masa bekerja terlalu lama. Jika kerja malam hanya beberapa jam aje iaitu masuk kerja jam 5.30 petang dan jam 1pagi  boleh pulang. Walaupun tertekan dalam masa beberapa jam, tak le sepenat kerja siang. Ini kerana kerja siang, tak dapat nak rehat or tidur siang. Dah biasa kerja malam, nak tidur awal pun tak boleh. Mata tak mahu lelap. Nasib baik le kerja siang hanya dua minggu sahaja. Jika kerja selama sebulan, tak tahu le macam mana nak buat. Itupun ada rakan yang deman bila bekerja siang selama dua minggu kerana terlalu stress. Jika begini keadaannya, boleh sakit jantung atau tekanan darah naik dibuatnya. Sebab itulah aku tak mahu fikirkan pasal kerja banyak sangat. Kena jaga kesihatan diri...

0 comments: