AKHIRNYA, P1 Wimax aku beli. Hari ini aku meronda di Plaza Alam Sentral untuk melihat home broadband wifi. Pada mulanya aku ke kedai jual broadband home Yess, staff di sana tak boleh memberi jaminan sama ada aku yang tinggal di tingkat 12 apartment boleh menerima line atau tidak. So, aku pergi pula ke kedai yang menjual TM Unifi, mereka juga tak boleh memberi jaminan. Akhirnya, aku ke kedai P1 Wimax wifi, aku buat keputusan nekad untuk melanggan wifi. Aku beritahu masalah yang aku hadapi termasuk tinggal di tingkat 12 dan pekerja di kedai berkenaan memberi tempoh tujuh percubaan untuk menggunakan alat berkenaan. Dalam tempoh itu, jika tiada line, aku boleh menerima pemulangan wang pendahuluan RM100 untuk activate line aku. Setiap bulan,aku perlu bayar RM63 sebulan selama empat bulan dan bulan seterusnya sebanyak RM119 sehingga 24 bulan. Aku mengambil pakej For Home 129 yang mempunyai kuota penggunaan 25gb dengan kelajuan 4Mbps. Jika aku mengambil pakej selama 24 bulan, aku boleh jimat sebanyak RM464 dan jika kontrak selama 12 bulan, aku jimat RM120 sahaja. Gembira anak aku kerana wifi P1 menjadi dan ada line.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment