AKU bersama tiga anak perempuan dan boy-friend anak kedua aku ke Saser, Seremban untuk meraikan birthday anak bongsu aku. Sebenarnya, aku buat dua celebration birthday untuk anak sulung dan bongsu. Hari lahir anak sulung dah lepas iaitu pada 30 Mei lalu. So sambut bersama adik bongsunya hari ini. Sebenarnya aku tak sempat nak masak apa-apa untuk birthday anak aku, cuma aku beli kek sahaja. Ingat hati nak beli KFC tapi tak dapat. akhirnya makan pizza. Anak bongsu aku nak makan pizza, akhirnya tercapai juga. Aku tiba di Saser pun dah lewat, hampir jam 4.30 petang. Masa itu anak bongsu aku ada class. Biasa le sekolah berasrama penuh...asyik belajar tak kira hari Sabtu hingga ke petang. Yang penting dapat jumpa anak dan sambut birthday mereka.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment