MENU special aku setiap hari adalah minuman buah-buahan.
Tentu nak tahu apa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang dicampur dan
menjadi begitu special. Air yang menjadi favourite aku selama sebulan ini adalah campuran epal, lobak merah, timun dan saleri. Aku minum setiap pagi dan malam nak tidur. Di office pula, masa petang pembuat air di kafe kantin tu akan buatkan aku air istimewa juga iaitu epal, limau, lobak dan timun. Semuanya tanpa gula. Nak tahu khasiatnya kenalah cari setiap buah-buahan atau sayur-sayuran itu. Yang penting, minum air buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Jika di rumah, aku sering buat sendiri dan blender. Tu yang rajin sangat aku nak beli buah-buahan dan sayur-sayuran. Semuanya ada khasiat tersendiri dan aku dapat menjaga kesihatan.
RESIPI KEK PAUN OREN
1 year ago
0 comments:
Post a Comment